Rabu, 6 Mac 2024

PM WAJIB TEGUR MENTERI KEWANGAN



Laporan Audit: Felda rugi RM1 bilion, PR1MA hadapi masalah bayar balik sukuk

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai penyata kewangan Agensi Persekutuan 2022 menunjukkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion.

Dalam laporan itu, Felda didapati mempunyai kedudukan tunai dan kesetaraan tunai yang rendah berbanding kerugian dengan nilai RM0.808 bilion berakhir 31 Disember tahun 2022.

“Geran Kerajaan yang diterima oleh FELDA pada tahun 2022 berjumlah RM0.214 bilion (2021: RM0.342 bilion). FELDA bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan persekutuan untuk menampung kos operasi dan liabiliti.

“FELDA mempunyai komitmen yang tinggi untuk melunaskan pembiayaan yang diterima sehingga tempoh matang. FELDA memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan berjumlah RM7.973 bilion dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM0.686 bilion,” kata laporan berkenaan.

Malah Felda mempunyai komitmen bayaran balik Kemudahan Pembiayaan Tawarruq kepada sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) sejumlah RM50 juta setahun bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2024.

“Baki bayaran balik berjumlah RM2.595 bilion perlu dibuat mengikut jadual dalam tempoh 15 tahun mulai tahun 2029,” jelas laporan berkenaan.

Dalam pada itu, Laporan Ketua Audit Negara tersebut juga mengkategorikan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan menghadapi masalah untuk membuat bayaran balik sukuknya.

Dalam laporan muka surat 22 daripada 106 muka surat itu, PR1MA dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.

“Kedudukan Tunai dan Kesetaraan Tunai PR1MA adalah sejumlah RM0.428 bilion.

“Baki pinjaman sukuk berjumlah RM3.792 bilion perlu dilunaskan hingga tahun 2027 termasuk Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion yang akan matang pada bulan Oktober 2024. Keadaan ini menunjukkan PR1MA mempunyai komitmen bayaran balik sukuk yang tinggi hingga tahun 2027,” kata laporan berkenaan.

Satu lagi agensi kerajaan iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pula menghadapi rizab yang negatif.

Laporan berkenaan berkata LTAT menghadapi rizab negatif berjumlah Rm0.388 pada tahun 2022.

“LTAT tidak membuat penjejasan nilai terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari berjumlah RM0.812 bilion, iaitu Boustead Holdings Berhad berjumlah RM0.768 bilion dan Pharmaniaga Berhad berjumlah RM0.044 bilion.

“Perkara ini menyebabkan untung bersih dan pelaburan dalam syarikat subsidiari terlebih nyata berjumlah RM0.812 bilion.

“LTAT telah merekodkan keuntungan bukan tunai sebanyak RM0.189 bilion yang telah digunakan sebagai asas untuk pembayaran dividen tahun 2022 kepada pencarum,” kata LKAN lagi. – 


WOIT

KAH KAH KAH

INI BERAT

AMIN

MASANYA DAH

TIBA PM WAJIB

TEGUR MENTERI

KEWANGAN

AMIN

JUGA PM WAJIB

TANYA MENTERI

APA TERJADI

PADA FELDA

AMIN

JANGAN LUPA 

PUNAHSEHAT PM

JUGA WAJIB

DI TANYA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: