DEMI KESTABILAN
NEGARA MAKA
DAP AKAN TERUS
BERSAMA PH
DALAM
KERAJAAN
AMIN
HIDUP DAP
HIDUP MADANI
KAH KAH KAH
APA LAGI
DAP MAHU
KHALAS
KUALA LUMPUR – DAP dijangka mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok, dengan sumber parti mendakwa pertemuan itu akan membincangkan kedudukan parti dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Menurut sumber tertinggi DAP, mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung di ibu pejabat DAP pada jam 3 petang esok dan dijangka menjadi medan untuk kepimpinan parti membincangkan perkembangan terbaharu susulan keputusan Lembaga Pengampunan membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.
“Mesyuarat tergempar akan diadakan esok jam 3 petang. Selepas itu, keputusan berhubung kedudukan DAP dalam kerajaan dijangka diumumkan,” kata sumber.
Sumber itu mendakwa, keputusan berkenaan dibuat selepas rata-rata pimpinan DAP menyatakan kekecewaan terhadap perkembangan terbaharu membabitkan Najib, yang dilihat bercanggah dengan prinsip yang selama ini dipegang parti.
Menurutnya, pendirian DAP terhadap isu Najib bukan perkara baharu dan telah dibangkitkan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, apabila pimpinan parti memberi amaran mengenai kemungkinan wujud usaha untuk mengeluarkan Najib daripada penjara.
“Dari awal lagi, termasuk ketika PRN Johor, DAP sudah bercakap mengenai perkara ini. Apa yang dibimbangkan ketika itu hari ini menjadi kenyataan,” ujarnya.
Sumber sama berkata, keputusan DAP itu akan disampaikan kepada Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Anwar bin Ibrahim, pada mesyuarat ‘top 3’ PH di Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini, yang dijadualkan pada kira-kira jam 5.30 petang.
Turut dijangka hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Difahamkan, rata-rata Menteri dan Timbalan Menteri daripada DAP juga sudah mula mengemas pejabat masing-masing hari ini, dipercayai susulan keputusan yang sedang dibincangkan berhubung kedudukan parti dalam kerajaan.
Sumber itu mendakwa, perkembangan keputusan tahanan rumah Najib menyebabkan pimpinan DAP merasakan tiada lagi alasan untuk parti terus kekal dalam Kabinet sekiranya pendirian serta prinsip yang dipegang sejak sekian lama tidak dapat dipertahankan.
“Rata-rata pimpinan kecewa. Secara prinsipnya, mereka sudah membuat keputusan bahawa tidak ada sebab untuk terus berada dalam Kabinet,” dakwanya.
Mesyuarat CEC esok dijangka menjadi penting bagi menentukan bentuk keputusan yang akan diambil DAP, termasuk sama ada parti akan mengumumkan secara rasmi penarikan diri daripada Kabinet dan kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, atau kepimpinan tertinggi parti berhubung dakwaan mesyuarat tergempar dan keputusan untuk keluar Kabinet itu.
Perkembangan itu menyusul keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan hari ini yang memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Jika benar mesyuarat CEC berlangsung seperti yang didakwa sumber, perhatian esok akan tertumpu kepada keputusan rasmi DAP dan sama ada parti itu benar-benar akan mengambil langkah meninggalkan Kabinet Kerajaan Perpaduan. -


Tiada ulasan:
Catat Ulasan