Ahad, 1 Ogos 2021

GEROMBOLAN PECAH - BAIK UNTUK NEGARA

 



TAHNIAH

TUAN HAJI SHAHRIR

KAH KAH KAH

MARI KITA

SESAMA 

PECAHKAN

LAGI

GEROMBOLAN

KETUANAN MELAYU

AMIN

SIAPA DIA

ENAM JAHANAM

KAH KAH KAH


Perpecahan dalam BN tidak boleh diselindung lagi – Shahrir

KUALA LUMPUR – Perpecahan dalam Barisan Nasional (BN) terutama di peringkat atasan tidak boleh diselindung lagi, kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tuan Haji  Shahriri Abdul Samad.

Beliau menegaskan, sememangnya parti itu sudah berpecah dengan masing-masing mempunyai hala tuju sendiri dan tidak boleh diperbetulkan lagi masa ini.

Katanya, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun 2018, perpecahan itu bermula di Sabah apabila majoriti Ketua-ketua Bahagian UMNO di negeri itu melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mereka telah mengikut nasihat seorang pemimpin yang pernah berkedudukan tinggi dalam UMNO untuk berbuat demikian.

Kemudian, kata beliau, seramai 16 lagi Ahli Parlimen UMNO-BN melompat keluar dengan 15 ke PPBM dan seorang bersama Parti Warisan Sabah (Warisan).

Menurutnya, menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang ditandingi PPBM waktu itu dalam Pakatan Harapan (PH) dan MCA dari BN, enam Ahli Parlimen UMNO secara terbuka menyokong  Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga hujung penggal Parlimen ke-14.

“Namun, yang lima ini masih kekal bersama ketua mereka dengan seorang yang lebih suka bertindak sebagai tangan ghaib, masih lagi berada dalam UMNO. Seorang sudah pun meninggalkan kumpulan ‘Enam Jahanam’ ini.

“Maknanya, walaupun UMNO masih mempunyai 39 Ahli Parlimen berstatus sebagai wakil rakyat BN, setelah 38 bulan berlalu sejak PRU14, UMNO dan BN berpecah kepada sekurang-kurangnya tiga kumpulan.

“Perpecahan di peringkat elit ini tidak pula dicerminkan di peringkat akar umbi parti. Bekerjasama dengan PPBM di peringkat tertinggi tidak juga diterjemahkan dengan kerjasama antara UMNO dengan PPBM di peringkat akar umbi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut Shahrir, MCA dan MIC sudah menyokong kuat kedudukan Tuan Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ianya kata bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, tanda keselesaan kepimpinan kedua-dua parti pengasas BN dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Bagaimana pula kebersamaan ini dicerminkan di peringkat akar umbi mereka masih belum jelas.

“Ini analisa yang berpandu kepada fakta dan angka. Maka ianya mendalam dan berasaskan kepada catatan peristiwa yang berlaku.

“Sebenarnya, analisa paling mudah ialah melihat kepada satu fakta sahaja yang menandakan kepatuhan seseorang Ahli Parlimen BN kepada parti yang mereka bertanding sebagai calonnya pada PRU yang lalu,” ujar beliau. – 


BILA SPRM

MELAKUKAN 

TANGKAPAN

AKAN PECAH LAGI

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: