Selasa, 24 Disember 2013

TURUN TURUN TURUN





 Demonstrasi `gulingkan kerajaan’: Polis tahan aktivis mahasiswa
Polis menahan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar di Kuala Lumpur malam tadi dan akan disiasat mengikut seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 10.00 pagi ini berhubung satu rancangan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.
Azan ditahan reman kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.
Azan yang sebelum ini melancarkan Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

SAMM kutuk pengangkapan Azan Safar, Gesa Rakyat Bersedia Untuk Himpunan Besar 31 Disember

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan pihak berkuasa yang mengheret seorang mahasiswa ke balai polis tanpa alasan yang munahsabah.

Azan Safar, Pengerusi Turun yang juga Presiden GAMIS dikahabrkan dicekup polisi kira - kira jam 11.30 malam tadi ketika sedang makan di sebuah kedai makan di ibukota. Penangkapan ini dipercayai ada kaitan dengan demo malam tahun baru nanti.

Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini ? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat.

SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar sambil menyeru semua agar tenang termasuk pasukan keselamatan dan jangan sesekali termakan provokasi BN. Pihak berkuasa harus rasional dalam membuat keputusan, tidak perlu mengikut telunjuk kerajaan BN yang dilihat telah 'goyang' oleh gerakan rakyat mutakhir ini.

Bagi SAMM, penangkapan Azan Safar akan terus membangkitkan lagi semangat anak muda dan orang ramai untuk turun bersama dalam protes raksasa 31 Disember 2013

Sheikh Yaser Abd Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan


-----------

4 ulasan:

kampong lad berkata...

ayaq hujan turun, susu getah turun & mayat turun, itu saja yg turun!

Tanpa Nama berkata...

Anda tidak perlu terkejut beruk jika anggota polis buat tangkapan tidak mengikut cara apa yang anda mahukan. Tugas polis adalah siasat, tahan, tangkap, dera sampi mati dan bunuh.....

Menentang kerajaan yang zalim seperti Barisan Nasional, orang yang mahu jadi pejuang mestilah sudah bersedia untuk menghadapi ancaman dari polis kerana kerajaan akan menggunakan kuasa agensi itu sepenuhnya demi menjaga kepentingan parti mereka untuk terus berkuasa.

Jika anda berpakat dan bersatu, anggota polis tidak lah sehebat mana...kerana mereka juga rakyat yang akan kebuluran dalam menghadapi kenaikan harga barang/perkhidmatan dan cukai GST.

Tanpa pejuang seperti Azan Safar...tiada siapa yang akan membela nasib ahli keluarga anggota polis dan askar yang mengguna slogan 'saya yang menurut perintah'.

Tanpa Nama berkata...

tidak mahu lagi himpunan didataran merdeka.kena buat macam thailand himpunan perlu diadakan di bukit aman

Stupid University berkata...

itulah petandanya kerajaan sekarang telah tamat tempoh! Kah! Kah! Mereka takut pada segalanya! Kah! Kah! Kah!