Jumaat, 22 Februari 2013

SANDIWARA AL-LAHAD DATU MASIH BERJALAN


MELANCUNG SAMBIL
MEROMPAK
 Kependudukan Warga Sulu di Sabah:
 Serius dan Kritikal

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah memandang serius kejadian yang berlaku di Lahad Datu apabila sekumpulan bersenjata dari Filipina telah menceroboh kedaulatan negara dan berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Ia sangat kritikal dan SAMM menyifatkan ia berpunca dari kegagalan kerajaan Malaysia menyelesaikan isu antarabangsa dan persempadanan dengan serius.

Filipina sememangnya menuntut sabah sebagai tanah kedaulatanya. Antara asasnya ialah kesultanan sulu yang menguasai sebahagian besar sabah dan pusat kesultanan di tanah kedaulatan filipna. Isu tuntutan filipina ini sebenarnya masih tidak selesai di mana rakyat ditipu sehingga kini Malaysia masih membayar sejumlah kira-kira USD5000 setahun kepada Filipina yang dianggap oleh kebanyakan warga Filipina sebagai bayaran sewaan terhadap negeri Sabah.

Isu ini menjadi lebih parah apabila terlalu banyak rakyat Filipina khususnya keturunan sulu dihadiahkan kewarganegaraan segera kerana mahu mengekalkan kemenangan BN di sabah. Pada tahun 90an, ramai antara mereka dialu-alukan masuk ke Sabah malah diberi kad pengenalan dan hak mengundi demi memastikan kemenangan Bn. Di atas pengkhianatan Bn ini menjadikan lebih ramai warga sulu di merata pelusuk sabah bermastautin malah ada yang sudah berkampung.
Kehadiran 500 sentinal sulu ini adalah detik penyatuan kaum sulu dalam usaha mendapatkan Sabah menyebabkan kerajaan Malaysia tertekan hingga tidak mampu berbuat apa-apa menyedari kaum sulu sudah menduduki Sabah bukan sekadar berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu semata-mata. Atas sebab ini SAMM Sabah merasakan negara berada dalam kedudukan yang kritikal jika ia tidak diselesaikan segera, dan dengan bijaksana.
Lebih lama kaum sulu berkampung di Sabah, maka akan memberi lebih kesediaan untuk mereka terus menetap di Sabah dengan jumlah yang semakin ramai. Malah, sebarang langkah yang silap akan menyebabkan Malaysia, warga Sabah khususnya berdepan dengan kemungkinan perang gerila yang diperkuat 'anasir luar'. Akan lahir 'puak pemisah' yang merebut peluang memandangkan kerajaan Malaysia lemah berdepan isu ini dan faktor kedudukan warga sulu yang telah lama di Sabah memberikan kelebihan buat mereka.
Apakah akhirnya Malaysia akan kehilangan sebahagian dari Sabah di atas lewatnya kerajaan Malaysia bertindak? Jangan sesiapa lupa kegagalan pimpinan Bn menangani isu sebelum ini menyebabkan kita kehilangan Batu Putih dan Tanjung Pagar!
Penangkapan 3 orang wartawan Al-Jazira memburukkan lagi keadaan, memperlihat kedudukan kerajaan malaysia yang panik. Sudah menjadi resam dalam mana-mana konflik dunia pasti akan dikerumuni wartawan tetapi di Malaysia, wartawan tidak diberi ruang seolah-olah takut rahsia sebenar terbongkar.
Dalam masa yang sama, SAMM berpendapat tekanan lebih keras harus diberi kepada kerajaan Filipina agar tegas menyatakan pendiriannya dalam isu kependudukan warganya di Lahad Datu. SAMM akan berkunjung ke Kedutaan Filipina dan juga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa Malaysia, tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik yang berpanjangan.

Kegagalan menangani isu kependudukkan Sulu bukan sahaja akan menyebabkan kedaulatan negara tercemar, malah akan terus dicemar menjadi 'precedent case' kerana mungkin satu ketika nanti beberapa kawasan di Klang atau Banting atau Sabak Bernam, akan dituntut pula oleh Indonesia kerana kependudukan warga mereka yang ramai di sana (Selangor).

Sekian

Boby Lewat @ Ewat
Penyelaras SAMM Sabah




-------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepaskan je la Sabah ni. korang jangan nak tipu la. ramai yg dari semenanjung dan pembaca tt ni yg tak pernah pon menjejakkan kaki ke tanah sabah. kalo ada yg pernah menjejak kaki pon hanya sekadar utk melancung jer.

baik lepaskan sabah dan biarkan orang sabah sendiri yg mentadbir sabah. buat apa kita di semenanjung sibuk pasal sabah? buat beban jer sabah ni! biar sabah uruskan negeri dia sendiri! biar orang sabah sendiri deal dgn orang-orang dari mindanao dan kepulauan sulu ni.

buat habis duit cukai rakyat jer utk kita menguruskan hal sabah ni. lebih baik duit cukai rakyat disalurkan kepada projek dan program untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan rakyat. lepaskan je la sabah ni supaya hilang beban kita nak tanggung hal-hal yg semakin rumit di sabah ni!

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua, tolong jangan keliru. Pasukan tentera dari Selatan Filipina yang datang ke Sabah baru-baru ini adalah sayap Kesultanan Sulu (Sultan Kiram) dan mereka adalah dari Moro National Liberation Front (MNLF). Gerakan MNLF ini tidak sama dengan gerakan Abu Sayyaf dan gerakan-gerakan Pejuang Pembebasan Moro.

MNLF diketuai oleh H.E. Nur P. Misuari manakala MILF diketuai oleh Hj Murad. Abu Sayyaf pula adalah pemimpin cabang di bahagian paling selatan di Pulau Palawan. Cerita tuntutan Sabah dari sayap Kesultanan Sulu ini hanyalah agenda yang cuba dimainkan oleh orang asing dek kerana mereka mahu cuba mendapatkan satu sumber galian Minyak baru yang boleh bertahan selama lebih kurang 150 tahun. Sumber ini masih belum digali oleh Petronas dan sudah dikesan di Sabah.

Jadi, itu pasal Angkatan Tentera Malaysia sudah campur tangan ke Sabah tetapi setakat ini belum ada apa-apa pertumpahan darah berlaku. Mereka cuba buat rundingan damai sahaja dek kerana BangsaMoro atau Sulu/Suluk ini pun sebenarnya satu rumpun dengan kita. Kemerdekaan yang diperoleh oleh MILF pun adalah hasil perdamaian yg kita lakukan. Tetapi dek kerana MNLF tidak berjaya meraih kemerdekaannya sendiri, lalu mereka mudah diguna-gunakan oleh kuasa asing utk menuntut Sabah. Sedangkan ada udang disebalik batu...

*copy paste*

Tanpa Nama berkata...

Ya, ko rasa t'beban sebab duit ko & bapak ko yg tanggung rakyat Sabah ni. Kbykn hasil bumi Sabah ini dirompak olh org2 Malaya & dibawa lari ke s'jung utk m'buncitkan perut org2 mcm kau & bapak kau. Lokasi kejadian dimana manusia2 ja*ang (mcm ko & bapak kau) itu b'kg adlh dlm kwsn gugusan felda shbt. Kwsn yg kaya dgn hasil kelapa sawit - Sbhgian besar hasil t'sebut dibawa ke mana? Tentulah ke dlm perut org2 Malaya mcm ko & bapak kau! Blm kita cerita minyak lg... Sabah cuma mdpt 5% royalti drp hasil minyaknya sendiri. 95% lg ke mana? Ko tanya la bapak kau! Sabah bukan beban..tetapi menanggung beban utk mengkayakan org2 di Malaya! Drpd satu dimensi, militan2 itu & sbhgian besar org Malaya ( kecuali bro TT) mempunyai persamaan iaitu - tamak & kaki putar belit!

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah, tidak tahu ka mamat ni, sebahagian besar hasil negara juga datang dr sabah, khususnya hasil minyak, hampir keseluruhan di salur ke persekutuan, sabah cuma dpt kurang 4%je hasil minyak. Ka ka ka, tidak tahu ka byk prasarana yg dibangun juga tetap menggunakan hasil dr sabah. Jadi siapa yg menjadi bebam kepada siapa

AL LAHAD DATU berkata...

Hehehehe....tt...inilah baka yang terbaik dari lembu lembu ni.....mai tali nylon...opps...talil elayang jelah.......aaaaa....oklah..takya tambalah dio ni...pi ambil garam...campur air letak kat baldi tu tt......ok...sebelum bagi lembu baka baik ni minum...letak tiga sudu racun roundup ye.....ini baik punya baka ni....besalah....baka baik mati dulu....hehehe

insafdoh67 berkata...

kah.kah.kah... Duit minyok banyok tu.. Ada berani mau lps ke. Masyuuuk fuluuuusss.. Kih.kih.kih..

Unknown berkata...

Mana boleh! Ada minyak tu . Kah kah kah