Rabu, 19 Disember 2012

ADA CERITA DALAM CERITA - ADA CERITA DALAM GAMBAR






MELAWAN 
 IMPERIALIS AMERIKA


INGATAN  UNTUK SEJARAH:
gambar ini  sedang berligar dalam alam maya
tt telah menerimanya berkali-kali
dalam fb dan dalam blog 
ramai yang telah menghantar gambar ini

gambar ini muncul secara tetiba tahun ini
kerana  ianya ada tercetak dalam
buku ingatan politik senator s .husin ali

FAKTA GAMBAR INI:
ini bukan gambar demo baling
ini demo anti-amerika 
pada 19 oktober 1973  ketika perang ramadan
atau perang yum kippur
perang arab-isreal

ini gambar dalam pejabat pak duta amerika
ketika ini kedutaaan amerika di jalan ampang
bangunan  AIA yang kini masih wujud

polis dalam gambar ini  ialah ocpd kuala lumpur
disebelahnya ialah duta amerika

tt datang bersama delegasi mahasiswa 
untuk membatah sokongan amerika terhadap isreal
punca kekuatan zionis israel pada tahun 1973 ialah imperialis amerika
punca kekuatan zionis israel pada tahun 2012 ialah imperialis amerika
yang juga disokong oleh zionis tempatan di malaysia

sebelum demo ini 
pada 16 oktober  anak mahasiswa dari UM 
telah datang berdemo   dihadapan kedutaan amerika
kami diserang lalu bertempur dalam kota kuala lumpur

IBRAHIM ALI
ada ceriita dalam cerita
tak perlu dituliskan disini
kalau ada ruang kosong
mungkin tt akan menulis
dalam memoir tt
yang sedang diusahakan
(ini pun jika difikirkan penting)

NOTA:
sosok muda berkaca mata itu
ialah sidek fadil
anak muda india itu ialah
mahasiswa UM dari fakulti ekonomi

tt memakai baju hijau
inilah baju harian tt dalam kampus
juga ada lilitan kain hitam
kerana bergabung  tanda setiakawan
terhadap warga palestin yang terkorban

NOTA:
yang penting sekarang
ialah kita turun berdemo 
sekali lagi pada 12 januari ini
ini lah ibu  dan bapak segala demo
diharapkan demo ini akan membawa kemenangan

INI GAMBAR DEMO ITU


fakta salah:



Like This Page · December 14 

Hishamuddin Rais, 23, setiausaha agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Ibrahim Ali, 23, presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara sedang berunding dengan polis semasa demonstrasi mahasiswa, 1974.
 — with Tukar Tiub and Ronasina Kartunis.

INI SELEBARAN MENGHASUT
UNTUK TURUN BERDEMO


--------

14 ulasan:

mek berkata...

woit tt, nampak muka garang betul.

Tanpa Nama berkata...

hahaha..muka BAPAK SEGALA GAGALIS(bak kata Ronasina) sewaktu zaman rock n roll nya(ya,sekarang juga masih rock n roll+old punk rocker dulu,kini,dan insyaallah selamanya)..salute! Cheers..hahaha

budak kampar berkata...

Time masa muda.jiwa tgh panas dan memberontak..hahaha.

Tukar Tayar berkata...

Gambo lelaki yg berbaju hitam dibelakang TT tu sepupu ke...? Hahaha....

Tanpa Nama berkata...

Respek lu tt..xnmpk braheng pun..

kampong lad berkata...

anwar ibrahim takdak pun!!!

Tanpa Nama berkata...

rupa memang ganas....
mana perempuan mau....
kah...kah...kah...
rupa lawan tetap lawan....
sehingga kini....

Tanpa Nama berkata...

udahle tt. lu jeles dengki kat rosmah. dia buat biografi dia, lu pun nak buat gak... ni mesti kes jeles sbb syg... oghe melayu kate cemburu...

Tanpa Nama berkata...

tahun 1974 umur 23 so berapa umur sekarang? Kah kah kah

Adek berkata...

TT mmg rock steady. macho tuu time muda mudi..hehe

insafdoh67 berkata...

Wa caya sama tt.. Semangat juang Sejati.... Dalam umno ada ke mcm tt.. Terbaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik bro tt.... Salute.... Kih.kih.kih...

Asrul Sani berkata...

Braheng Ali yang bercekak pinggang sebelah TT tu lah. Masa tu kurus sekeping sebab belum makan duit rasuah. Bila dah mentedarah duit haram pemberian Vincent Tan jadi buntal boroi dan hodoh macam katak minyak seperti sekarang ni....

Tanpa Nama berkata...

Kena google 'katak minyak' ni....kah...kah..kah...

Tanpa Nama berkata...

Fuyooooo...
boleh tahan hensem abang TT mase muda yek..
sekali tengok iras2 cam ar tompel..