Pengerusi penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu hari ini dengan menyindir berkata himpunan yang berlangsung pada 12 Januari lalu sememangnya bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Memang kami mahu gulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang," kata naib presiden PAS itu secara berjenaka dalam satu sidang media pagi tadi.
"Jadi (bekas perdana menteri) Tun Mahathir (Mohamad) jangan bimbang. Dia boleh berada di Malaysia atau bercuti di mana-mana jika kami mengambil alih Malaysia," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Mahathir yang dilaporkan mendakwa himpunan Sabtu lalu di Stadium Merdeka itu bertujuan menjatuhkan kerajaan BN.

BACA AMARAN KAIN RENTANG