Kerajaan Madani
ibarat burung tiong,
hanya banyak
bercakap –
Abdul Hadi
KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan kerajaan Malaysia Madani sebagai burung tiong yang lebih banyak bercakap daripada mengambil tindakan.
Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim dilihat tidak adil dalam memberi peruntukan kepada negeri-negeri pembangkang.
“Apa makna tidak tahu (Kerajaan Madani) ini burung tiong, burung kakak tua, walaupun (burung) kakak tua, tetapi tidak faham apa yang dia cakap, kita tidak mahu orang nombor satu cakap Madani. Apa madani tidak tahu.
“Ini kita kena sedar termasuklah adil itu kepada Ahli Parlimen negeri-negeri semuanya, tidak kira sokong kerajaan atau pembangkang, mesti diberi peruntukan ini maksud adil kerana bila kita pungut cukai, pungut semua, cukai makanan yang kita makan, diambil cukai hasil diambil semua benda prinsipal yang jelas,” katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sesi perbahasan usul menjunjung kasih keatas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut sinis dengan kenyataan-kenyataan Anwar mengenai kemasukan pelabur-pelabur asing ke negara ini.
Jelas Abdul Hadi, beliau tidak nampak terdapat pelabur yang sudah melabur di negara ini.
“Banyak pelabur nak datang tapi tak datang-datang, ini masalah prinsipalnya tidak adil, negara kita dikitraf sedang membangun.
“Sepatutnya jadi negara maju, negara kita banyak hasil, hasil pertanian, kemajuan manusia, tenaga manusia kita ada pakar-pakar, tidak memberi apa-apa makna, ini masalah yang kita hadapi dan tanggungjawab ini,” jelas Abdul Hadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan