Selasa, 14 April 2009

LAGI MENGGERUNKAN – LAGI MENAKUTKAN !!!



TIGA ADUN TERIMA SMS UGUR BUNUH BUAT LAPORAN POLIS
– berita hairan


KUALA TERENGGANU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu membuat laporan polis awal pagi tadi selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengandungi ancaman bunuh berkaitan usul undi tidak percaya yang dikata akan dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Adun Permaisuri, Halim Jusoh dan Adun Paka, Zakaria Ariffin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Terengganu, kira-kira jam 1 pagi tadi, manakala Adun Ajil, Rosol Wahid berbuat demikian di Balai Polis Ajil.

Ketika ditemui, Halim berkata, mereka menerima SMS mengandungi ancaman ‘Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?’ daripada pengirim terbabit kira-kira jam 12 tengah malam tadi.



kah kah kah…. INI MESTI PENYU YANG ANTA SMS… kah kah kah…

kah kah kah… PENYU SUDAH MARAH….PLASTIK BANYAK DALAM LAUT…kah kah kah…

woit…. GOCOH JANGAN TAK GOCOH…. SATU MALAYSIA NAK TENGOK… kah kah kah…

kah kah kah… MALAM INI SIAPA MENANGIS ?....kah kah kah...

kah kah kah...SATU MALAYSIA TAK ADA SIAPA AKAN MENANGIS…kah kah kah... KETAWA RAMAILAAAA....kah kah kah



8 ulasan:

acip berkata...

ISHAM!
kaji kesahihan cerita ni..
mane tahu btol,ssh lar kita nk menang.



Menteri Pertahanan yang baru, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan baru-baru ini bahawasanya tentera Wataniah akan ditempatkan di kesemua kawasan parlimen di Malaysia.

Hujah bodoh darinya ialah Tentera Wataniah ini akan membantu anggota tentera untuk menjaga keamanan negara. Hujah bodoh ini hanya boleh diterima pakai oleh orang-orang yang bodoh. Persoalannya semenjak bila pula kawasan-kawasan parlimen diseluruh negara sedang berada dalam keadaan perang sehinggakan tentera wataniah dan anggota tentera diperlukan?

Jawapannya mudah. Penempatan tentera-tentera Wataniah disemua kawasan parlimen akan menambahkan lagi jumlah undi pos. Apabila jumlah undi pos bertambah, kemungkinan BN untuk merampas semula kerusi-kerusi parlimen yang telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat akan menjadi lebih mudah.

Rakyat harus berhati-hati dengan niat jahat Zahid Hamidi yang kini telah menjadi “budak suruhan” Najib Razak. BERSIH perlu melakukan sesuatu untuk menghalang niat jahat ini daripada diteruskan.

Di zaman pemerintahan Najib ini, apa sahaja akan dilakukan untuk memastikan kuasa dapat dirampas kembali!!! Ingat apa yang berlaku di Perak!!!

onetrue berkata...

kalau taukeh gerombolan guna sirul/azilah,,maka kuli akan ikut caranya..heh,heh

SL Chan berkata...

takkan sms saja..hantar juga perluru perpandu dalam sampul surat...kah kah kah..memang budaya mereka....hancur sesama sendiri...

kalau ada bola..bubarkan saja dun tu...jangan cakap saja...dan tolong pesan gerombolan pusat bubarkan Dun Perak juga...

Tanpa Nama berkata...

Turr punya jahid midi, menteri pertahanan ngok. dapat Phd dari mana yang fikiran hanya askar wataniah sahaja. Nak buat duit jual uniform la tu...satu lagi projek keselamatan BN...hahahahahaha.
Buat la kajian sikit, zaman sekarang tak perlu nak buat askar wataniah sebab takkan kita nak serang Singapore.... baca la sikit jahid midi.....nak buat projek jual kasut askar cakap sahaja lah....Lingkup lah Malaysia ni....bila nak beli eurokopter??? baru bolih cepat kaya!!! ngoook.

jumapx berkata...

menggerunkan...hu3
pe nak jadilah...!

Tanpa Nama berkata...

YA,
lebih banayk undi pos untuk semua kawasan parlimen.
Setahu aku, wataniah ni masih lagi dianggap separuh awam.
bererti mereka tak dapat pencen dan gaji. Jadi kita tak rugi duit kerajaan kerana serampang dua mata.
Cuma elaun latihan harian. 20 tahun pun tak dikria pencen kerana bukan tetap hanya simpanan.
Cerdik Zahid!!!!!
Ide Zahid semenjak dapat phd komunikasi UPM ni memang ide yang pintar dan menarik.

Tanpa Nama berkata...

MB lama tak terlibat?

Makcik Kalsom berkata...

Woi..jangan kutuk askar wataniah.
Anak teruna makcik baru je jadi askar wataniah ni. Sebelum, keja kedai makan, setaraf bangla. Bila dah kerja askar ni, makcik lega sangat..bole la dari takde kerja, ye dak anak-anak?
Tak lama lagi nak kawin anak makcik tu..tak lama lagi bercucu ler makcik..