Dalam ucapan MERDEKA MALAYSIA di Stadium Kelana Jaya di hadapan 40 ribu pendengar, Sdr Anwar Ibrahim telah berterima kaseh kepada Zaid Ibrahim. Ini kerana Zaid Ibrahim telah menyatakan yang dia tidak bersetuju dengan ISA. Malah Zaid secara berperinsip telah meletakan jawatan menterinya.
Ini satu pekara yang belum pernah terjadi dalam kerajaan gerombolan United Malays National Organisation. Tradisi gerombolan ini ialah melekap sampai mati tidak mahu meninggalkan jawatan.
Anwar juga telah memberi tahu Zaid bahawa ada 'berita baik' dalam masa tiga hari nanti. Apakah ini tarikh Pakatan mengambil alih kerajaan ? Dan Zaid adalah bakal menteri undang-undang Kerajaan Pakatan? Jika ini berlaku maka inilah contoh awal dalam Negara Malaysia Baru ISA tidak lagi wujud.
Selasa, 16 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
semoga undang-undang dapat diperbaiki...URINE remand 14 hari tak boleh jamin,BUNUH paling lama 5 hari remand...
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Salam Bro,
Terima kasih atas lapuran.Live streaming kantoi.
Ngah.
nine one six!!!
nine one six!!!
nine one six!!!
Badawi menolak perletakan jawatan Zaid dan PM mendesak Zaid bercuti selama 2 minggu.
Harapnya Zaid akan kuatkan tekad, terus bertegas dan tidak mengalah kepada Badawi. Jika sebaliknya Zaid tunduk kepada desakan PM, ternyata episod ini hanya merupakan sendiwara terhebat abad ini.
mudahnya zaid jadi menteri kerajaan baru..macam tu kalau semua menteri letak jawatan diorang boleh jadi menteri kerajaan baru jugak ke?
carilah rakyat Malaysia lain, orang muda ke jadi menteri pulak..asyik orang tua je..barulah perubahan
Bro Hisham,
Hujan lebat. Kilat sabung-menyabung dekat sini.Take care...
Ngah.
tolonglah jangan ikut resmi mamat pak lah tu, lantik menteri bukan di kalangan ahli parlimen yang menang. beri keutamaan dulu kpd AP yang dengan ikhlas meninggalkan gerombolan Bee End tu sehingga PR berjaya menubuhkan kerajaan. tanpa mereka PR nak bentuk kerajaan macam mana dlm masa terdekat nin. zaid tu boleh beri jawatan penasihat undang-undang kpd Ketua Pembangkang (Pak Lah?)
kalau Pakatan Rakyat bentuk kerajaan persekutuan nanti saya nak abg Isham pun jadi salah sorang menteri jugak dalam kabinet pakatan rakyat tu. Saya percaya abg Isham banyak pengalaman sejak dari usia muda lagi. Tapi saya raya kementerian penerangan paling sesuai dengan abg Isham.Bebaskan media kita!!!!
http://suarasaktii.wordpress.com/
Zaid ni macam pesta jualan kereta musim raya. Kalau PAKATAN nak sangat kat Zaid, BN bukan je boleh bagi diskaun, tapi offer lagi pakej cash in return.
Lepas tu baru nak ingat beban finance dok tanggung makhluk ni bulan-bulan.
Apa-apa pun cheers, bukan ngan beer or johnie walker, tapi sirap bandung je.
Catat Ulasan