Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 19 Disember 2012

AKSION DIREK MEMBAWA HASIL LUMAYAN



AKSION DIREK
TELAH MEMBAWA HASIL LUMAYAN
KALAU TAK DI TUMBANGKAN
PASTI KAMERA INI
AKAN DIGUNAKAN LAGI
Kesilapan Teknikal: Saman AES Ditarik Balik Tanda Kemenangan Rakyat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendesak supaya semua saman AES dimansuhkan serta merta berhubung masalah teknikal yang dialami oleh pihak mahkamah hingga menyebabkan sebahagian daripada keseluruhan saman AES ditarik balik oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Merujuk kepada laman sosial FB Zulhazmi Shariff yang merupakan peguam Kempen Anti Saman Ekor (KASE), saman AES di semua mahkamah termasuklah di Jalan Duta, Putrajaya, Kajang dan Sepang telah ditarik balik ekoran kesilapan teknikal. 

Zulhazmi yang berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini ketika sebutan kes turut menyatakan bahawa dokumen mengenai saman AES yang sepatutnya diserahkan oleh JPJ kepada mahkamah didapati masih tidak lengkap dan minta ditangguhkan.

SAMM memandang serius permasalahan AES yang menyusahkan rakyat dan merugikan semua pihak apabila berlaku gejala masalah teknikal. Dilaporkan sebanyak sepuluh ribu mangsa saman AES telah membuat pembayaran. Apakah nasib mereka yang telah membayar saman AES sebelum ini? Bolehkah wang mereka dikembalikan tanpa menyusahkan mereka untuk hadir ke kaunter pembayaran seperti sebelum ini?

SAMM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada KASE dan mangsa saman yang berani bersama KASE melawan regim penindas yang bertekad melaksanakan pemasangan 831 kamera AES di seluruh negara. Dengan keputusan seperti hari ini, SAMM menyeru orang ramai agar tidak membayar saman tetapi bangkit dengan berani menuntut keadilan bersama peguam KASE.

Apa yang boleh dilihat hari ini ialah, regim pemerintah tidak sedia membawa kes AES ke mahkamah kerana sememangnya perlaksanaan sistem AES punyai seribu satu kelemahan. 

Bagi SAMM, membayar saman AES adalah satu kerugian. Sayangilah wang anda, jangan bayar saman AES !


Yaser Sheikh Abd Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan




------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rugi rugi rugi..projek siap wang xmasyukk

insafdoh67 berkata...

Lingkuuuuuuup kroniiiiiiiii laguuuuuuuuuu niiiiiiiiii weiiiiii. Gila.gila.gila lagu ni puok Ubn.. Serba dok kena... Macam kera kena Belacan... Kih.kih.kih...