Khamis, 13 Disember 2012

KES RASUAH MUSA AMAN - TERBARAI GEROMBOLAN DI SABAH




RASUAH MENJADI SEBAB
SATU JUTA KE JALAN RAYA

PERTEMUAN DENGAN ICAC POSITIF, YAKIN KES DIBUKA SEMULA

Delegasi KEADILAN telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada jam 230 petang, 13 Disember 2012. Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan yang memakan masa satu jam itu.

Delegasi KEADILAN juga mengadakan pertemuan susulan dengan YB James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC.
Delegasi KEADILAN disertai oleh YB William Leong (Ahli Parlimen Selayang), YB Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan), YB Chang Li Kang (ADUN Teja), Saudara Darell Leiking (Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang) dan saya sendiri.

Semasa pertemuan tersebut, saya yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuklah keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Michael Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC.

Begitu juga dengan akuan bersumpah oleh Dato’ Seri Lajim Ukin yang menafikan bahawa wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

Malah, saya yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Dato’ Seri Lajim Ukin akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong.

Pun begitu, ICAC memohon kerjasama kami untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan. Oleh yang demikian, kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan oleh ICAC.

Saya beranggapan bahawa permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi.

Oleh itu, walaupun ICAC tidak akan mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberikan mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

Pertemuan dengan YB James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang.

YB James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Dato’ Seri Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (“money laundering”) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain. Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia.

Perkembangan sihat di Hong Kong ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak SPRM dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
13 DISEMBER 2012 



-----

3 ulasan:

Pena Hitam (Asraff) berkata...

Der.. Kalau dpt lue tlg update tempat utk memenuhkan jalan raya pada 12.1 nnt.. Mcm gua kat sabah serawak ni ramai gak tertanya2 ada ke x kat sini... Kalau nak g kl susah skit... Maklum la.. Yg kaya2 puak taib dgn puak musa je.. Org kampung mcm kami ni naik sampan je mampu.. Kang kalau g sana naik sampan kanhmg x pepasal je sesat g langkasuka plak...

DIDI KOTA BELUD berkata...

ki ki ki ki ki..akhirnya...yakulu musa......musa berkata...aku difitnah..aku tak bersalah..aku cuai...aku tergoda...aku ciput...ahhhhh gi mampos musa aman..perasuah tiada tempat di malaysia...kita gubal undang undang rasuah..bersalah je hukum gantung..baru selesai kes cepat....lalu ..yakulu musa...musa berkata...jangan hukum aku..bini aku macammana...siapa mau layan pantat dia nanti...gundik aku..sama...ahhhh...sama..aduiiii...

romeo kg loboh mengatal.... berkata...

habislah kau musa aman...kena santit oleh kelulut sabah....tumbuh pelirlah kat dahi ko tu karang...habislah kau...kana pugai balabak lah kau ni kali.....