Ahad, 17 Februari 2013

SANDIWARA AL- MAUNAH..OPPS.. AL- LAHAD DATU



SANDIWARA
SEKALI LAGI

PENAHANAN XENOPHON: ANCAMAN KEPADA RAKYAT ATAU HANYA PEMERINTAH? 

Tindakan pihak kerajaan malaysia yang menghalang, menahan dan juga menghalau Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon adalah satu perbuatan terkutuk dan memberi gambaran jelas bahawa negara ini menuju ke arah sebuah negara polis. Ia juga menjadi bukti betapa pentadbiran Najib sangat menghampiri satu era perjalanan terakhir kerajaan Mesir dan Tunisia sebelum dihumban sendiri oleh rakyatnya. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk sekerasnya tindakkan demikian kerana ia mencorakkan persepsi yang buruk terhadap Malaysia dari kaca mata antarabangsa. Pentadbiran Najib tergamak menutup hubungan luar demi menyekat kebangkitan rakyat sendiri, pastinya bukan satu perkembangan yang sihat malah akan menjadikan Malaysia sebagai tumpuan dunia dengan sifat negetif. Lebih buruk apabila yang ditangkap itu pula dianggap sebagai penjenayah dari sudut layanan termasuklah menafikan hak berhubung dengan peguam.

Jika sebelum ini seorang peguam dari Perancis pernah dihalau keluar kerana berkait rapat dengan pendedahan isu Scorpene, kali ini ahli parlimen negara komanwel pula dihalang masuk berkaitan penipuan pilihanraya. Apa yang sebenarnya cuba disorokkan oleh Pentadbiran Najib hingga sesiapa sahaja yang dirasakan mengancam penguasaan Barisan Nasional dihalang menjejak kaki di bumi Malaysia? Pihak manakah yang sebenarnya terancam dengan kehadiran personnel ini, rakyat Malaysia atau pemerintah kuku besi?

Bagi SAMM, Kerajaan Malaysia seharusnya perbetul tindakkan bukan dengan cara menutup sempadan untuk mengekang kebangkitan rakyat sendiri. Jika berterusan begini, ia satu proses pertukaran kerajaan dan yakinlah kerajaan yang ada hari ini akan bertukar tangan, isyarat dari peristiwa yang berlaku.

Sekian,

Mohd Faisal Abdul Rahman
Penyelaras Hubungan Antarabangsa SAMM

PETANG INI DI IJOK

----

4 ulasan:

Poksir berkata...

Nicely captured....mari kita hantar surat terima kasih kpd mereka yg prihatin

ORIGINAL DIDI K.B berkata...

AL LAHAD DATU.........ATM TAK BERANI TANGKAP ....KALAU MELAWAN MEKE NI TEMBAK JE........INGAT BUMIPUTERA SABAH KORANG BOLEH GERTAK KAH.....CUBA KASI LEPAS 100 NI MASUK KAMPUNG KITA TENGOK APA JADIK KALAU ATM TAKUT SANGAT......WEI.....PEMENGAL KEPALA BANYAK LAH DARI KAMPUNG....KASI LEPAS TENGOK........INGAT BUMIPUTEDA TU TAKDER TELUR KE......KASI LEPASLAH.....KALAU BERANI.......WEI ATM.....BAKAKUK BANYAKLAH........

MONSOPIAD ARIVE berkata...

BERKEMAS SEMUA....MALAYSIA NEGARA TAIK....TAKDER KEDAULATAN..TAKDER MARUAH....TAKDER PEMIMPIN.......SISTEM SUDAH ROSAK....ATM TAK BLEY DIHARAP......SABAH AKAN DIJAJAH.....PEMIMPIN SINGAPORE DAH HANTAR GAMBAR MONGGOL KAT PRESIDEN PILIPINA...PM DAH KENA PAU....SUKA HATI AKULAH BUAT CERITA.....TAK BLEY KE......APASAL...APASAL...TAKBLEY......MALAYSIA BOLEH TIPU AKU...APASAL AKU TAKLEY TIPU PULAK......DOWN NAJIB DOWN....HALF PAST 7 LAH LU.....PUKIMAK.

insafdoh67 berkata...

kah.kah.kah... inilah kerajaan Setan dikenali... di larang bercakap benar... tipu...nipuuu...sapuuuuuu... kih.kih.kih... PTR.. Tentera Rakyat...