Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 16 Januari 2013

LAGI BUKTI - BAGAIMANA PENDATANG HARAM MENGUNDI



 MUKA ORANG JAHAT
YANG TELAH
YANG SEDANG
YANG AKAN
MERANCANG PENIPUAN
DALAM PRU13
waspada!
KOMENTAR TUKAR TIUB
orang ramai wajib bersedia
kalau dahulu pendatang haram
telah diberi kad pengenalan untuk mengundi
kali ini orang-orang jahat ini
merancang lebih licin

kali ini memberi kad pengenalan
bukan hanya di sabah
di kedah dan kelantan
warga siam akan datang mengundi
di sabah warga pilipina

di selangor
mat bangla
mat indon
mat myamar

kalau dulu mungkin ada yang mengatakan
bahawa tukar tiub sengaja bikin kacau
tukar tiub buat fitnah
tukar tiub buat propaganda

tetapi kali ini
semuanya telah dibuktikan saheh
bahawa penipuan memang dijalankan
oleh spr
dengan kerjasama pdrm
dengan kerjasama jpn
dengan kerjasama kementerian dalam negeri

semua penipuan untuk memastikan
united malays national organisation akan menang

kali ini cara menipu bertambah licik:
ada undi awal
ada pakai dakwat
ada undi luar negara
ada undi pos

ada juga pemerhati dari asean
ada pemerhati dari dalam negeri
tapi pemerhatikan
semua bekerjasama dengan spr
semuanya sebahagian dari
perancangan untuk menipu

justeru bersedia!

Bekas pegawai JPN dedahkan terima arahan Megat Junid benarkan pendatang mengundi


KOTA KINABALU, 16 Jan —  Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menuduh arwah  Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

Bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu, Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.
"Kami beri mereka (pendatang) RM20," kata Ramli kepada Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram disini hari ini.
"Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di dalam rumah. Kami menghantar mereka menggunakan bas ke tempat mengundi. Kemudian kami hantar mereka balik dan kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad pengenalan," tambah beliau.
Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai "kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang."
"Satu kawasan mungkin 400," katanya.

JANGAN TERLUPA


--------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Solat hajat beramai-ramai supaya Allah musnahkan pendatang haram dan pengundi hantu yang mengundi di PRU13 serta Allah musnahkan juga pihak yang menyelaras pendatang haram dan pengundi hantu yang mengundi di PRU13 serta Allah timpakan mereka semua dengan azab dunia yang tidak pernah dikenali oleh manusia semenjak zaman Nabi Adam.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa mereka tak ingat mati ke? Seksa kubur, penghinaan di akhirat? Sorang dari mereka sudah pergi tanpa sempat minta maaf kpd rakyat sabah.....

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

ADA SATU CARA LAGI...PUAK PUAK NI AKAN SURUH ORANG ORANG DIA MENGUNDI OLOK OLOK..LEPAS TU BAWAK KERTAS UNDI KELUAR DEWAN..SATU KERTAS UNDI 200 TU...GENAP JE 20 KE 30 KERTAS UNDI ..SATU ORANG AKAN MASUK SEKALI JALAN TERUS BUBUH KERTAS UNDI 20 KE 30 TADI SEKALI JALAN..PERNAH TERJADI DAN AKAN TERUS TERJADI..OLEH ITU PACA PACA PR KENALAH BERHATI HATI...INI BIASA ADA KERJASAMA PACA BN ATAU PR... PARA PACA ADA YANG KENA OFFER 20 RIBU UNTUK BUAT BENDA NI...DENGAN KEADAAN SEKARANG..HARGA PACA MUNGKIN 200 RIBU...MANA TAHU...

Stupid University berkata...

Kah! Kah! Kah! UMNO tahu main busuk sahaja! Kalau tak menjadi, sentimen agama dan bangsa menjadi resipi mereka! Kah! Kah! Kah! Memang cibai punya parti! Kah! Kah! Kah!

Tanpa Nama berkata...

Betul Tanpa Nama 16 Januari 2013 10:43 PTG

lapor sudah demo sudah..

Sekarnag mari kita mula solat hajat setiap malam kalau boleh sehinga PRU nanti minta bantuan yang maha kuasa. tunjuk dan hapuskan kebatilan

buat banyak aktiviti solat hajat ramai-ramai kalau masih ada kebaikan dalam hati mereka mereka akan cuak dan gentar dari melakukan penyelewengan.

Tanpa Nama berkata...

Listen Listen Listen Listen hanya Bekas Bekas Bekas Bekas. Tapi aku faham kenapa bila dah jadi bekas baru berani bercakap. At least something rather than nothing.

Tanpa Nama berkata...

antara nama pendatang asing tanpa izin disabah sundusing nganro - bugis, samsudding mapale, umaireng bacokaling, kah kahk kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kami ajar mereka bagaimana untuk
mengundi. Kami kumpulkan mereka di
dalam rumah. Kami menghantar mereka
menggunakan bas ke tempat mengundi.
Kemudian kami hantar mereka balik dan
kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya
untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad
pengenalan,"