Ahad, 20 September 2026

KEMBALIKAN NAJIB KE KAJANG


LANGKAH MUDAH

KEMBALIKAN NAJIB

KE KAJANG

AMIN

NAK JOLOK

SAPA UNTUK

DAPAT AMPON

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH 

KHALAS


'Apa jadi jika rayuan 1MDB Najib berlanjutan selepas tahanan rumah tamat 2028...'

KUALA LUMPUR: Walaupun  Najib Razak dibenar menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, perjalanan prosiding undang-undang membabitkan beliau belum berakhir termasuk rayuan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun bagi kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Jumaat lalu membolehkan Najib menjalani baki hukuman enam tahun di rumah bagi kes SRC International Sdn Bhd, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat ditetapkan terhadapnya.

Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tidak membabitkan kes 1MDB yang berasingan.

Pada 26 Disember 2025, Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib atas 25 pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan dana kira-kira RM2.3 bilion milik 1MDB, sebelum menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.4 bilion.




Tiada ulasan: