Ahad, 2 November 2008

NAJIB, ALTANTUYA dan INTERNET

(MELIHAT KEMBALI)

Najib Razak berkata ada banyak tohmah dan fitnah dalam blog dan laman-laman internet. Adakah Najib ini memang seorang ‘joker’ atau dia tidak mengetahui tentang apa yang sedang berlaku dalam alam siber ketika ini.

Pada awal dahulu ketika internet mula muncul, hujah utama yang digunakan oleh orang seperti Najib ini ialah tentang merbahaya internet kerana terlalu banyak laman lucah. Kini kelihatan agenda’ ‘laman lucah’ ini tidak lagi menarik perhatian umum.

Untuk sesiapa yang menjaring internet pasti tahu bahawa keinginan untuk melihat ‘laman porno’ ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Untuk saya orang yang menggunakan ‘laman porno’ ini adalah mereka yang sedang menghadapi sakit jiwa. Saya tidak tahu sama ada si Najib ini masih melayari laman jenis ini. Saya berharap TIDAK kerana saya gusar nanti dia akan diherdik oleh Datin Rosmah.

Saya telah banyak menulis tentang peranan internet. Saya telah menerangkan kepada umum bahawa dengan munculnya internet maka hegemoni penyebaran berita yang dahulu dimiliki dan dikawal oleh daulah telah pecah. Kesampaian internet telah membawa satu budaya penyampian maklumat yang baru bukan sahaja di Malaysia malah di saentero dunia.

Internet telah membuka ruang untuk warga sesebuah negara untuk menjadi pembaca berita, penyampai berita, pembuat berita dan memberi segala bentuk pandangan. Ini kebebasan baru yang dahulunya tidak pernah dapat dirasakan oleh warga.

Malaysia yang telah mengamalkan sistem yang menekan kewartawanan bebas dan melahirkan media berlesen kini telah menghadapi satu keadaan baru. Internet telah dapat melintasi semua bentuk-bentuk halangan – tanpa lesen, tanpa modal, tanpa saringan – berita boleh disebarkan. Suasana inilah yang masih belum disedari oleh orang ramai terutama ‘orang-orang politik’ dari parti pemerintah.

Harus diakui bahawa BUKAN semua berita dari laman-laman internet ini masuk akal. Bukan semua yang ditulis dalam blog-blog itu adalah tentang politik semasa. Malah majoriti blog dan laman, tidak langsung mempedulikan apa yang berlaku dalam politik harian. Jika dibuat kajian rapi pasti akan ditemui 90% blog-blog yang wujud dalam laman siber di Malaysia ini adalah hampeh - luahan perasaan Mat Jiwang, Mat Bunga dan Minah Ranggi.

Tetapi kenapa Najib dan sekutunya terus menyerang internet dan blog-blog. Mari kita kaji latar belakang yang memunculkan kenyataan Najib ini. Untuk saya kes pembunuhan Altantuya perempuan dari Mongolia itu adalah latar belakang utama. Salah seorang yang dituduh dalam pembunuhan Altantuya ialah Razak Baginda. Razak Baginda ialah ‘jurufikir’ dan rakan niaga Najib Razak.

Melalui laman-laman blog, rakan niaga Najib ini ‘dikatakan’ telah mendapat duit komisen yang lumayan hasil dari jual beli senjata. Menteri yang bertanggungjawab dalam hal beli senjata ini ialah Najib sendiri. Laman-laman blok telah menunjukkan hubungan intim diantara Najib dan Razak – mereka intim seperti anak dan ayah.

Hubungan ‘intim anak dan ayah’ ini telah diberi komentar oleh beberapa laman web dan blog. Berita duit komisen berjuta-juta dollar ini hanya dilaporkan oleh akhbar dan majalah luar negara. Penulis blog hanya mengutip dan mengulangi laporan-laporan ini sambil bertanya apakah betul semua ini. Jika laporan ini betul, bermakna ada kong kali kong diantara ‘anak dan ayah’. Dari apa yang saya baca di laman blog, duit komisen ini cukup besar. Jika dicongak duit komisen ini membolehkan semua orang Islam dalam negara ini pergi membuat umrah tiga kali ulang.

Di mana pula tersepitnya Altantuya? Dari awal lagi laman-laman blog telah menulis bahawa Altantuya ini adalah kekasih Razak Baginda. Saya pada awalnya menganggap ini tidak betul kerana Razak Baginda ini ialah penasihat Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri. Justeru wajiblah perangai dan tingkah ‘jurufikirnya’ mencerminkan ketrampilan bossnya.

Anggapan saya ini meleset. Tiba-tiba melalui affadavit, Razak sendiri telah mengakui bahawa dia pernah ‘bertogel’ dengan Altantuya. Lihat bagaimana sahehnya tulisan dan laporan dari blog. Saya terpaksa gulung tembakau Siam kerana hormat dengan penulis blog yang terbukti lebih cekap dari Johan Jaafar, Rejal Arbee, Nazri Aziz. Atau Kadir Jasin. Dalam kes ini, wartawan berbentuk Rehman Rashid dan Tengku Fraud Adnan tidak akan diambil kira.

Kini kes Altantuya sudah jelas, seperti terberak di padang pasir. Semua rakyat Malaysia melihat bahawa dalam kes jual beli senjata ini ‘Cik Mek Mongolia ini ada memainkan peranan. Setidak-tidaknya mengurut-urut batang opps… badan Razak Baginda setelah Razak berbuih-buih mulut bertengkar dengan peniaga komunis Russia dan peniaga kafir Peranchis yang tidak mahu menurunkan harga peluru.

Bayangkan jika tidak ada Altantuya ini siapakah agaknya yang akan menteteramkan Razak Baginda semasa tawar menawar di Paris atau di Moscow. Inilah contoh yang di war-warkan oleh Najib sebagai Melayu Unggul dan Melayu Glokal. Pastilah ‘jurufikir’ yang bernama Razak Baginda ini lebih cekap lagi bijak dari jeneral-jeneral kita yang terdidik di Sandhurst atau di West Point. Kalau tidak pasti urus jual beli senjata akan dilakukan oleh para jeneral?

Disini saya ingin mengingatkan orang Melayu yang mudah lupa tentang pertanyaan seorang Bengali yang bernama Karpal Singh di Parlimen. Bengali ini telah bertanya kenapa Altantuya sesudah ditembak mati badannya dibom? Adakah ini untuk memusnahkan anak dalam kandungannya. Soalan Bengali murtad tanpa serban ini agak masuk akal tetapi berita ini tidak pula diusik oleh media berlesen. Hanya blog dan laman-laman yang memberi laporan lanjutan. Ini satu kehebatan blog. Mereka tahu menghidu jenis berita.

Mungkin persoalan dari Bengali ini hanya akan terjawab apabila kes ini bermula. Tetapi ada satu pekara yang saya hairan – siapa mata-mata gelap yang diupah oleh Altantuya. Mereka juga ditahan untuk sementara waktu oleh pihak polis. Siapa mereka ini? Mana asal usul mereka. Di sinilah saya lihat blog memiliki sedikit kelemahan. Penulis blog tidak melakukan kaji selidik mencari sudut baru untuk memecah dan mengolah berita.

Banyangkan kalau si Mamat mata-mata gelap swasta ini dapat ditemubual dalam blog atau dalam tv blog pasti kredibiliti blog itu melonjak. Penonton akan menyerbu masuk lebih hebat dari Afundi.(1)

Pada hemat saya Najib meminta orang ramai agar tidak percaya kepada laman internet dan blog ini kerana dia merasa terancam yang bisul di punggungnya yang akan meletus. Kalau saya Najib, saya pun akan merasa risau. Banyangkan apabila pihak polis ingin melakukan ujian DNA terhadap anak Altantuya di Ulan Bator telah ada blog yang bertanya – DNA anak Razak atau cucuk Razak?

Saya hanya ada satu cadangan untuk Datuk Seri Najib yang bakal menjadi PM kita semua. Kenapa tidak buat blog sendiri dalam internet. Tidak perlu banyak modal. Tidak semahal harga buang tahi lalat di pipi. Jangan kita kacau blog orang lain. Jawab dengan tulisan di blog dan bukan ugutan atau tangkapan.

Kerana ‘jurufikir’ Datuk Seri sekarang ‘berehat’ di Sungai Buluh, maka saya menawarkan diri untuk memberi pandangan tentang nama blog itu. Namakan blog ini - Saya Tak Minat Ziana Zain - jika nama ini digunakan, saya jamin dalam masa 3 bulan blog ini akan mendapat lebih dari satu juta pelawat.


1 ) Mata Mata gelap swasta itu ialah P.Balasubramaniam yang mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah pada 1 Julai 2008

Tulisan ini pernah keluar dalam Malaysia Today dan MalaysiaKini pada Januari 2008.
Tulisan ini juga terkumpul dalam buku Keganasan,Penipuan & Internet May 2008





Sabtu, 1 November 2008

PEGUAM BELA CADANG RAJA PETRA DAN BALA JADI SAKSI - malayau


SHAH ALAM 31 Okt. - Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin bertanya siapakah saksi-saksi yang akan dipanggil oleh pembelaan.

Menurutnya, beliau mencadangkan Raja Petra sebagai saksi berikutan dia pernah membuat akuan bersumpah membabitkan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Selain Raja Petra, peguam tersebut berkata, pihaknya turut bercadang memanggil semula penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sebagai saksi tetapi tidak pasti sama ada boleh berbuat demikian kerana beliau tidak tahu di mana lelaki itu kini berada.

Balasubramaniam menghilangkan diri selepas menarik balik akuan bersumpah yang diikrarkannya berhubung kes bunuh Altantuya.

kah kah kah…. raja petra?…. kah kah kah…. balasubramaniam?..... kah kah kah….

ini teater…. ini sandiwara… kah kah kah tujuan untuk nak sedap hati rakyat kah kah kah...

jangan orang ramai marah pada mat mongol kerana razak bebas…. kah kah kah….

kenapa sekarang baru nak bawa?.... kah kah kah…. bila lanun besar dah lepas?….kah kah kah…

napa tak panggil bala jadi saksi dulu lagi... kah kah kah… kan bala kata najib entot entot altantuya… kah kah kah…. kan bala kata razak dapat entot entot lepas najib…. kah kah kah…

pdrm nak minta interpol tolong cari bala… apa cerita? …. kah kah kah… sampai kiamat tak jumpa…. kah kah kah…tanya bik mama mana bala…. kah kah kah

raja petra pun TIDAK akan di panggil…. PERCAYALAH ….. ini sandiwara….mesti hakim kata tak jumpa raja petra.... tak tahu mana rumah raja petra....kah kah kah

bala?.... kah kah kah.... lagi tak tahu.... kah kah kah




KEPUTUSAN TIADA CAMPUR TANGAN POLITIK – KONSUL - malayau

SHAH ALAM, 31 Okt. - Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi berkata, keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tidak membabitkan campur tangan politik.

Sebaliknya, beliau berkata, keputusan pembebasan pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia itu dibuat oleh mahkamah dan semua pihak seharusnya menghormati perkara itu.


kah kah kah… mun keee ni sapa?.... kah kah kah….tok arab minyak attar mana munkee ni…. kah kah kah…

cara bara berita di malaysia ni senang saja…. kah kah kah…kalau akhbar kata TAK ADA ertinya ADA…. kah kah kah….baca terbalik….kalau ADA ertinya TAK ADA ….. kah kah kah…

nak hormat macam mana munkee hoi …..kah kah kah… entot entot bunuh…. kah kah kah… entot entot bunuh…. entot entot lari tu orang lain…. boleh juga hormat…kah kah kah



LAGI BERITA FITNAH - NAJIB UMUM PELAN STRATEJI PULIH EKONOMI DI PARLIMEN 4 NOVEMBER – berita hairan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pelan strategi memulihkan ekonomi bagi menghadapi kegawatan di Dewan Rakyat, Selasa depan.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.

kah kah kah….. PULIH EKONOMI???.... kah kah kah…. nak pulih buat apa??... kah kah kah… dulu kata EKONOMI STABIL DAN MANTAP…. kah kah kah… kalau ekonomi dah stabil dan mantap apa pundeknya nak pulih ekonomi …. kah kah kah….

ini mesti berita palsu nak burukkan mat mongol…. kah kah kah… nak buruk kan menteri jaga ekonomi… sapa yang buat berita ni…. razak baginda ke?.... kah kah kah



ZAID IBRAHIM : KETUANAN MELAYU SATU KONSEP GAGAL - malayau


KUALA LUMPUR 31 Okt. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan
.

kah kah kah…. KETUANAN MELAYU…. kah kah kah…. gagal… kah kah kah…

cayalaaa…. ini bukan amoi ipoh mali yang cakap…. kah kah kah…. ini bekas menteri yang cakap….kah kah kah…. bukan menteri cina atau tambi india….kah kah kah

ini bekas menteri undang undang dari UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION….. kah kah kah…. tak caya lagi…. kah kah kah



MT ARAH PERAYU UNDI PULANG - melayau


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau dan dikenakan tindakan.


kah kah kah….. ini kutu rayau atau perayu…. kah kah kah….patut lah hotel penuh…. kah kah kah… abis gro kena book…..kah kah kah …. ada kutu rayau cari makan… kah kah kah…

kalau balik kampung kutu rayau ni nak buat apa?......nak cari kontrek di selangor kena open tender….. kah kah kah… di perak kena open tender…. di pulau pinang kena open tender….. kah kah kah….

tak baik hati majlis tertinggi ni….. nak tutup pintu rezeki…. kah kah kah….ni kan musim menuai tiga tahun sekali…. tak kan menteri dan yb nak makan sorang… kah kah kah… kutu rayau nak juga tumpang cari makan…. kah kah kah