Ahad, 6 Mac 2011

TIPU PILIHANRAYA - TIPU ORANG MELAYU




BUKTI DARI TUAN YANG MEMBELI



nota:
lihat bagaimana jahatnya
media gerombolan
sengaja di hebohkan
agar warga felda tidak
akan menyokong pas







PENEROKA MENGAKU JUAL TANAH KEPADA TUAN IBRAHIM
- meloya

MARAN 5 Mac - Seorang bekas peneroka Felda Jengka 13 di sini, Mahmud Abdul Rahman, 54, mengesahkan dia telah menjual tanah seluas empat hektar miliknya di tanah rancangan itu kepada Tuan Ibrahim Tuan Man pada 1994 walaupun mereka tiada hubungan persaudaraan.

Menurutnya, dia difahamkan tanah tersebut dijual kepada isteri Tuan Ibrahim pada harga RM75,000 dan dibayar tiga kali yang dibayar oleh Tuan Ibrahim.

``Saya jual tanah tersebut kerana ketika itu saya mengalami masalah kewangan akibat kemelesetan ekonomi dan kerana mahu keluar daripada tanah rancangan berkenaan,'' katanya ketika ditemui di ladang sawitnya di sini hari ini.

Tambahnya, ketika itu dia berpendapat lebih baik tanah tersebut dijual kepada orang lain daripada diserahkan semula kepada Felda ekoran keputusannya mahu keluar daripada tanah rancangan itu.


UMNO DAN MEDIANYA MENIPU –PEMBELI TANAH – harakah daily

Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.
Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd ," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.

NOTA:
mubarak di mesir selalu buat berita macam ini
yang selalu kena ikhawan musliman
macam macam kes mubarak buat
tak ada kerja lain menipu sahaja

ikhwan beli tanah orang kampong
ikhwan larikan anak dara
macam macam

akhbar mubarak menipu
tv mubarak menipu
radio mubarak menipu
mubarak sendiri menipu

di malaysia pun sama
menipu
akhbar menipu
tv menipu
radio menipu
menteri menipu
bekas menteri menipu
semua menipu

bila rakyat mula sedar
diacam untuk tangak dengan ISA
ini samalah macam cara mubarak buat di mesir


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro gua dah dekat sbulan payah nak dapat baca tukar tiub...ni pun gua dapat baca lu punya blog dari blog amin iskandar..apsal??gua pembaca tegar tukar tiub...

Tanpa Nama berkata...

bro gua dah dekat sbulan payah nak dapat baca tukar tiub...ni pun gua dapat baca lu punya blog dari blog amin iskandar..apsal??gua pembaca tegar tukar tiub...

cicit ngah layor berkata...

Biler ader jer PRK,maker banyak ler repot dibuat kepader polih,spr dan sprm.Lepaih tu soh,mcm tak ader aper2 kesalahan berlaku.Biler ader kesalahan dan pendakwaan,yg keghap naik mahkamah,kiter akan tengok loyor karpal singh,loyor hanipah maidin,loyor gobin dio yg jadi pembeler.Aper maknernyer ni.Saper pulak yg kener tudoh? TST ler...Ingat ler,mengembongkan peghot anak bini dgn bender yg haram bermakner kiter telah berbuat zalim pader demer.Kesian demer...tak tau aper2.

mosabit berkata...

apa nka buat..

kata islam hadari...kalau ak menipu ..berdosa besar...

kah kah kah kah kah kah ...

rillink berkata...

Sekarang umnok dah bukak cerita pasal jual tanah felda..kalau kita nak korek nanti jangan terkejut yang banyak membeli tanah peneroka felda ini ialah pemimpin UMNOOOOK.

Tanpa Nama berkata...

betol bro, gua pun pembaca tegar sahari tak baca mcm gorge soros tak tengok bloomberg,tak baca all street journal, tak boleh jadi, bro kena usahakan sesuatu . ada pihak luar cuba pecah belahkan kita bro..

anak-perak-online.net berkata...

bila dah bertukar tangan nanti semuanya bakal terbongkar...kita tengokkkkk...






Visit us on http://anak-perak-online.net/