Selasa, 24 Disember 2013

KENAPA UTUSAN MELOYO TAK LAKU






KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat bagaimana akhbar milik
united malays national organisation
memutar berita

lihat bagimana media lain
memberi laporan terhadap berita yang sama

akhbar ketuanan melayu ini 
tidak laku di pasaran
bila tidak laku di pasaran
akhbar ini marahkan masyrakat china

akhbar ini gagal melihat
apa sebab  akhbar ini tidak laku
kenapa orang ramai 
pecaya kepada malaysia kini
percaya kepada malaysian insider
percaya kepada blog dan fb

akhbar ini tidak sedar
52% rakyat malaysia
tidak lagi menyokong
united malaysa national organisation

INI LAPORAN MELOYO
Himpunan Guling Kerajaan: Penceramah ditahan
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat menghasut orang ramai hadir ke Himpunan Guling Kerajaan di padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini malam tadi.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pukul 11.35 malam mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124 C Kanun Keseksaan.

“Dia merupakan antara penceramah yang mengajak orang ramai turun ke Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru bertujuan menggulingkan kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN MELOYO

INI LAPORAN SINAR
Demonstrasi 31 Disember: Penganjur ditahan reman
SHAH ALAM - [Dikemaskini] Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar ditahan reman kira-kira jam 11 malam tadi.

Menulis dalam satu kenyataan ringkas, Muhamad Azan berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atasnya jam 10 pagi ini.

"Saya ditahan reman malam ini (tadi) untuk siasatan, esok pagi (pagi ini) jam 10 pagi polis akan mendapatkan perintah reman daripada majistret. Reman akan dibuat di IPD Dang Wangi.

"... mohon terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya.


INI LAPORAN MALAYSIAKINI
Polis tahan pengerusi NGO TURUN

Polis menahan pengerusi NGO TURUN, Mohd Azan Safar, yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar bagi membantah kenaikan kos sara semasa sambutan ambang tahun baru pada malam 31 Disember.

Mohd Azan ketika dihubungiMalaysiakiniberkata beliau ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Katanya, polis membawa beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dan kini sedang berusaha mendapatkan perintah tahanan reman.
Katanya, polis menyiasat beliau mengikut peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.


------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.ini zaman rambo jadi ketua polis negara!bukan puak rela jadi ketua macam dulu!!
2.ini zaman zahid hamidi moto besaq jadi menteri!!bukan zaman bapok macam dulu!!
3.ini zaman rosmah pegang kuasa!bukan pengidap kencing manis macam dulu!!
4.pi la berhimpun!!kalau berani!!kot-kot berani dibelakang jee!!didepan !!ketaq!terkencing dalam seluaq!!
5.mana pi puak-puak komunis yang dok eksyen lepas pru lepas!!dok menikus dalam lubang jee!!mata makin sepet!!tinggal juak-juak yang tak dak taghing je yang dok melalak sakan!!
6.kah!kah!kah!sajalah nak habaq kat hangpa noo!!!takat 200 orang je yang turun macam 20 disember lalu!!dok celah gigi rosmah je leeeeee!!!!!!!!!!!!!