112 warga Bangladesh, India, Pakistan ditolak masuk ke Malaysia - AKPS
KUALA LUMPUR: Seramai 112 individu terdiri warga Bangladesh, Pakistan dan India ditolak daripada memasuki negara ini semalam, selepas gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Semua mereka dikesan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, lebih enam jam, namun tidak hadir ke kaunter untuk pemeriksaan Imigresen.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), memaklumkan semua mereka adalah antara 300 individu dari pelbagai negara yang diperiksa dalam operasi pemantauan berkala oleh Unit Pemantau AKPS di KLIA.
"Hasil pemeriksaan kita mendapati sebilangan daripada mereka yang lama mendarat dengan sengaja tidak pergi ke kaunter Imigresen.
"Tindakan mereka mencetuskan keraguan terhadap tujuan kedatangan mereka ke negara ini sebelum mereka ditahan.
"Semua mereka kemudiannya dibawa ke pejabat Unit Pemantau AKPS KLIA bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan lanjut sebelum keputusan rasmi penolakan kemasukan dikeluarkan ke atas mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
AKPS akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pintu masuk dan kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara.
AKPS bagaimanapun tidak memperincikan kesalahan yang dilakukan oleh 112 individu berkenaan.


2 ulasan:
Semua menyamar pakai unipom bagasi ler...ini pon kena ajar ke?
Ini kategori kosong, kategori tidak boleh hulur, tidak ada duit, pinjam nak masuk cari makan di sini, kalau ada saluran sindiket boleh lah kah kah kah hati akan buat apabila nampak USD mata juga kalau nampak RM kah kah kah siapa jaga pintu kita semua? Ini mesti kerja
Catat Ulasan