Jumaat, 8 Oktober 2010

SESAT YANG MENYESATKAN





SELAMAT TERBANG KE ANGKASA RAYA



nota:
bila ada melayu yang jadi unggul
tuduh melayu ini bawa ajaran sesat
bila melayu semua senang jadi tunggul
senang harta negara boleh di sebat kah kah kah




AYAH PIN BUAT HAL LAGI
– beita hairan

JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut

Ayah Pin yang kelihatan uzur kerana menghidap penyakit kencing manis, ditemui wakil Berita Harian ketika menyertai seorang sau-dara terdekat ke perkampungan berkenaan pada Isnin lalu.

Pertemuan dengan Ayah Pin yang berusia 70 tahun berlangsung di sebuah warung di perkampungan kumpulan itu mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Mereka berkumpul di warung berkenaan untuk mendengar ajaran Ayah Pin.

Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis.

Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.

Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Ketika pertemuan itu, Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat.


POLIS NAFI AYAH PIN KEMBALI
- berita hairan

Ketua Polis Terengganu, Mohd Shukri Dahlan hari ini menafikan laporan dua akhbar bahawa ketua ajaran sesat Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.

Katanya pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini hari ini.

Dua akhbar itu hari ini melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit" pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini.

Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.
Tinjauan Bernama di perkampungan berkenaan mendapati keadaan di situ tenang dan beberapa penduduk menjalani kegiatan masing-masing.

KAH KAH KAH

kah kah kah… WAKIL AKHBAR PERGI .. DAN BERJUMPA AYAH PIN… kah kah kah…

kah kah kah… POLIS KATA … AYAH PIN DI NEGARA JIRAN… kah kah kah..

woit…. KALAU MACAM INI SIAPAKAH YANG DITEMUI OLEH PEMBERITA ITU ?....kah kah kah

kah kah kah… KALAU MACAM ITU SAHEH LAAAA… AYAH PIN INI BOLEH TERBANG … kah kah kah….

kah kah kah…DATANG KE JERTEH UNTUK TEMU BUAL…. KEMUDIAN TERBANG KE LUAR NEGARA… kah kah kah…

woit… BUKAN NAIK AIR ASIA… AYAH PIN ADA KEPAK SENDIRI…. kah kah kah..

woit… KALAU MACAM INI…. AJARAN SIAPA YANG SESAT?.... kah kah kah..

kah kah kah…. WARTAWAN SESAT…. BUAT CERITA BOHONG?... kah kah kah..

kah kah kah… POLIS SESAT…. CUBA MENAFIKAN AYAH PIN TAK ADA?..... kah kah kah..

kah kah kah… ATAU YANG SESAT IALAH ZUL NORDIN…. kah kah kah..

kah kah kah…. KERANA DIA NAMPAK SELUAR DALAM ANWAR DAN BERI TAHU PADA NAJIB DI NEW YORK….. kah kah kah…


AYAH PIN MELAYU UNGGUL - ADA PENGIKUT DI PELUSUK DUNIA


nota:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

17 ulasan:

matstimketum berkata...

alahai, antara mat polis dan mat reporter mana satu yang betul? ini berita supaya rakyat melupakan pemerintahan yang zalim buat seketika! berita killing field ladang gadong sudah basi kah? mat polis tak buat kerja atau mat pendakwa belum habis cuti raya lagi? hampeh sungguh mereka buat mesia! pru 13, pr mesti menduduki putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

apa lagi polis.. saman aa wartawan tu .
kalau puak PR yang keluarkan berita karut .. laju saja .. pakat nak buat report polis.. kah kah kah... bingai tul laa .. atau malu nak ngaku .. polis lepak saja pasai pakpin nih.kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang benar benar betul pun tak sohih .
Yang saheh , ayah pin boleh terbang . kah...kah...kah...

mosabit berkata...

ayah pin?..
ayah pin ni di pimpin oleh pemimpin ayah pin...
siapa pemimpin ayah pin?..
pemimpin ayah pin ialah pemimpin yg tak dapat memimpin ayah pin lagi..
ayah pin adalah hasil dari pemimpin yg amalkan demokrasi terpimpin...
ayah pin adalah pemimpin yg terbiar...
maka dia akan memimpin orang orang yg tidak dipimpin oleh pemimpin....

ayah pin ni kijer dia menyocok pin...
yer la.. pin lah katakan...
pin baju ker..pin tudung ker...

ada satu yg tak boleh dipimpin oleh ayah pin..

siapa dia?....dia adalah pinguin satu masia....

cuma ada satu pinguin dimasia...siapa piguin itu?..

jangan buat buat tak tau..
nak tau jugak ?..
sila tanya bro tt...
sebab bro tt sangat kasih akan pinguin itu.......

kah kah kah kah kah kah ....

cicit ngah layor berkata...

Wakil kerajaan langit hanya berselior pendek,pakai singlet danmenghisap rokok? Aper ler bangang benor pengikutnyer yg berpelajaran tinggi tu.Tok sami pon pakai menutup aurat.Pas tu melutut menyembah dan cium tangan pulak.Gamak nyer ajaran ayah pin ni membolihkan menyembah makhlok Allah,itu sbb jadi begitu.Siasat bior betoi2,jgn belum siasat dah nafi.Ini bukan kes ceramah tak ader permit,ini melibatkan akidah..

Ada Nama berkata...

kah kah kah

nak tergelak kentut gua...

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

Penanggah berkata...

dunia dah smakin merapu.. bilo orang bijak pandai pun kono tipu ngan orang bangang macm ayah pin...

ha ha ha berkata...

Ha ha ha..

aku tak heran ada yang kena tipu dengan Ayah Pin..sebab ramai yang dah lebih 50 tahun kena tipu masih tak sadar-sadar lagi ..ha ha ha.

azka berkata...

setahun lepas ayah pin ada duk lepak sekitar kwsn aku ni, duk dalam dusun durian org kg. ramai yg perasan dia ayah pin pun, org sini buat tak kisah hal dia

lps tu bila polis dpt kesan dia lompat pi siam. skrg timbul citer dia blk.

UMNO BODOH berkata...

Inilah dunia akhir zaman..macam2 benda pelik...Gua yakin bro..lepas ni ramai jin, iblis yang dapat IC jadi pengundi kat Galas...kahkahkah..

Polis pun ramai yg sengal...kena roti najib tak de telo..kahkahkah..

Bukan apa bro..polis tak boleh tangkap Ultrapin..sebab ultrapin janji nak bawak dia org ke langit ke7 jumpa bapak2 jin & iblis...kahkahkah...

Tapi ada masalahlah bro..bik mama nak ikut...ultrapin tak boleh terbang...overload...kahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

Apa ke bangang pengikut2 ayah pin ni, belajar tinggi tapi dengan ayah pin boleh kena tipu

Bodoh bangang...

Tanpa Nama berkata...

Comrade, sakit perut ketawa ini..ingatkan u nak kutuk angkasawan negara pertama...kerana ramai tak sangka dia suka kat pompuan..tetapi cari pasal dgn pejabat agama...surat khabar...dan polis!...with one stone 3 birds..hebatlah bro...walau pun saya tak sama berpendapat dlm politik dgn bro tapi bro punya ketajaman berfikir dlm politik buatkan saya setiap hari x3 kunjung blog tukar Tiub..keep up bro..thank you very much.

Tanpa Nama berkata...

pules yg cakap tu dah g jengok pekampungang ayah pin tu ker belong?

mat said dah datang jengok ke belong?

makang gaji bute ker?

bangan betol!

Tanpa Nama berkata...

kelakar sial...ahahahahahhaa

ayah pin dia punya exco iblis,malaikat dan jin wei...

ahahahaha..sama taraf najib dan exco pemuda umno... ahahahahaha

HantamSajaLahLabu berkata...

"...dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis."

Kah Kah Kah..

Minit mesyuarat sape ambik?

Tanpa Nama berkata...

ayah pin ni pun baaeekk punya "lateral thinker", maqam tinggi tuu.. main kerajaan langit.. macam kisah2 epic lama... kalau akal bebal tak faham akan kata dia ni sesat.. itu pasal banyak org2 cerdik-pandai seluruh dunia datang jumpa dia..bukan ambik kata2 "lateral"nya.. ada mesej sebaliknya..seni tuu...tul tak tt?


kmt65.

azmie berkata...

kawan tu turun dari kayangan nak pegi makan kenduri 10.10.10 ni. dulu sama2 pekena teh tarik masa di iss