Rabu, 23 September 2026

PAGI INI

 

 PAGI INI




PAGI INI

RABU 23  SEPTEMBER 2026

PBB SEdANG BERSIDANG


NEW YORK
PBB  sedang bersidang – agenda  GAZA PALESTIN IRAN UKRAINE dan ekonomi dunia.

MAT TERAM berucap – buat ancaman akan musnahkan Iran – kah kah kah – dalam MASA YANG SAMA wakil Amerika berunding dengan Menteri Luar Iran.

TIGA JAM berunding -  di baca positif – Iran tetap dengan tuntutan yang lalu tidak berganjak.

BOIKOT IRAN
Kempen pulaukan Iran  di saran oleh Teram di PBB – Kini  banyak pesawat AIR IRAN tidak bergerak -  kita tunggu apa jadi.

SI JIN PING
AKAN SAMPAI KE PBB dan akan bertemu Mat Teram di Rumah Putih.

KENAPA MADAFAKA TAK PERNAH PERGI KE UNGA ? kah kah kah

Apakah Mat Burut Madafaka takut nak jumpa para Zionis kawan lama Paul Wolfowitz di New York. Mamat ini dah lama tunggu – dah kena kencing  kah kah kah.

PRN MELAKA
Sang GEMOK HOTOK umum Dun Melaka bubar. Soalan dengan sapa UMNO akan kerja sama. 

Dengan  PKR?
Dengan PAS ?
Dengan DAP?
Parti ini  dah lama  tinggalkan kerajaan Melaka – kita tunggu.

Kalau UMNO bersama PAS maka ini tanda  Anwar bin Ibrahim bungkus –  Cake –  HARI JADI nak BODEK Mat HOTOK gagal kah kah kah.

NEGERI SEMBILAN
Satu Malaysia hairan – APA LAGI MUKRIZ TUNGGU – blaaaahhh laaa. Kah kah kah.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk segar cerah -kemarin hujan – KL & KL Sentral berjerebu dan berkabus.

Pagi ini dari  balkoni flet gua dengan Ayam Betina berketak – mungkin dah bertelur.

Pagi ini dapat dilihat sedikit awan dan langit biru – wow – hujan buatan kelmarin berjaya bawa cerah.

Awalnya Tim Mak Tetek Lanjut tidak kelihatan – kemudian muncul  - lalu dapat nasi dan friskies.

Ha ha Pagi ini Geng Putih hilang – kerana tempat mereka berkumpul ada  dua Abang sedang potong rumput.

Berjalan pulang – gua dengar suara Keng Keng amat jauh -  ha ha Di Wakaf Pertama  Tiong Laki bini dah menunggu di atas atap – Jantan Baik muncul – gua tabur  friskies – Tiong berlabuh makan.

Di Lorong  Masuk  geng Mak muncul lagi – lalu gua beri nasi lagi – Ha ha -nak sampai ke pintu keluar muncul Siti Solo – dia dapat  friskies hati ayam dan keropok. Semua gumbira.

Wahai Hujan datang lagi – basahi bumi halau jerebu. Amin

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI RABU
DENGAN SENYUMAN

BRO
Lu pernah cakap bohong bila lu cakap benar takda sapa percaya.

BRO
Bila lu buat bohong kali pertama – buat bohong kali ke dua amat mudah.

BRO
Madafaka ialah bohong dalam bahasa Gen Zee.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Selasa, 22 September 2026

PRN SEKALI LAGI DI NEGERI SEMBILAN?

 

PRN SEKALI LAGI

DI NOGORI

 SEMBILAN?

AMIN

LEBIH ZALIM DARI MAHAFIRAUN


DULU MAHATHIR

ZALIM JADI

MAHAFIRAUN

AMIN

HARI INI ANWAR

BIN IBRAHIM

 MADAFAKA

LEBIH ZALIM

DARI MAHAFIRAUN

KHALAS


Siasatan Amla: Polis tahan 

pengarah Ngo Mandiri selepas

 sidang akhbar


Polis menahan Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Hariri Abdul Hadi, dan Pengarah Kewangan, Dobby Chew, berhubung siasatan yang sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Pengganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Penyelaras pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia itu, Wong Kueng Hui, memberitahu Malaysiakini bahawa alasan penahanan Amir masih belum jelas, manakala Chew ditahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Amla.

Sebelum itu, kedua-dua mereka dipanggil oleh pihak polis untuk dirakam kenyataan berhubung siasatan yang sama.

Mereka ditahan tidak lama selepas mengadakan sidang media di luar Menara KPJ di Kuala Lumpur, petang ini.

Pada Sabtu lalu, Mandiri dan kumpulan hak asasi Hayat memberitahu bahawa hampir 20 pegawai dari unit pencegahan pengubahan wang haram polis menyerbu pejabat bersama mereka dan merampas dokumen organisasi.

Ketika bercakap kepada pemberita, peguam Chong Kar Yan yang mewakili Chew mengesahkan penahanan anak guamnya.

“Malam ini mereka akan ditahan di lokap Jinjang dan prosiding reman akan dijalankan esok.

“Mereka telah memberikan kerjasama penuh dan kenyataan mereka diambil oleh dua anggota polis,” kata Chong.

Sementara itu, pengasas bersama Mandiri, Mohammad Alshatri Abdullah berkata kedua-dua mereka itu ditahan walaupun telah memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

“Saya ingin tegaskan, pada awal siasatan ini, kami tidak pernah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum akaun bank mereka dibekukan.

“Selepas mendapat tahu bahawa akaun bank dibekukan dan mereka dilarang keluar ke luar negara, mereka hadir sendiri ke Bukit Aman dan kemudian ke unit Amla (JSJK) untuk bertanyakan asas siasatan berkenaan,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka tidak pernah dimaklumkan tentang alasan siasatan tersebut,” tegas Mohammad yang menyifatkan siasatan dan penahanan itu sebagai satu bentuk “intimidasi”.

Dia juga mengumumkan satu perhimpunan solidariti akan diadakan di luar lokap Jinjang malam ini.

MAT BEBAL LARANG JADI PEGAWAI


INI TUGAS 

DAN HAK MB

AMIN

SUK BANGANG

BERHENTIKAN

 AMIN

PEGUAM  NGOK 

CARI PEGUAM

LAIN YANG BIJAK

AMIN

HUMBANKAN

MAT BEBAL 

NGABIHKAN 

BOREH

KHALAS



Ismail umum penggantungan


 tugas SUK, penasihat


 undang- undang N Sembilan


Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, hari ini mengumumkan penggantungan tugas serta-merta dua pegawai kanan ketika kemelut yang melanda negeri itu terus berpanjangan.

Dalam kenyataannya, Ismail berkata keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat khas exco hari ini.

Dua pegawai kanan yang digantung tugas itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zafir Ibrahim; dan penasihat undang-undang, Muzalmah Mustapha Kamal.

"Notis penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Seterusnya, notis penggantungan penasihat undang-undang negeri pula akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC)," katanya.

Sebagai ganti, Ismail mengumumkan pegawai kewangan negeri, Masri Razali, dilantik sebagai pegawai untuk menjalankan tugas setiausaha kerajaan negeri sehingga ada individu lain dinamakan oleh Ketua Setiausaha Negara diterima.

Sementara itu tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh seorang peguam, Fahmi Adilah, dan dia akan melaksanakan tugas berkenaan sehingga penggantinya dinamakan oleh AGC.

"Pada masa yang sama, semua jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah masih kekal dan sah.

"Pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya," tambahnya.

Pada 18 Sept lalu usaha kerajaan negeri untuk mewartakan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru tidak kesampaian selepas Mohd Zafir menyatakan pihaknya berpegang kepada pandangan AGC bahawa perisytiharan dibuat sebelum itu sebagai tidak sah.

Mohd Zafir juga berkata pejabatnya turut merujuk perkara berkenaan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil mematuhi undang-undang semasa dan perlembagaan negeri.

Dia juga menambah, tiada asas undang-undang bagi anggota exco untuk bergantung pada proklamasi – yang dipertikaikan sebelum ini – bagi tujuan pengumuman mereka.

Dari segi perundangan, kata Mohd Zafir lagi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan akur dengan pandangan AGC bahawa ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti mahupun kuasa di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 untuk membuat pengumuman berkenaan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

BUKAN TER BAKAR TAPI DI BAKAR !!!

 

HUTAN SAWIT INI

BUKAN 

TER BAKAR

AMIN

TER ERTINYA

TIDAK SENGAJA

AMIN

LADANG SAWIT

INI SENGAJA

DI BAKAR

AMIN

TANGKAP  SAMAN

TUAN PEMILIK

LADANG SAWIT

KHALAS



Indonesia terus bergelut, gagal bendung kebakaran hutan


PONTIANAK: Puluhan pesawat dan ribuan anggota tambahan yang dikerah untuk mengawal kebakaran besar hutan di Indonesia terus berdepan cabaran tanpa banyak kejayaan, menurut pihak berkuasa negara itu.

Sementara negara jirannya, Malaysia sudah meningkatkan usaha untuk menangani jerebu, termasuk membantu Indonesia memadamkan kebakaran hutannya.

"Dari udara hingga ke darat, semua pasukan terus digerakkan termasuk mengerahkan 64 pesawat dan 54,000 anggota ke pulau Borneo dan Sumatera sejak bulan lalu untuk cuba memadamkan kebakaran dengan menjatuhkan air dari udara.

"Segala-galanya dilakukan untuk memadamkan kebakaran, mengurangkan kesan asap dan paling penting, melindungi orang awam daripada ancaman kebakaran hutan dan tanah," kata Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya.

Namun beliau berkata, saiz wilayah yang sangat luas selain keadaan tanah gambut yang mencabar menimbulkan kesukaran serius dalam menangani kebakaran hutan dan tanah di pelbagai wilayah.

Asap berbahaya berpunca daripada kebakaran itu sudah menyelubungi beberapa kawasan di negara itu sejak beberapa minggu lalu, kesannya turut dirasai di Malaysia dan Singapura.

Jurucakap agensi mitigasi bencana, Daniel Sinyor berkata, di wilayah Kalimantan Barat, salah satu kawasan paling terjejas di Pulau Borneo, kedalaman kebakaran yang berbeza-beza di kawasan tanah gambut menyukarkan usaha memadamkannya.

"Cabaran lain, sumber air yang terhad untuk pasukan petugas di lapangan. Secara amnya, sumber air berkurangan, bahkan hilang di kawasan terjejas akibat kebakaran," katanya.

Minggu lalu, kumpulan Orang Asli dan masyarakat sivil di Kalimantan Barat memfailkan saman terhadap kerajaan, termasuk presiden dan gabenor, selepas didakwa gagal mencegah kebakaran.

"Ini bencana yang berlaku setiap tahun. Corak berulang ini membuktikan pandangan kami bahawa defendan tahu mengenai potensi bencana jerebu dan risiko bencana akibat kebakaran hutan dan tanah," kata peguam kumpulan itu, Glorio Sanen dalam satu kenyataan sebelum ini.

Kira-kira 350 anggota Japan Self-Defense Force (JSDF) tiba di Kalimantan Barat bulan ini untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto turut menyatakan kesediaan menerima bantuan Malaysia, di mana jerebu kesan kebakaran itu, selain cuaca kering, sudah menyebabkan pencemaran udara mencapai tahap tidak sihat.

Pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi pembenihan awan di tiga negeri selatan pada Isnin untuk memastikan kesinambungan bekalan air dan kelestarian sumber air serta membantu mengurangkan jerebu.

Indonesia kerap berdepan kebakaran hutan pada musim kering, biasanya berlaku dari Julai hingga Oktober.

Namun, kebakaran tahun ini lebih mencabar, susulan fenomena iklim El Nino, dengan pakar menyatakan perubahan iklim, kemerosotan hutan serta amalan pembukaan tanah secara tebas dan bakar mendedahkan ia kepada kebakaran.

Kerajaan menyatakan, lebih 202,000 hektar tanah terbakar di seluruh Indonesia antara Januari dan Julai.

Projek Nusantara Atlas meletakkan angka itu hampir 300,000 hektar bagi tempoh sama dan menganggarkan jumlah kawasan terjejas sudah mencecah hampir 896,000 hektar, jika mengambil kira sehingga Ogos. - AFP

DUN MELAKA BUBAR


SEMUA NAK TAHU

SEMUA BERTANYA

AMIN

UMNO KERJASAMA

DENGAN PAS 

ATAU

 DENGAN PKR

ATAU SOLO ?

AMIN


DUN Melaka bubar


KUALA LUMPUR: Selepas Johor dan Negeri Sembilan, Melaka akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, susulan pengumuman hari ini pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, akan berkuat kuasa esok.

Pembubaran DUN negeri itu diumumkan Ketua Menteri Melaka,  Ab Rauf Yusoh, sebentar tadi.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan mandat kerajaan negeri semasa dijadual berakhir pada 27 Disember ini.