Selasa, 14 April 2009

ADUN JADI TAKUT - LARI MENYOROK


JAMINAN POLIS : 10 ADUN TETAP TIDAK HADIR SIDANG DUN
– berita hairan


Meskipun diberi jaminan polis keselamatan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) terjamin, sepuluh wakil rakyat tetap bertegas tidak akan hadir pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selagi suspek yang menghantar SMS ugutan bunuh tidak dikenakan tindakan.

Adun Ajil, Rosol Wahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri ketika dihubungi menjelaskan kumpulan itu bertegas untuk tidak hadir pada sidang dewan hari ini.

Pada jam 1 tengah hari tadi, Ketua Polis negeri, Mohd Shukri Dahlan, dalam sidang medianya menjelaskan polis menjamin keselamatan semua Adun BN berkenaan dan keadaan adalah tenang dan terkawal.

Katanya, Adun BN berkenaan tidak perlu bimbang kerana polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai SMS berbau ugutan bunuh yang diterima tiga daripada mereka.


kah kah kah… INI SUDAH JADI KES BESAR….kah kah kah…

kah kah kah… ATAU SENGAJA DI BUAT MACAM KES BESAR?.... kah kah kah

kah kah kah….
YB LARI LINTANG PUKANG
LALU PEGI KUALA BERANG
CARI PENYU RANTAU ABANG
MAKANG IKANG SORANG SORANG
… kah kah kang..



19 ulasan:

orang tuhan berkata...

bro...pantun lu buat gua gelak terkangkang-kangkang sampai masuk celah longkang..nampaknya politik penyu bakal bermula...

Unknown berkata...

he he ADUN BN sendiri pun tak yakin dengan kredibiliti polis Malaysia.

Ahmadkmz berkata...

Kisah 10 YB Penakut dari Terengganu sudah bermula.

Siapakah Paling Penakut antara sepuluh YB Penakut?

Kita lihat sapa yang kena!

Tanpa Nama berkata...

Bang, bang

Saya rasa ni tektik orang UMNO nak pasang perangkap PAS bang.
Kalau 10 ADUN tak hadir, siapa majoriti dlm DUN bang?
Kalau pembangkang PAS buat usul undi tak percaya terhadap MB, UMNO dah untung bang. Tak payah susah2 orang lain dah dijadikan macai.
Jadi dia orang boleh kata, bukan UMNO yang bawa usul PAS yang "dajjal"
Ini saya andaikan kalau UMNO hilang majoriti dengan 10 orang DUN yang absent tu bang.
Kadang2 yang cantik tu tak semestinya indah bang.

Sudin berkata...

"Blues ganu kite"

Apa cite kugan ?
Apa cite Adi Anwar ?
Apa cite bomoh gigi ?
Apa cite FRU membutakan mata remaja di Kelantan?
Apa cite Altantuya kepala toya ?
Apa cite.....wow !!! banyaknya kes..

Ahak,ahak....penyu menangis melihat masjid kristal.

Woit...abang isham ! makang ikang sorang-sorang ha....mana aci !

Ahmadkmz berkata...

maka 9 daripada 10 YB dari Ganu ini akan membawa sepanduk bertulis,

KAMI NOK IDERIH NATANG!!

Keylee Daud berkata...

ini cantik...boleh bikin pilem letup2 kakaka...pakai apa ya nanti ?...lastik ka kakaka

Yanaam berkata...

Macam lagu 10 budak hitam. Idris Jusoh dah masuk dewan petang tadi. Agaknya dah dapat call dari Najib la tu.

Esok, berebut-rebut lah nak masuk dewan sebab Najib dah bagi arahan suruh pergi.

Tanpa Nama berkata...

tukar tiub bukang sembarang
cukup bijak membuat ulasang
komen politik komen kerajaang
orang ketawa terkangkang-kangkang

Tanpa Nama berkata...

Kalau org yg kita suka tak datang sidang dewan tu, tentu kita guna ayat lain, tentu kita sokong dia.. tentu kita ckp kerajaan BN mmg nak bunuh dia. betul tak? mesti DSAI yg sntiasa kna khianat... mesti BN ske khianat... betul tak? mesti lim kit siang tu baik mcm ambia..mcm nabi2... betul tak?

Prof. Era Pasca berkata...

polis bagi jaminan? mereka takut la... sbb polis juga bg minum clorox, polis juga bagi paru2 berair

Tanpa Nama berkata...

apa lagi adun pembangkang..wat la undi x percaya..tu pun kalu ckp majoriti la..ble bubar dun..kang..kang..kang

akutakata berkata...

Dris Yusoh strike back......gaduh jangan tak gaduh ...sultan tak ada kuasa mutlak...

Khun Pana aka johanssm berkata...

Ini lah derhaka kepada raja.
MB tu Agong yang pilih.

Polis jamin keselamatan?
Dadah dalam lokap pon kena kebas.
Kugan duduk dalam lokap pon di tamat kan riwayat.
Anwar dalam lokap pon kena mata lebam
Black maria pon kena bakar.
Polis tembak polis sebab tak tau cara simpan pistol.

10 YB sudah hilang, mereka pergi join Bala.
Sampai kan salam kepada Bala.

Mamai berkata...

ADUN lari ker pulau mana yer........hahahaah penyu ketawa orang gerombolan takut mati....

Tanpa Nama berkata...

Lain kali kalau ada nombor yg tak dikenali hantar SMS, jgn baca..padam terus..BAru ler tak terbaca. Ini, dah terbaca terus jadi takut...

kakimakan berkata...

Weh...ADUN duk tengah takut. TU mesti sembayang tak tinggal dlm sehari dua ni..heheheeeeeee...

rizie berkata...

sham,best ah pantun ko buat ni..hahahahah

Luqman Zainal berkata...

susah ke nak cari penghantar SMS tu?
bukan semua RAKYAT mesti daftar no. telefon ke?