Ahad, 1 April 2012

ANAK MUDA KE JALAN RAYA




SATU JAWAPAN - BANGUN DAN LAWAN







GERAKAN MAHASISWA PANTAI TIMUR


Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) yang menaungi front-front mahasiswa di peringkat Pantai Timur merasa terpanggil untuk menjawab isu ini & bersolidariti untuk membela rakan-rakan kami yang berasal dari Terengganu daripada dinafikan hak mereka.

Tindakan ini dilihat sebagai tindakan yang tertutup & tidak profesional kerana seolah-olah melibatkan sentimen politik yang mana sepatutnya mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun sebagaimana yang telah termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.Sepatutnya kerajaan negeri Terengganu melihat himpunan ini sebagai salah satu hak warganegara Malaysia untuk menuntut Pilihanraya yang adil,bebas & telus serta menuntut AUKU 1971 yang mengongkong kebebasan akademik, kebebasan aktivisme mahasiswa & menamatkan autonomi universiti dimansuhkan

Menteri Besar Terengganu tidak sepatutnya mencampur aduk kepentingan politik sempit dalam menilai hak yang dimiliki mahasiswa. Adalah tidak wajar untuk mahasiswa yang terbabit dihukum hanya kerana pendirian Kerajaan Negeri yang tidak bersetuju dengan Himpunan Bersih.

Kerajaan negeri sepatutnya menilai baik & buruk keputusan ini ekoran kesempitan kewangan yang bakal dilalui oleh 9 pelajar tersebut tambahan pula kos perbelanjaan makanan, tempat tinggal dan lain-lain adalah tinggi di negara luar khususnya di Mesir.


BERSEDIA UNTUK PENGUMUMAN



NOTA:
sentiasa layari tukar tiub
untuk mendapat tahu
maklumat terkini




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kpt = azizan = mb nganu = amno???