Sabtu, 4 Julai 2015

SPRM BUAT LAWAK






KOMENTAR
siasatan hanya tipu helah
untuk meredakan keadaan
jangan orang ramai marah
jangan anak muda marah

nanti siasatan ini jadi helah
melarang 1MDB dibincang
secara terbuka oleh orang ramai
kerana kes dalam siasatan

siasatan akan membuat laporan
najib diumum bersih dan suci
tak ada dakwa dakwi

NOTA
sprm dah pandai 
buat lawak



SPRM akan siasat dakwaan wang disalur ke akaun Najib, kata WSJ 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan penyiasat mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dikreditkan ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak, akhbar perniagaan harian itu berkata dalam laporan terkini mengenai isu itu.

Hanya beberapa jam selepas membuat pendedahan tersebut hari ini, WSJ menerima jawapan itu dari SPRM, mengatakan ia akan meneliti perkara itu.

Seorang jurucakap SPRM yang dikenali sebagai Rohaizad Yaakob dipetik berkata: "Kami akan meneliti perkara itu. Kalau ada sebarang unsur rasuah, kami akan siasat."

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sprm-akan-siasat-dakwaan-wang-disalur-ke-akaun-najib-kata-wsj#sthash.n3rWjOpX.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kalau sprm mula siasat
itu tanda hari akhir zaman
itu tanda hari nak kiamat
kalau SPRM siasat
ini bertujuan untuk bersihkan najib
bertujuan tutup kes sekali harung

MAT ZOMB
--------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau sprm mula siasat
itu tanda Melayu dah mula makan babi
itu tanda Melayu dah mula minum todi
Hanya orang kafir aje yang boleh harap untuk telus siasat.
Kah Kah Kah

azam berkata...

Kami tunggu amanat hadi
hadu akan keluar fatwa
jika wang itu cuma disimpan tapi belum digunakan maka tidak berdosa lagi
jika didermakan di masjid dapat pahala
jika derma di masjid Rusila dapat masuk syurga