Selasa, 20 Mei 2025

PAGI INI

 

PAGI INI 

PAGI INI

SELASA 20 MEI 2025

PESTA MENCANDAT SOTONG


MENCANDAT SOTONG
Bila bulan Mei masuk maka di Terengganu para nelayan akan mencandat sotong. Mencandat ini ertinya menangkap. 

Jika kita  lalu di tepi pantai maka kita akan lihat api beratur berkelp-kelip dalam laut.   Ini api perahu nelayan yang sedang mencandat. Api di pasang sebagai tarikan untuk para sotong menghampiri. Lalu di tangkap.

Sekarang PKR sedang mengadakan Pesta Mencandat Sotong.

Selalu kita dengar warga net mengatakan bahawa Rafizi ini sotong.  Sotong bermakna  lembut dan putih. Untuk menyedapkan cerita Si Rafizi ini juga dari Terengganu bukan dari Kampung Pandan. Maka tepatlah PKR mengadakan Pesta Mencandat Sotong – sotong dari Terengganu. Kah kah kah.

MAT MOHONG
Kah kah kah... Mat Mohong klim bijak dalam hal sejarah Rusia. Bijak dalam  hal budaya Rusia. Mengenal sasterawan Rusia. 

Maka Presiden Putin telah menduga Mat Mohong dengan tiga kerusi : Siapa duduk di TIGA KERUSI INI – kah kah kah. Satu untuk Czar. Satu lagi untuk Czarina. Yang lagi satu untu sapa?

Mat Mohong kantoi. Dia jawab KERUSI untuk bini Kedua. Kah kah kah. Nasib baik Mat Mohong tak jawab   tiga kerusi ini : satu  Azizan, satu untuk Sukma dan satu untuk Saipol.... kah kah kah

GAZA
Setanyahu benar bantuan masuk ke Gaza satelah 11 minggu di halang. Sembilan buah lori bawa masuk  bantuan makanan. PBB sifatkan 9 lori ini macam setitik garam dalam laut.

AMERIKA
Trump bercakap melalui talipon dengan Putin. Putin mahu Perang Ukraine tamat. Trump dari Rumah Putih.  Manakala Putin di sekolah kanak-kanak. Nampak Putin tak ambil pot.

ISRAEL
France, UK dan Canada mula beri tekanan pada Israel untuk hentikan perang dan benarkan bantuan sampai ke Gaza.

YAMAN
Houthi beri amaran pada Zionis Israel jika terus serang Gaza  maka tentera Yaman akan serang semua perlabuhan Israel.

SIAM
Covid 19 makin menjadi jadi di Siam. Kerajaan sedang pantau. Kita wajib berjaga-jaga jika makan ayam Siam.

NEW ZEALAND
Cadang larang media sosial untuk kanak-kanak di bawah 16 tahun

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar. Matahari dah keluar.  Sinar memancar. KL & KL Sentral berkabus agak tebal. Hujan lebat petang kemarin.

Langit biru berawan putih indah terbentang.

Di Pintu masuk 2 Abang Potong Rumput – mesin bersuara agak kuat. Tak dengar suara unggas.   Kemudian gua dengar suara salakan warga asli dari arah bukit. 

Gua dengar suara gagak – jauh dan amat sedih bunyinya – gak gak gak.

Hari ini akan panas. Jika petang hujan ini Hujan Rahmat bawa sejuk. Enak untuk cuaca makan malam.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA

BRO
Hormati nafsu lu walau pun lu dah berumur. Ini kerana lu juga manusia. Lu belum cuba Champagne – lu wajib cuba.

BRO
Jangan dekat Mamat atau Minah yang toksik. Yang negatif.  Jangan buang masa dengan mereka.

BRO
Kurangkan bertalipon. Banyakkan bersua. Kita manusia bukan mesin. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: