Rabu, 26 Januari 2011

AWAS !!! URS TELECOMUNICATION




SATU LAGI KES TIPU



nota:
jumpa ular jumpa ee
ketuk urs communication kah kah kah




PEMILIK TELEFONROSAK TUNTUT KERUGIAN

PUTRAJAYA 25 Jan. - Kerana menghargai hadiah pemberian suami, Norizan Mohd. Amin sanggup hadir ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia hari ini (TTPM) semata-mata untuk menuntut hak terhadap telefon bimbit yang rosak.

Menurut Norizan, beliau hairan kerana telefon bimbit jenama Nokia C7 berharga RM1,350 yang dibeli oleh suaminya pada 12 Disember tahun lalu itu rosak setelah kurang seminggu digunakan.

"Oleh kerana telefon bimbit itu masih dalam tempoh jaminan, saya memutuskan untuk ke syarikat menjual telefon tersebut iaitu URS Telemunication Sdn. Bhd. di The Mines, Seri Kembangan untuk dibaiki.

"Namun hingga ke hari ini telefon tersebut gagal dibaiki dan saya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan masalah sebenar telefon itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi pendengaran di TTPM di sini hari ini.

Norizan memberitahu, bimbang ekoran tiada khabar berita mengenai telefonnya, dia mengambil keputusan untuk terus menghubungi syarikat tersebut bagi mendapatkan penjelasan.

Namun, dia kecewa apabila diberitahu bahawa syarikat itu kononnya masih belum menerima sebarang sebut harga daripada ejen yang dilantik untuk membaiki telefon bimbit tersebut.

Setelah meneliti hujah Norizan, Presiden TTPM, Pretam Singh memerintahkan URS Telemunication Sdn. Bhd. membayar RM1,350 kepada Norizan dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman dibuat.

Semasa perbicaraan berlangsung, wakil URS Telemunication Sdn. Bhd. sebagai penentang tidak hadir.

NOTA:
sila ambil perhatian nama syarikat ini
berhati hati jangan ditipu oleh syarikat ini
beritahu kawan kawan tentang syarikat ini
bila membeli talipon sila tanya apakah ianya dari syarikat ini


nota:
kedai penipu ini beroperasi di the mines
seri kembangan - sila beritahu geng !




8 ulasan:

A-I-B berkata...

Apa kena mengena dengan mamat tu bro!... simbolik tul... mamat putera Ameno penipu. Kah!...3X

Tanpa Nama berkata...

sini sorang lagi kene tipu
http://www.complaintsboard.com/complaints/nokia-x3-02-c401292.html

naim berkata...

TT, pelik saja nama.

Cuba tengok di sini

Tanpa Nama berkata...

terima kasih TT, TT adalah blogger yg bertanggungjawab. selain mendidik rakyat berperang dgn pemrintah, TT juga mendidik ttg penganiaayaan syarikat....... TT hebat!

Khun Pana aka johanssm berkata...

Buat apa beli barangan dari syarikat yang bernama You Are Ass

anti bodoh berkata...

takpaaa ini malaysia maaaaa...
lu mau tipu kaa lu mau pusing kaaa semuaa boleh punyeee..lu tengok kelajaan pu itu macam selalu pusing2 itu aktaa..
lu tengok apa balang di malaysia ada qualiti..semua tu lu tau apa pasat, pasat itu rasuah laaa..semua qualiti punyaa barang sudah angkat pii luar kasi hauu siow punya barang jual sini..
apa lu mau herann ini semua rakyat manyakk sukaa itu pasat dia olang lagi sokong itu najibb sama mini ooo..
malaysia punya olang bodoooo oooo..rugii laa kalau lu talak tipuu, bila lagii luu mau tipuu.rakyat malaysia memang bodooo ooo kalau lu tak tipu lu lagi bodooo ooo...
JANGAN KASI DIA ORANG TUKAR GOMEN OO NANTI WAA TAK BOLEH MENIAGA LAGI..NANTI SEMUA BARANG QAULITI MASUK APA MACAM WAA PUNYA BALANG MAU JUALL.JANGAN KASI DIA OLANG JADI PANDAI LAAA..KASI DIA OLANG JAID BODOOO SEPERTI SEKALANG LAAA..
memang betul rakyat malaysia bodohh...kalau tak tentu tak jadi camnii..kalau tak tentu internet kat malaysia dan kereta malaysia cukup bagus..tp sebab rakyat bododh ini lee yang ada kat malaysia..
haaaa jadi bodoh lagi sokong kerajaan firaun, apa dapat...barang tak qualiti,line tak jelas,putus2 satakat 50-60kb/minit..samapaikan anak dara pun dah takde qauliti dah..nama jee anak dara tp dah beranak...

Tanpa Nama berkata...

hp xyh beli kt mines..tipu punya brg

Tanpa Nama berkata...

terima kasih saudara hisham. saudara menjaga kepentingan pengguna..