WOIT
ISMAIL SABRI
JANGAN TIPU
ORANG RAMAI
AMIN
RAKYAT KATA
JANGAN RASUAH
TAPI MASIH RASUAH MENTERI TAK DENGAR KERAJAAN TAK DENGAR
AMIN
RAKYAT KATA
JANGAN BEREBUT
KUASA
POLITIKUS MASIH
BEREBUT KUASA
MASA KOBID
AMIN
RAKYAT KATA
JANGAN KAYAKAN
ANAK BINI
MENTERI MASIH
KAYAKAN ANK BINI
AMIN
Tidak perlu protes jalanan, kerajaan dengar suara rakyat – TPM
KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa mendengar suara dan pandangan dari rakyat tanpa mereka perlu turun ke jalanan mengadakan protes, kata Timbalan Perdana Menteri.
Menurut Tuan Haji Ismail Sabri Yaakob, tindakan menganjurkan himpunan di tempat awam ketika ini hanya mengundang kepada risiko penularan jangkitan Covid-19.
“Kita mendengar suara daripada mana-mana sekali pun, bukan atas protes jalan raya sahaja, melalui aplikasi WhatsApp sekali pun kita dengar. Saya sendiri hari-hari menerima cadangan daripada rakyat menerusi WhatsApp dan pandangan rakyat kita ambil perhatian.
“Malah sesi Parlimen yang bersidang selama empat hari pada minggu ini fokusnya adalah untuk menyelesaikan isu rakyat dan Covid-19. Ia merupakan ruang untuk ahli Parlimen yang mewakili rakyat menyuarakan pandangan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
Justeru, Ismail Sabri berkata, setiap perhimpunan adalah salah di bawah Akta 324 dan bimbang keselamatan mereka yang berkumpul beramai-ramai di jalanan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.
“Mungkin ada dalam kalangan mereka akan mendapat jangkitan dan kemudian bawa balik ke rumah dan akhirnya akan terus merebak hasil perhimpunan yang diadakan.
“Sebab itu saya kata, suara tanpa protes pun boleh didengar oleh kerajaan, yang penting adalah keselamatan diri patut dijaga,” ujarnya.
Terdahulu, himpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat memenuhi Jalan Tun Perak bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 1 tengah hari tadi sebagai tanda protes terhadap kerajaan Perikatan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan