HUTAN SAWIT INI
BUKAN
TER BAKAR
AMIN
TER ERTINYA
TIDAK SENGAJA
AMIN
LADANG SAWIT
INI SENGAJA
DI BAKAR
AMIN
TANGKAP SAMAN
TUAN PEMILIK
LADANG SAWIT
KHALAS
Indonesia terus bergelut, gagal bendung kebakaran hutan
PONTIANAK: Puluhan pesawat dan ribuan anggota tambahan yang dikerah untuk mengawal kebakaran besar hutan di Indonesia terus berdepan cabaran tanpa banyak kejayaan, menurut pihak berkuasa negara itu.
Sementara negara jirannya, Malaysia sudah meningkatkan usaha untuk menangani jerebu, termasuk membantu Indonesia memadamkan kebakaran hutannya.
"Dari udara hingga ke darat, semua pasukan terus digerakkan termasuk mengerahkan 64 pesawat dan 54,000 anggota ke pulau Borneo dan Sumatera sejak bulan lalu untuk cuba memadamkan kebakaran dengan menjatuhkan air dari udara.
"Segala-galanya dilakukan untuk memadamkan kebakaran, mengurangkan kesan asap dan paling penting, melindungi orang awam daripada ancaman kebakaran hutan dan tanah," kata Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya.
Namun beliau berkata, saiz wilayah yang sangat luas selain keadaan tanah gambut yang mencabar menimbulkan kesukaran serius dalam menangani kebakaran hutan dan tanah di pelbagai wilayah.
Asap berbahaya berpunca daripada kebakaran itu sudah menyelubungi beberapa kawasan di negara itu sejak beberapa minggu lalu, kesannya turut dirasai di Malaysia dan Singapura.
Jurucakap agensi mitigasi bencana, Daniel Sinyor berkata, di wilayah Kalimantan Barat, salah satu kawasan paling terjejas di Pulau Borneo, kedalaman kebakaran yang berbeza-beza di kawasan tanah gambut menyukarkan usaha memadamkannya.
"Cabaran lain, sumber air yang terhad untuk pasukan petugas di lapangan. Secara amnya, sumber air berkurangan, bahkan hilang di kawasan terjejas akibat kebakaran," katanya.
Minggu lalu, kumpulan Orang Asli dan masyarakat sivil di Kalimantan Barat memfailkan saman terhadap kerajaan, termasuk presiden dan gabenor, selepas didakwa gagal mencegah kebakaran.
"Ini bencana yang berlaku setiap tahun. Corak berulang ini membuktikan pandangan kami bahawa defendan tahu mengenai potensi bencana jerebu dan risiko bencana akibat kebakaran hutan dan tanah," kata peguam kumpulan itu, Glorio Sanen dalam satu kenyataan sebelum ini.
Kira-kira 350 anggota Japan Self-Defense Force (JSDF) tiba di Kalimantan Barat bulan ini untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto turut menyatakan kesediaan menerima bantuan Malaysia, di mana jerebu kesan kebakaran itu, selain cuaca kering, sudah menyebabkan pencemaran udara mencapai tahap tidak sihat.
Pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi pembenihan awan di tiga negeri selatan pada Isnin untuk memastikan kesinambungan bekalan air dan kelestarian sumber air serta membantu mengurangkan jerebu.
Indonesia kerap berdepan kebakaran hutan pada musim kering, biasanya berlaku dari Julai hingga Oktober.
Namun, kebakaran tahun ini lebih mencabar, susulan fenomena iklim El Nino, dengan pakar menyatakan perubahan iklim, kemerosotan hutan serta amalan pembukaan tanah secara tebas dan bakar mendedahkan ia kepada kebakaran.
Kerajaan menyatakan, lebih 202,000 hektar tanah terbakar di seluruh Indonesia antara Januari dan Julai.
Projek Nusantara Atlas meletakkan angka itu hampir 300,000 hektar bagi tempoh sama dan menganggarkan jumlah kawasan terjejas sudah mencecah hampir 896,000 hektar, jika mengambil kira sehingga Ogos. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan