.

Isnin, 15 Ogos 2016

LAGI SOKONG SEMO 27 OGOS











KEADILAN Cabang Bukit Mertajam turut bersama Himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos 
Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) KEADILAN Cabang Bukit Mertajam dengan sebulat suara menyokong himpunan #TangkapMO1 yang dipanggil oleh mahasiswa dan belia yang bakal dijalankan pada 27 Ogos di Dataran Merdeka. KEADILAN Bukit Mertajam juga akan menyampaikan maklumat tentang skandal 1MDB serta tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas asset yang bernilai lebih AS$ 1 bilion kepada semua lapisan masyarakat supaya mereka sedar tentang kepentingan untuk menyelamatkan Malaysia dengan segera.

MATC tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang (MPN) iaitu YB Mansor Othman. Beliau menegaskan bahawa Anwar Ibrahim merupakan pemimpin utama yang berupaya menyatukan parti-parti pembangkang. Barisan Nasional telah memfitnahkan serta memenjarakan beliau untuk memecah-belahkan parti-parti pembangkang serta mengekalkan kuasa pemerintahan mereka. Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Mansor Othman juga menyeru semua anggota parti bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke-14 yang akan datang agar KEADILAN dapat menang dalam pilihanraya tersebut dan Pakatan Harapan mengantikan Barisan Nasional dalam Putrajaya.

Ketua Cabang KEADILAN Bukit Mertajam, Lee Khai Loon menyatakan bahawa gejala rasuah dan skandal 1MDB telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi negara, nilai mata wang ringgit jatuh merundum, perlaksanaan cukai yang zalim GST serta kenaikan harga barang telah membebankan rakyat. Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru dikuatkuasakan telah memberi kuasa lebih besar kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk mengisytiharkan darurat di sesuatu kawasan serta menyerbu, mendakwa serta menangkap tanpa waran. Penguatkuasaan undang-undang ini telah menyebabkan hak asasi dan demokrasi negara undur ke belakang.

Naib Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, YB Ong Chin Wen, setiausaha Zulkifly Saad serta AJK daripada cabang lain turut hadir dalam mesyuarat agung tahunan tersebut. Mesyuarat tersebut berjaya dijalankan di Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk.  

NOTA GAMBAR: Sekalian yang hadir di mesyuarat menunjukkan poster untuk menyeru rakyat supaya hadir ke himpunan #TangkapMO1 yang akan datang pada 27hb Ogos, pukul 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  
Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang
012-2258607




------------

Tiada ulasan: