NAJIB PEMIMPIN
WARAK SUCI
LAGI SYUMUL
AMIN
CONTOH
PEMIMPIN ISLAM
YANG WAJIB
DI CONTOHI
KHALAS
Susah percaya sidang Parlimen ditangguh sebab Covid-19 – Najib
KUALA LUMPUR – Tuan Haji Najib berkata, agak susah bagi sesiapa yang waras untuk percaya bahawa sidang Parlimen esok perlu ditangguh ke satu tarikh yang belum diumum sebab Covid-19.
Katanya, pada 12 Julai, seramai 204 petugas di sahkan positif Covid di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre, Shah Alam dan PPV ini ditutup sehari dan dibuka semula pada 14 Julai.
Bagaimanapun, hanya 11 individu dikesan positif daripada 1,183 saringan di Parlimen pada hari Khamis.
“Jadi, ianya amat sukar bagi sesiapa untuk percaya bahawa PPV yang melibatkan puluhan ribu orang awam dibenarkan beroperasi semula hanya dua hari selepas 204 petugas dikesan positif tetapi Parlimen pula perlu ditutup bagi tempoh yang tidak lagi diketahui,” kata bekas perdana menteri itu.
Menurut beliau, mengikut contoh PPV Shah Alam, Parlimen sepatutnya sudah selamat dibuka bermula Sabtu.
Jadi, kenapa sesi pada hari Isnin dibatalkan juga?, soal beliau.
Tanya beliau lagi: ”Adakah kerajaan percaya bahawa nyawa 220 ahli Parlimen lebih mahal berbanding ribuan orang awam yang lawat ke PPV Shah Alam tiap-tiap hari?”.
Lagipun, sekiranya situasi di Parlimen amat bahaya kenapa pula ramai menteri dan MP dibenarkan meninggalkan dewan tanpa disaring pada tengah hari Khamis untuk berkunjung ke rumah perdana menteri.
Jelasnya lagi, andainya benar perdana menteri ada sokongan “cukup dan jitu” 110 ataupun 115 ahli Parlimen maka kerajaan sepatutnya membenarkan ordinan-ordinan darurat dibahas dan diundi dalam Dewan Rakyat.
”Bukan tiba-tiba menipu dalam dewan bahawa ianya sudah back-date batal yang akhirnya membawa kepad kemurkaan YDP Agong.
”Dan sekiranya benar bahawa PM8 ada sokongan cukup dan jitu, PM8 tak akan hilang diri sejak memberi sesi penerangannya pada hari Isnin.
”Dia datang pada pagi Isnin untuk beri penjelasan tapi apabila tiba masa untuk dia disoal, dia sudah lari diri. Tak pernah muncul kembali di Parlimen sejak itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan