Jumaat, 6 Februari 2009
NYALAKAN LAMPU KERETA DI SIANG HARI – JUMAAT 6HB FEBUARI
Semua penyokong PAKATAN RAKYAT diminta memasang dan menyalakan
lampu kereta bermula jam 12.00 tengah hari Jumaat 6hb Februari 2009.
Warga Perak terutama dari Ipoh dan Kuala Kangsar yang
memberi cadangan ini. Justeru semua perlu menyokong.
Kempen ini dilakukan di seluruh negara.
Nyalakanlah lampu kereta di mana sahaja berada.
Jika terelihat ada lampu yang terpasang di jalan sebelahan
sila bunyikan hon tanda setiakawan.
Sila sampaikan berita ini melalui pesanan ringkas ke semua kawan-kawan.
Hantarkan berita ini sebaik sahaja berita ini telah dibaca.
JUMAAT 6HB FEBUARI 2009 – MENTERI BESAR BERJUMAAT DI KUALA KANGSAR
Semua warga di jemput untuk turun ke Kuala Kangsar esok.
Tempat yang di tuju ialah Masjid Ubudiah Bukit Chandan.
Menteri Besar dan pemimpin Pakatan Rakyat akan berada sama di Kuala Kangsar.
MB Perak akan bersembayang Jumaat di Masjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar.
Semua ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat akan memboikot Sumpah Saiful.
Penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Bukit Chandan Kuala Kangsar
untuk menyatakan rasa TIDAK puas hari atas
tingkah laku rampasan kuasa yang dilakukan Najib Razak.
Selamat Berjumaat di Bukit Chandan.
MENTERI BESAR PERAK – JUMAAT 6HB FEBUARI 2009
Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin akan terus menjalankan
tugasnya seperti biasa.
Beliau akan ke pejabat. Dan besar kemungkinan Menteri Besar
akan meminta Tuan Speaker untuk memanggil Dewan Undangan Perak
bersidang.
Dato Seri Haji Muhammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak
mengikut hukum dan perlembagaan Perak.
SURAT MENTERI BESAR KEPADA SULTAN PERAK
5 Februari 2009
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
MOGOK MOGOK MOGOK
PUTRAJAYA: Hampir 1,000 pemandu limosin berpangkalan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, dekat sini semalam melancarkan mogok berikutan tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang didakwa sering mengganggu operasi mereka.
Difahamkan, mogok bermula jam 2 petang di pekarangan terminal itu menyebabkan ribuan penumpang yang mendarat, terkandas kerana tidak dapat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam terbabit.
Seorang penumpang penerbangan AirAsia yang enggan namanya disiarkan, berkata pesawat dinaikinya yang dijadualkan mendarat di LCCT terpaksa mengubah lokasi pendaratan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai mempunyai kaitan dengan mogok terbabit.
kah kah kah… kah kah kah … 1000 MOGOK…. APASAL NI… kah kah kah….
woit…. MOGOK IALAH PETANDA AWAL EKONOMI DALAM KRISIS.. kah kah kah…
woit…. MOGOK IALAH CARA KAUM BURUH MELAWAN TOWKAY… kah kah kah…
woit... BURUH MOGOK BILA DIA KENA BULLY .... kah kah kah
woit… OUR ECONOMY HAS PROBLEMS…. kah kah kah
kah kah kah… OUR FANDUMENTALS IS STRONG…. kah kah kah..
woit.... MUNKEE MANA YANG CAKAP NI.... kah kah kah
Labels:
ziana zain
EeeeePOOOOOh !! ipoh!!! IPOH PERAK
PEHIMPUNAN SELESAI DENGAN AMAN
DARI JAM 10.00 MALAM TADI HINGGA 12.00 SELURUH KOTA EEEPOH
TELAH BINGAR.
SEMUA KERETA MEMBUNYIKAN HON TANPA HENTI-HENTI.
INI TANDA SOKONGAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
ESOK PARA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT AKAN KE MASJID BUKIT
CHANDAN.
MENTERI BESAR AKAN BEKERJA SEPERI BIASA ESOK.
TIDAK ADA SEORANG PUN YANG AKAN DATANG MENJENGOK
SAIFUL ANGKAT SUMPAH.......ooops..... (salah) TIDAK DIKETAHUI MAMAK MANA YANG ANGKAT
SAMPAH APA ESOK.
Langgan:
Catatan (Atom)
