Rabu, 6 Mac 2024

KABEL DI POTONG INERNET TERGANGGU


Empat kabel telekomunikasi di Laut Merah telah “dipotong

LONDON – Empat kabel telekomunikasi di dasar Laut Merah telah dipotong dan menjejaskan 25 peratus trafik internet.

Menurut The Times of Israel, Firma Hong Kong yang mengendalikan kabel berkenaan HGC Global Communications mengesahkan perkara tersebut dua hari lalu.

Syarikat itu berkata, ia sedang mengambil langkah untuk mengurangkan kerosakan, termasuk mengubah laluan lalu lintas di seluruh dunia dan mengedarkan trafik lain melalui 11 kabel yang masih boleh beroperasi di Laut Merah.

Firma itu berkata, pelanggan di Timur Tengah meminta “pilihan penghalaan semula kontingensi dari rangkaian Hong Kong ke arah Barat.”

Sementara itu BBC melaporkan, pemotongan kabel komunikasi dasar laut menjejaskan 25 peratus trafik data yang mengalir antara Asia dan Eropah.

HGC Global Communications yang berpangkalan di Hong Kong berkata ia telah mengambil langkah untuk mengubah laluan lalu lintas selepas empat daripada 15 kabel itu terputus baru-baru ini.

Punca kepada pemotongan kabel itu masih belum jelas, bagaimanapun seorang pegawai Amerika Syarikart berkata mereka cuba menyiasat sama ada kabel itu dipotong dengan sengaja atau tersangkut oleh sauh.

Bulan lalu, kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa memberi amaran bahawa pergerakan Houthi yang bersimpati dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza mungkin mensabotaj kabel dasar laut selain menyerang kapal di laut.

Houthi – yang menguasai sebahagian besar pantai Laut Merah Yaman barat – menafikan minggu lalu bahawa mereka telah menyasarkan kabel dan menyalahkan serangan tentera AS dan Britain atas sebarang kerosakan kepada mereka.

Menurut Houthi, serangan mereka adalah menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin dalam peperangan antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 30,000 rakyat Palestin. – 
:

PERANG TAK HENTI

KINI KABEL TALIPON

DALAM LAUT

 DI POTONG

AMIN

APA LAGI

AKAN TERJADI

AMIN

INTERNET PASTI

TERGANGGU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: