Khamis, 13 Disember 2012

PAKATAN RAKYAT AKAN KALAH - SELANGOR AKAN JATUH DALAM PRU13




KOMENTAR TUKAR TIUB
tt menulis secara terang
bahawa pru13 ini akan dimenangi
oleh united malays national organisation
kerajaan pakatan rakyat selangor akan tumbang

rakyat tak sokong pakatan?

bukan kerana pakatan rakyat TIDAK MENDAPAT sokongan
sokongan dari orang ramai cukup kuat
sokongan rakyat kepada pakatan cukup ampoh
tetapi kerana united malays national organisation MENIPU

di bawah satu lagi bukti
bukti yang mensahehkan analisa bahawa PRU13
akan di curi oleh gerombolan ketuanan melayu

lihat bagaiman TIMBALAN PENGARAH SPR SABAH
adalah  juga KETUA PENERANGAN gerombolan
ertinya ianya membolehkan undi hantu mengundi
ertinya ianya membolehkan pendatang haram mengundi
ertinya ianya boleh memasukan kertas undi lebih
macam macam tipu helah boleh dilakukan oleh malaon ini

jadi inilah contoh saheh 
yang membuktikan bahawa  SPR adalah barua 
yang merancang dan menjalankan penipuan 
untuk memastikan united malays national organisation menang!

HANYA JALAN RAYA 
YANG  MEMASTI PRU13 BERJALAN
DENGAN
ADIL DAN BERSIH
SATU JUTA MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BERSIH



Pegang jawatan Umno, Timbalan Pengarah SPR Sabah salah guna kuasa



KUALA LUMPUR 13 Dis: Memegang jawatan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ada jawatan dalam parti politik merupakan salah guna kuasa, kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia.
Beliau merujuk Timbalan Pengarah SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang juga Ketua Penerangan Umno Kinabatangan.
“Isu ini sama dengan Pengerusi dan Timbalan SPR yang sebelum ini mengakui ahli Umno. Kita mahu mereka letak semua jawatan.
Bila berperanan dalam Umno, itu salah guna kuasa. Ini adalah alat untuk mereka (Umno) menang. Dengan cara ini, sudah pasti mereka boleh tolong parti yang disertainya untuk menang,” kata Roland ketika dihubungi.
Beliau mempersoal pegawai SPR yang menganggotai mana-mana parti politik kerana akan mendedahkan ketidaktelusan badan itu terutama melibatkan proses pengundian dan daftar pemilih yang diragui semua pihak.
“Jelas ketelusan SPR sebagai badan bebas terjejas apabila orang politik ada peranan dalam SPR,” ujar Roland yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.
Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dilaporkan ‘menyokong’ kakitangan SPR menyertai parti politik.


--------

3 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

apa ini aksyah nasrah...macam nama pendatang tanpa izin saja ni...mana ada nama melayu sabah macam aksyah...ini mesti keturunan pendatang tanpa izin...cuba chek ic dia..mangkali ic projek juga turrrr....tidak salah kalau kau lahir di sabah..tapi kalau baru masuk 6 5 tahun terus jadi warganegara tu yang tak tahan tur...dah tur banyak pulak dah menyusup di semenanjung...habislah kita kalau macam ni.....kasih tukar lah nama SPR tu jadi SABAH PENDATANG RAMAI......PUI..PUI..PUI...

Tanpa Nama berkata...

Mangkok hayon betol.
Bila bik moma bersuara, harimou muda musti kalah sebab terkena badi bik mama. Apa hal la dia sebok pasal bola sepak nih. Suwey betol.

Tanpa Nama berkata...

Selangor hilang tak apa beb jika balasannya ialah kemenangan ke atas Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Doa dan sembahyang hajat perlu diperbanyakkan beb!

Maklumat kpd org kampung wajib ditambah 150%!

Bom Deepak, dan bom2 lain mesti diulang tayang ke pedalaman dengan kepantasan 200%

Buku 26 muka surat Deepak wajib ditambah reso dan diedarkan ke masjid surau seluruh pelusuk bandar dan ;luar bandar hatta di felda2.