KOMENTAR TUKAR TIUB
sistem beraja ini bergantung kepada
perkembangan fikrah warga malaysia
bergantung kepada pencerahan
manusia melayu
kalau warga jadi cerdik
kalau manusia melayu
tidak terus dibodohkan
kalau manssia melayu
tidask terus ditipu
kalau manusia melayu
tidak ditakut takutkan
maka mereka akan bertanya:
kepala bana apa nak tanggung
freeloader makan free
nak jadi raja takm salah
buat lah kerja apa yang patut
takada kerja jadi bouncer
tak ada kerja bawa taxi
kenapa nak orang lain bayar gaji
apa punya tuuuur
bukan sahaja makan free
minta kontrek
minta projek
kalah judi minta kerajaan bayar
atur perlawanan bola
pukul kaddi
anak anak bergaduh dalam kelab malam
pukul orang sana sini
tak cukup dengan dengan perangai ini
campur tangan dalam politik
rakyat pasti naik darah
rakyat pasti makin menyampah
lepas itu guna islam
untuk tipu orang melayu
pooorah!

SURVIVAL RAJA TERLETAK PADA SEJAUH MANA RAKYAT MENDUKUNG SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN - mStar
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim berkata survival seseorang Yang di-Pertuan Agong dan Raja terletak kepada setakat mana rakyat mendukung sistem Raja Berperlembagaan.
Beliau berkata walaupun seseorang raja tidak akan dianggap terlibat dengan politik atau siasah, baginda pada sesuatu masa perlu memegang peranan tanpa rasa gentar untuk mendokong aspirasi Raja Berperlembagaan, sungguh pun pernyataan itu dilihat sebagai kata-kata politik.
Memberikan contoh bagaimana seseorang raja perlu memikirkan dan melontarkan pandangan bagaimana rakyat harus berjaya dalam ekonomi, Rais, yang juga seorang pengamal undang-undang berkata walaupun pandangan itu selari dengan aspirasi sesebuah kerajaan, baginda perlu menyarankannya tanpa perasaan bimbang.
"Bagi seseorang sultan yang memikirkan bagaimana rakyatnya harus berjaya dalam ekonomi, ini walaupun jadi kata-kata dalam politik, harus tidak ditakuti oleh sultan dan terus menjaganya.











