Isnin, 19 Januari 2026

BERITA SEDIH UNTUK DI BACA



Guru di Selangor paling ramai bankrap akibat pinjaman peribadi

JASIN: Guru di Selangor dikenal pasti golongan penjawat awam paling ramai diisytiharkan bankrap akibat pinjaman peribadi, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, (MDI), Datuk Ishak Bakri.

Beliau berkata, data itu sekali gus menjadikan Selangor negeri yang merekodkan jumlah tertinggi kes kebankrapan membabitkan kakitangan kerajaan di negara ini.

Katanya, walaupun jumlah sebenar tidak dapat didedahkan, namun dapatan MDI menunjukkan golongan guru paling ramai diisytiharkan bankrap dengan punca utama disebabkan kegagalan melunaskan pinjaman peribadi.

"Maklumat diperoleh itu dikumpul dan diumumkan ketika program literasi kewangan membabitkan rakyat Selangor pada tahun lalu dan jumlah kakitangan kerajaan yang bankrap adalah paling tinggi.

"Apabila diperincikan kategori mereka, guru adalah kumpulan paling ramai diisytiharkan bankrap.

"Kita ada statistik itu, tetapi tidak boleh dedahkan angka terperinci, yang pasti, Selangor memang mencatatkan jumlah tertinggi," katanya selepas menyempurnakan Program Literasi Kewangan anjuran MDI Melaka dan MDI Negeri Sembilan di Politeknik Merlimau, di sini, hari ini.

Ishak berkata, faktor utama menyumbang kepada situasi itu ialah kemudahan guru mendapatkan pinjaman peribadi berikutan status pekerjaan tetap dan pendapatan bulanan yang konsisten.

Beliau berkata, pinjaman diperoleh itu pula boleh dibuat bayaran balik menerusi potongan gaji.

"Apabila pinjaman mudah diperoleh, ia mendorong pengambilan hutang berlebihan sehingga akhirnya membawa kepada kebankrapan kerana gagal membayar hutang itu," katanya.

Ishak berkata, situasi ini juga berlaku disebabkan kecenderungan mengambil pinjaman peribadi tanpa perancangan kewangan kukuh.

BERITA SEDIH

BERITA

KEHIDUPAN YANG

DIALAMI GURU

BERGAJI BULANAN

AMIN

YANG MEMBURUH

BAGAIMANA PULA

AMN

INI TANDA 

EKONOMI KITA

GAGAL

AMIN

WARGA HIDUP

GAJI TAK CUKUP

HUTANG KIRI KANAN

KHALAS

APA INI ?


PAS beri bayangan sedia sertai kolaborasi agung


KUALA LUMPUR: PAS memberi bayangan bersedia menjadi sebahagian daripada kolaborasi agung jika seruan itu berpayungkan kerajaan yang menunaikan kewajipan mengikut ketetapan Allah SWT.

Presidennya,  Abdul Hadi Awang, berkata ia antara lain mengambil teladan Rasulullah SAW dengan bertonggakkan perpaduan Melayu Islam berkuasa dan perpaduan kemanusiaan masyarakat majmuk yang menerima kepemimpinan Islam.

Beliau berkata, PAS menolak perpaduan jika pemimpin menjadikan kuasanya kerana harta dan takhta yang dimuliakan serta dihormati kerana takut akan kezalimannya.

Selain itu, katanya, PAS tidak boleh menerima konsep perpaduan terutama yang membisu terhadap kezaliman dan dosa diharamkan Allah, yang menjadi sebab berlakunya perpecahan.

Ahli Parlimen Marang itu juga menjelaskan setiap perbincangan mengenainya perlu datang daripada kalangan ilmuwan bertafaqquh (kefahaman) dalam urusan Islam, bukannya individu jahil.

"Tidak juga melalui ilmuwan tidak bertafaqquh atau meletakkan akalnya dalam perutnya kerana penyelesaian Islam bersifat ilmu serta ciri keilmuan luas dan akal dimuliakan.

"(Ia juga perlu) berpandukan nas yang tidak berubah serta boleh menangani perubahan dalam kejadian alam termasuk manusia dan dasar umum.

"Kita mahukan perpaduan berpayungkan kerajaan menunaikan kewajipan memimpin yang menjadi amanah besar daripada Allah serta ditaati kerana menghormati keadilannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, BH melaporkan, UMNO akan memanggil serta mengundang 10 pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat.

Ia susulan hasrat UMNO untuk menyatukan semua parti Melayu dan Islam di bawah gabungan dikenali 'grand collaboration' atau 'kolaborasi agung', tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan.

Rentetan itu, Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Zahid Hamidi, berkata tiada sebarang perjanjian atau syarat ditetapkan dalam memulakan usaha ini.

Mengenai kerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan, Abdul Hadi berkata, PAS menolak seruan berkonsepkan bebas tanpa sempadan ketetapan Allah yang direalisasikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).


APAKAH INI

BERMAKNA

PAS  TAK SUKA

ANWAR 

BIN IBRAHIM

YANG SUKA

BERJUBORI

KAH KAH KAH

KHALAS

MADE IN IRAN


SATU LAGI

SENJATA BARU

MADE IN IRAN

AMIN

HOKKIEN & KWANTUNG TAMAN HIJAU UNTUK KUALA LUMPUR


PENCERAHAN

HOKKIEN

DALAM
KAWASAN TANAH PERKUBURAN
HOKKIEN DAN KWANTUNG INI
BANYAK ANJING TAK BERTUAN
MENJADI  WARGA TETAP

MEREKA MENDAPAT MAKANAN
DARI  BEBERAPA ORANG
INSAN BAIK HATI

ADA PAK CIK INDIA BRICKFEILD
DENGAN VAN BERI
MAKANAN DI KWANTUNG

ADA PAK CIK CHINA BERMOTORSIKAL
TIAP PETANG BERI MAKAN
DI HOKKIEN

KAMI DARI LA CHATEAU
YANG BAWA ANJING BERJALAN
SENTIASA BERI MAKANAN
MALAH ADA ANJING
YANG DI BAWA KE HOSPITAL
JIKA SAKIT

GUA SENDIRI TERLIBAT
DALAM KUMPULAN YANG MENENTANG
HOKKIEN  DIGAZET
UNTUK DIJADIKAN WILAYAH KOTA

JUSTERU
KAMI ADAKAN PAMERAN SENI
KAMI MAHU JADIKAN
HOKKIEN INI
TAPAK SEJARAH  
MAKAM YAP AH LOY
MAKAM YAP KWANG SENG
ADA DI KWANTUNG

KAMI MAHU JADIKAN
HOKKIEN DAN KWANTUNG
TAMAN  HIJAU DALAM KOTA
DIMANA UNGGAS  BURUNG
IKAN ITIK 
BELALANG  SERANGGA 
ULAR KATAK
BOLEH HIDUP SELESA
DENGAN EKOLOJI PERMAI
AMIN

Unknown commented on

 "SESUDAH VENEZUELA 
TRUMP HURU HARAKAN NATO & EROPAH"

Patut Hokkien menghalang orang luar masuk, terutama yang bawa anjing anjing berak merata-rata atas kubur kah kah kah, siapakah gerangan itu? 

Mereka mungkin lebih kesian kepada binatang daripada orang kita yang saban hari tunduk kepala meminta syurga tetapi perangai tetap sama lanun sejarah membuktikan keturunan lanun tetap menjadi lanun walaupun memakai pingat darjat tertinggi kah kah kah

PERAK MAN JAVA MAN - RUMPUN MELAYU


JAVA MAN

PERAK MAN

SEMUA DARI

RUMPUN MELAYU

AMIN

Unknown commented on
 "DATUK NENEK MOYANG
 BANI MELAYU"

Spesies Berbeza: Walaupun dalam genus yang sama, Homo erectus adalah spesies yang berbeza daripada kita (Homo sapiens). Mereka bukan nenek moyang langsung kita dalam erti kata "manusia moden", tetapi mereka adalah saudara evolusi yang rapat yang telah pupus.

tolong jangan samakan beruk dengan manusia..


Unknown commented on 
"DATUK NENEK MOYANG
 BANI MELAYU"

jawa indon bukan melayu.. jawa indon belah sumatera panggil hama.. jangan marah saya saya tak kata deme yang kata. kah kah kah

UMDAP GILA TALAK


UMDAP

GILA TALAK

AMIN