Rabu, 8 Februari 2017

FELDA AKAN DIGADAI KEPADA CHINA?





FELDA JUGA

DIGADAI

PADA CHINA?

SAJE TANYA

MANA TAHU

KALAU KALAU

ADA PLAN


AMK Pahang: Peneroka FELDA Hantar Memorandum Bantah Eagle High Disiasat Polis, Siapakah Yang Bakal Membela Nasib Peneroka FELDA?

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Polis yang telah memanggil wakil Peneroka Felda yang menghantar memorandum di Pejabat FELDA pada 6 Januari lepas dan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Lebih daripada 50 orang peneroka Felda dari Pahang telah mengadakan protes di hadapan depan Menara Felda pada 6 Januari sebagai bantahan terhadap tindakan Felda membeli saham PT Eagle High Plantation (EHP) Indonesia bernilai RM2.26 bilion serta menyerahkan memorandum bantahan kepada FELDA.

Namun berikutan daripada protes tersebut, Ketua Penerangan AMK Malaysia YB Lee Chean Chung dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak FELDA KEADILAN Pahang sdr Razali Ithnain yang turut hadir dalam protes tersebut telah disiasat oleh Polis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi pada 3ptg Jumaat ini.

Saya merasa kesal terhadap tindakan Polis yang seumpama mengugut Peneroka Felda supaya jangan membuat sebarang bantahan serta jangan mengadakan sebarang protes terhadap keputusan yang dibuat oleh FELDA & sesiapa yang memprotes akan diambil tindakan.

Sebaliknya, pihak FELDA harus memberi respon terhadap bantahan pembelian saham Eagle High oleh Felda dengan RM2.26billion ringgit, 3 kali ganda lebih mahal daripada harga pasaran tetapi bukan membisu terhadap isu ini serta mengugut warga Peneroka Felda yang membuat protes ini.

Lebih-lebihan lagi, bantahan ini telah disuarakan oleh Peneroka yang khuatir terhadap masa hadapan dan nasib penerokan dengan keadaan FELDA yang sudah berhutang RM6.1 bilion pada tahun 2014 dan kelihatan bakal menggadaikan nasib peneroka dengan pembelian saham Eagle High Plantation (EHP) yang ternyata merupakan satu pembelian yang merugikan.

Saya ingin mengingatkan FELDA bahawa Kedudukan Ekonomi FELDA tidak akan berubah hanya dengan pertukaran Pengerusi FELDA baru menggantikan Isa Samad, tetapi FELDA harus mengkaji semula semua keputusan yang telah membelakangkan kepentingan warga Peneroka seperti pembelian Saham EHP dan Saham FGV yang makin menurun harganya.

Saya turut menyeru warga Peneroka, Generasi Kedua Felda & Rakyat supaya hadir beramai-ramai memberi solidarity kepada sdr Lee Chean Chung dan sdr Razali Ithnain yang telah disiasat di bawah akta zalim sedangkan apa yang dilakukan oleh mereka merupakan usaha mempertahankan kepentingan warga Peneroka dan Rakyat Malaysia.

Wong Chun Yuan
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pahang



HABIS SEMUA

GADAI PADA

CHINA

PROTON APA

JADI?






--------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kungfu China jaga habis lah

Kontol Melayu salut keris taming-gadai kan pendek

Mana ada power

Hancur negara

Bahalol

panglimo potaseh berkata...

Kalau Felda nak digadai kat China .. minyak sawit nak kena sembelih dulu ke sebelum dimasak?