Ahad, 25 Oktober 2026

MENUNGGU SERANGAN ISRAEL


WAHAI

NETANYAHU 

SILA SERANG IRAN

DENGAN SEGERA

RAKYAT DUNIA

DAH TAK SABAR

NAK LIHAT ISRAEL

LUNGKUP

AMIN

PRN MELAKA MAKIN MENARIK


PRN MELAKA

MAKIN MENARIK

AMIN

ORANG MISKIN MATI DALAM LOKAP


ORANG MISKIN

MATI DALAM LOKAP

AMIN

OANG KAYA MAT

ATAS  CIPAB

KHALAS

KPN arah JSJ Bukit Aman segera siasat kes kematian Noorizwan


PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara  Mohd Khalid Ismail mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman supaya segera menyiasat kes kematian Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, baru-baru ini.

Beliau berkata siasatan itu perlu dilaksanakan dengan teliti susulan penemuan beberapa kecederaan luar biasa pada tubuh Allahyarham.

“Saya telah meminta pihak JSJ terutama Pengarahnya, M. Kumar untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan membuat kenyataan awam tentang segala (dapatan) siasatan tersebut.

“Apabila kita menerima laporan bedah siasat daripada pihak hospital yang menyatakan mengenai punca kematian itu, kita akan buat satu kenyataan rasmi untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa Spectrum (SIUC) ke-26 di sini hari ini.

Mohd Khalid berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang menyiasat mengenai kes kematian dalam tahanan juga sudah mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu.

“Bagaimanapun, kita masih belum mendapat keputusan mengenai punca kematian kerana masih menunggu laporan makmal,” katanya.

Semalam, Pengarah JIPS Bukit Aman  Aida Abdul Hamid berkata hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan pada organ dalaman sebaliknya hanya menemukan kecederaan luaran pada tubuh Noorizwan.

Aida berkata punca kematian dinyatakan sebagai pending laboratory analysis (menunggu keputusan analisis makmal).

Noorizwan, 42, ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 19 Sept lepas untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 457 dan 379 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, lelaki itu dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras pada 30 Sept lepas untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.52 pagi keesokan harinya. – BERNAMA

 

JEREBU NAK HILANG - DARI BALKONI


DARI BALKONI

JEREBU NAK

HILANG

JAM 8 MALAM 
MALAM YANG TERANG
BULAN MENGAMBANG

PETANG  TADI 
AWAN MUNCUL KEMBALI
TAPI LANGIT BELUM BIRU

MALAM AWAN MASIH ADA
ERTINYA JEREBU KIAN MENGHILANG

ADUH!
APAKAH ESOK
MENJANJI AWAN BIRU?
AMIN



JEREBU MASIH MENGANCAM


SEMENANJUNG

SEMAKIN PULIH

AMIN

SABAH SARAWAK

MASIH DALAM

BAHAYA

AMIN


IPU lebih 200, 27 sekolah di Tebedu ditutup


KUCHING: Sebanyak 27 sekolah di Tebedu akan ditutup sementara esok susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 200, dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan bagi menjamin keselamatan serta kesihatan murid dan warga pendidikan.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu membabitkan sebuah sekolah menengah dan 26 sekolah rendah, berdasarkan pemantauan berterusan serta bacaan IPU setakat jam 2 petang hari ini.

Keputusan berkenaan turut mengambil kira laporan Jabatan Meteorologi mengenai perkembangan keadaan jerebu di negeri ini.

Menurut JPN Sarawak, pelaksanaan PdPR adalah selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016, iaitu Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.

Guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) juga dibenarkan melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah.

JPN Sarawak turut memaklumkan bahawa arahan penutupan itu terpakai kepada semua sekolah rendah dan menengah di daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200 selepas kenyataan berkenaan dikeluarkan.

Bagaimanapun, sesi persekolahan secara bersemuka bagi calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diteruskan dengan pematuhan pemakaian pelitup muka.

Langkah itu tertakluk kepada Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan (Operasi Topeng) Bilangan 1/2005 serta Garis Panduan Operasi Khas: Pengurusan Bencana dan Krisis Semasa Peperiksaan (Edisi Semakan) 2026.

Bagi sekolah yang terletak berhampiran daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200, guru besar dan pengetua boleh mempertimbangkan pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor kesihatan dan keselamatan murid.

Sekiranya trend bacaan IPU menunjukkan penurunan kepada paras di bawah 200, guru besar dan pengetua boleh mengambil tindakan bagi membuat persediaan pembukaan semula sekolah.

Tebedu, yang terletak di Bahagian Serian, adalah daerah paling hampir dengan sempadan Malaysia-Indonesia.

BILA HARGA BARANG NAIK


BILA IRAN

DI SERANG

 HARGA

BARANG NAIK

RAKYAT MARAH

MASA ITU HASUT

 BERDEMO

 AMIN


Unknown commented on 
"DARI BALKONI LE CHÂTEAU"

bila nak turun jalan berjubonstrasi..
https://www.youtube.com/watch?v=21ucWhDi_NI

kah kah kah

TRUMP NETANYAHU AKAN SERANG IRAN


BERSEDIA !!!

TRUMP

 NETANYAHU

AKAN SERANG 

IRAN

AMIN

HARGA MINYAK

BAHAN MAKANAN

AKAN NAIK

AMIN

MASA TERBAIK

UNTUK MENGHASUT

KHALAS



'Kapal perang AS jangan dekati perairan kami' - Tehran

TEHRAN: Iran memberi amaran tidak akan membenarkan kapal perang Amerika Syarikat (AS) menghampiri perairannya.

Peringatan itu dikeluarkan ketika Presiden Donald Trump dilaporkan masih mempertimbangkan sama ada melancarkan serangan baharu atau meneruskan tekanan ketenteraan dan ekonomi ke atas republik Islam itu.

Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Ali Abdollahi berkata, Tentera Laut AS tidak lagi mampu beroperasi berhampiran perairan Iran kerana negara itu mempunyai keupayaan untuk menyasarkan mana-mana kapal yang berada di rantau berkenaan.

Abdollahi turut mempersoalkan kenyataan AS yang mendakwa keupayaan ketenteraan Iran telah musnah sebahagian besarnya sepanjang konflik berkenaan.

Iran makin giat merancang serangan terhadap rakyat AS, kata pegawai

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tahap amaran keselamatan membabitkan kakitangannya yang berada di Asia Barat, kata seorang pegawai risikan AS dalam satu memorandum.

Washington turut mengurangkan jumlah petugas di kedutaan dan konsulat AS, susulan risikan yang mendedahkan rancangan Iran berada pada peringkat lanjutan untuk menyerang AS.

Pegawai risikan memberi amaran kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dalam satu memorandum pada 23 Oktober lalu mengenai ancaman terhadap kakitangan Jabatan Negara di Asia Barat dan beberapa wilayah lain.

Memorandum yang disediakan Pengarah Perisikan Negara AS, Jay Clayton, menyatakan agensi perisikan menerima maklumat risikan bahawa Iran memperhebat usaha menyasarkan kakitangan AS.

LOKMAN ADAM SEBAGAI PM


BETUL 

GUA SOKONG SAPA

SAJA TERMASUK

LOBAKMAN

UNTUK HUMBAN

ANWAR BIN

IBRAHIM

KHALAS



Unknown commented on 
"BERSATU PARTI PHD"

Pernah satu masa Isham Rais kemain beria support Azmin untuk jadi PM Kang kalikong!



KURDISH BARUA AMERIKA


IRAN BELASAH

KEM KURDISH

KINI JADI BARUA 

AMERIKA

KHALAS

DALAM LOKAQP POLIS - SAPA TUKANG PUKUL ?


JIKA MATI

DALAM LOKAP

SAPA AGAKNYA

TUKANG PUKUL?

KHALAS

Keluarga Allahyarham Noorizwan, Nooranis Zulkefly bersama penguam, Rajesh Nagarajan (kiri) hadir ke kediaman Perdana Menteri kelmarin bagi menyerah surat memorandum menuntut pembelaan kematian abangnya ketika dalam tahanan lokap. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad

DARI BALKONI LE CHATEAU

 



DARI BALKONI

LE CHATEAU

JAM 1.00 PETANG
LANGIT MAKIN CERAH
AWAN  DAH  MULA DAPAT DILIHAT 
SATELAH HILANG HAMPIR 3 BULAN

JIKA ANGIN  KUAT
ATAU HUJAN LEBAT
GUA RASA 
CUACA AKAN KEMBALI SEHAT

SAMA-SAMA
KITA TUNGGU
AMIN

TERUSKAN SAMAN - BOCORKAN SEMUA


SAMAN 

JANGAN TAK SAMAN

AMIN

ORANG MISKIN SELALU MATI DALAM LOKAP


ORANG MISKIN

SELALU MATI

DALAM LOKAP

AMIN

ORANG AYA

TAK PERNAH

MASUK LOKAP

WALAU PUN

TOKAN DADAH 

KHALAS


Kematian Noorizwan dalam tahanan perlu disiasat sebagai kes bunuh


KUALA LUMPUR: Kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly, 42, dalam tahanan polis wajar disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pengarah Lawyers for Liberty (LFL) dan peguam keluarga, Rania Aljunied, berkata kenyataan polis tidak menemui sebarang kecederaan pada organ dalaman Noorizwan tidak boleh diterima.

Menurutnya, kenyataan dikeluarkan Bukit Aman itu bercanggah dengan pembentangan hasil dapatan bedah siasat yang sudah dimaklumkan pakar patologi kepada keluarga termasuk PDRM.

"Dakwaan Bukit Aman bahawa Noorizwan tidak mengalami sebarang kecederaan organ dalamannya adalah palsu dan bercanggah dengan penemuan pakar patologi.

"Pakar patologi menemui pendarahan menyeluruh di dalam otak. Ini adalah kecederaan dalaman yang amat serius dan boleh menyebabkan kematian.

"Terdapat juga pendarahan di bahagian usus dan gambar-gambar bedah siasat jelas menunjukkan kecederaan-kecederaan ini. Pihak polis sedia maklum berhubung kecederaan dalaman ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru beliau mempertikaikan bagaimana PDRM boleh menyatakan tidak menemui kecederaan organ dalaman walaupun sudah dibentangkan dengan bukti dan fakta sedemikian.

Katanya, kenyataan PDRM berhubung punca kematian juga tidak dapat diterima dan hanya mengelirukan orang ramai.

"Berdasarkan laporan bedah siasat dimaklumkan kepada pihak keluarga, jelas punca kematian adalah akibat trauma objek tumpul di kepala.

"Punca kematian ialah trauma tumpul di kepala juga sudah dimaklumkan kepada pihak polis di hadapan keluarga. Penemuan trauma tumpul ini tidak boleh diubah oleh analisis makmal ke atas sampel darah dan sampel lain yang masih belum selesai.

"Mengapakah Bukit Aman berlengah-lengah dan membayangkan kepada orang ramai bahawa punca kematian masih belum pasti? Ini sama sekali tidak boleh diterima oleh keluarga," katanya.

Rania menegaskan hasil dapatan forensik berkenaan sudah cukup jelas untuk mewajarkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 dan menuntut campur tangan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Tindakan merujuk siasatan ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) tidak membawa apa-apa kesan kepada keluarga Allahyarham kerana agensi itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat jenayah berdasarkan Seksyen 25(b) Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.

"Oleh itu pihak keluarga Noorizwan menuntut campur tangan Peguam Negara supaya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan siasatan diambil alih oleh pasukan khas dari Bukit Aman yang dilantik oleh Ketua Polis Negara.

"Kami menuntut anggota polis yang disyaki terbabit digantung tugas dan ditahan dengan segera bagi memastikan bukti dipelihara dan KPN menjelaskan mengapa Bukit Aman mendakwa tiada kecederaan dalaman sedangkan bedah siasat menunjukkan sebaliknya," katanya.

MADANI DIKAWAL OLEH MAFIA KORPORAT


SELAMATKAN

NEGARA DARI

MAFIA KORPORAT

AMIN

Unknown commented on
 "PAGI INI"

goreng sapa lebih BAIK antara semua yang goreng lagi menggoreng adakah ramnan atau puji kah kah kah lebih baik saman dari goreng😎👽😇😂


Unknown commented on 
"ORANG RAMAI DAH LAMA MENUNGGU"

Genetik perasuah dilahirkan dibela dibelai diberikan kemudahan dari bayi lagi, susah berubat, rasuah dan kita berpisah tiada, slogan bersama masyarakat perlu ditukar supaya berlaku perubahan, 

realiti semuanya menggunakan agama sebagai pelindung berlakon siang malam berpakaian baju Melayu capal bergaya ayat-ayat Arab bagi menipu rakyat, jadi tak kira siapa di tampuk kuasa perangai sama sebab dalaman rosak teruk kah kah kah kah


Unknown commented on 
"APA JADI DENGAN KORPORAT MAFIA ?"

Episod ini hanya akan keluar apabila bertukar kerajaan nanti itupun kalau kuasa dipegang oleh orang berkelayakan kah kah kah, kalau setakat PAS baik tak payahlah tunggu episod seterusnya kah kah kah kah

Unknown commented on 
"TERAM BUAT ANCAMAN"

Hari-hari ancaman? Tak ada kerja lain? Hari-hari politik macam orang-orang kita melepak kedai kopi, pengalaman kosong ilmu pengetahuan kosong pusing sini pusing sana dalam kampung, tidak pernah keluar dari kepompong keselesaan kah


Unknown commented on
 "LU INGAT MUDAH NAK KAYA?"

Sekurang-kurangnya dia usaha mencari kekayaan dengan cara halal walaupun maut, tetapi orang-orang kita dari atas sampai bawah pakai jawatan pakai kuasa pakai undang undang rakus pau duit masyarakat kah kah kah kah itu terpaksa diterima woit kah kah kah kah

Unknown commented on 
"ALANG ALANG NIAGA - 
BIAR JADI KAYA RAYA"

Apabila orang yang duduk kerusi kuasa tiada integriti tiada perasaan malu kulit tebal otak lembap dengan kedudukan maka semua ini biasa biasa saja, seperti cakap Bossku yang terpaling hebat bisa bisa saja Bossku kah kah kah kah, 

seseorang itu dinilai hanya dengan perwatakan nilai integriti maka kita semua sudah ketahui ianya tidak ada langsung dalam sistem kepolisan sekarang amin kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI






PAGI INI

AHAD 25 OKTOBER 2026

PILIHAN  RAYA


BRAZIL – PEMILIHAN PRESIDEN
Minggu ini akan di tentukan apakah garis kanan BOLSONARO akan menang atau LULA dari garis SOSIALIS KIRI.

ISREAL 27 OKTOBER PRU
Apakah Setanyahu akan kalah ? JIKA MENANG  perang di teruskan dengan Iran. Jika kalah masuk penjara KES RASUAH.

AMERIKA 4 NOVEMBER PTP
Pemilihan Tengah Penggal ?  Parti Teram PAST KALAH – soalan hari ini APAKAH TERAM AKAN MENERIMA KEKALAHAN ITU?  jeng jeng jeng
UK DAN PERANCHIS
MENGADAKAN Latihan  KAPAL TERBANG BAWA SENJATA NUKLEAR  - ini persediaan Eropah untuk memerangi Rusia. Khalas.

HOKKIEN
Pagi ini agak redup – matahari dah keluar – cahaya terlindung TAPI untuk kali pertama KL & KL Sentral TIDAK BERJEREBU – hujan petang dan hujan subuh tolak jerebu.

BANGUNAN 118 – Bangunan berkembar dan Menara KL – dapat di lihat dari Hokkien.

Di Hutan belukar tepi pagar – CENGKERIK gumbira bersimponi. Bumi basah – lopak air sana sini.

Ha ha – Pagi ini seperti biasa ramai datang makan – Dua Puppy, Siti, dan Emak Tetek LANJUT semua ada – PUPPY ITAM tidak kelihatan.

Tiong dan Terkukur datang sama – wow – makin bijak tunggu atas makam nanti bila warga Hokkien mengundur  - beras dan jagung dapat di kutip.

Berjalan -  gua dengar suara kumpulan  Gagak – agak jauh – yang lain tak dengar.

Gua bersenam di Wakaf Tiga – Betina Baik dan Tak Tak jadi pengawal – bila pulang ke Wakaf Pertama  MEREKA dapat hati dan keropok.

Pulang  - gua ada lagi sedikit nasi – lalu gua tabur – Siti ikut ke Lorong Keluar – untuk dapat hati dan keropok. 

Gua harap cuaca panas – jika hujan datang makan KL akan jadi lebih cerah. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD

BRO
Lu ikut perangai Cengkerik – badan kecil tapi berani bersuara kuat.

BRO
Walau pun dalam gelap – Cengkerik masih berani bersuara – lagi ramai lagi kuat.

BRO
Malam gelap lu jangan bersepi – lebih  baik lu dengar suara jujur Cengkerik dari mendengar suara  Politikus palsu dari radio  RTM.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI