Rabu, 11 Disember 2024

PALESTIN TERSU DIBUNUH !!!




Israel terus bedil tengah Gaza, 7 terbunuh

KAHERAH: Sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kem Nuseirat di bahagian tengah Semenanjung Gaza, kata petugas perubatan kepada Reuters awal Rabu.

Di bandar Beit Hanoun di utara Gaza, di mana pasukan Israel beroperasi sejak Oktober, petugas perubatan melaporkan serangan udara Israel yang membunuh dan mencederakan beberapa individu.

Pasukan penyelamat berkata beberapa mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan rumah. Tentera Israel belum memberikan sebarang kenyataan segera mengenai dua serangan yang dilaporkan oleh petugas perubatan Palestin itu.

Pasukan Israel telah menjalankan operasi di Beit Hanoun, bandar berdekatan Beit Lahiya, dan kem pelarian Jabalia sejak 5 Oktober, untuk memerangi pejuang Hamas yang melancarkan serangan dari kawasan tersebut dan menghalang mereka daripada berkumpul semula.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, lebih 44,700 penduduk Palestin telah terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel ke atas Gaza yang berlangsung selama 14 bulan. - REUTERS

KITA YANG

SELAMAT WAJIB

BANGUN DAN

BERSUARA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tentera Isreal bom Syria pemberontak tak melawan lansung gentel telo ajer rupenyer..!!

Kerajaan Basir Assad Syria dah tumbang.. Pemberontak ambil alih kuasa dalam masa 1 minggu saja Basir Assad tumbang.

Tetiba lepas Basir Assad larikan diri pemberontak biarkan Isreal bom Syria. Yang pelik pemberontak buat bodo tak melawan... Pemberontak gentel gentel telo semuanya.. Tak macam pemberontak lawan tentera Basir Assad...!!

Kanina punya pemberontak...!!!

Nampak tak game pemberontak ni menyebelahi pihak mana.. Isreal dan Amerika tuan pemberontak ini kannn..!!

Kereta kebal Israel ceroboh Syria buat pertama kalinya sejak 50 tahun

Negara haram itu mengeluarkan kenyataan akan memperkukuh kedudukan tenteranya sebagai tindak balas kepada serangan musuh

Tindakan itu dilakukan bagi menghalang kemaraan tentera Syria atau orang awam daripada menghampiri kedudukan tentera Israel.

Nnpk tak pemberontak yg tumbangkan Basir Assad tu barua Isreal dan Amerika.. sama macam PH tumbang Barisan National Tun jadi PM Kali ke 2.. bagi Pulau Batu Putih pada Singapura, PMx jadi PM dia jadi barua DAP@LeeKwanYew juga...

Itu lah persamaan pemberontak di Syria Dan di Malaysia... Sama kan dua dua jadi barua


#SelagiAdaBaruaMalaysiaNegaraPemurahS'pork