Rabu, 13 Oktober 2010

NASIB BAIK BUKAN LOJI NUKLEAR




KONTREKTOR BUMIPUTERA




nota:
habis hancuuus
hangus terbakar
ini baru sekolah
tunggu nanti bila
loji nuklear runtuh
tak sempat nak minum cendol kah kah kah






LANTAI SEKOLAH RUNTUH, 10 MURID DI KEDAH CEDERA - minsider

Seramai 10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Sri Gunong di Gunung Keriang dekat sini cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam.

Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.

Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.

Salah seorang murid berkenaan, Mohd Aliff Hakim Abu Bakar berkata ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.

“Saya merangkak keluar dan ustazah tarik saya keluar. Saya terkejut. Saya cedera kaki kanan,” katanya ketika ditemui di HSB.

Filza Nadhirah Idris yang juga cedera di kaki kanan berkata sewaktu kejadian dia merasakan kelas itu bergoyang-goyang sebelum dia terjatuh ke bawah.

“Saya jatuh tertiarap. Lutut kanan saya cedera. Saya kemudian menangis. Cikgu angkat saya,” katanya yang kelihatan trauma dengan kejadian itu.

Seorang saksi kejadian, Ali Mohammad, 49, berkata keseluruhan bangunan termasuk lantai yang dibina sekitar tahun 1970-an itu dipercayai pada asalnya diperbuat daripada kayu dan telah diubah suai oleh pihak sekolah lapan tahun lalu dan digantikan dengan lantai simen tanpa mempunyai konkrit yang kukuh.

“Mungkin kayu yang diletakkan simen di atasnya tanpa konkrit yang kuat tidak mampu menanggung pelbagai bebanan seperti meja, kerusi dan peralatan tambahan kelas menyebabkan berlaku runtuhan berkenaan,” katanya.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah Zuraidi Rahim yang melawat murid-murid di HSB berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa lapan pelajar menerima rawatan pesakit luar manakala dua lagi agak serius kerana kaki mereka dihempap batu dan almari.

KAH KAH KAH

woit… BUAT STADIUM … STADIUM RUNTUH…. kah kah kah..

kah kah kah…. BUAT SEKOLAH…. SEKOLAH RUNTUH…. kah kah kah..

woit… CUBA SIASAT…. INI MESTI KONTTREKTOR BUMIPUTERA... kah kah kah..

kah kah kah...KONTREKTOR KELAS F YANG GANTI SIMIN…. kah kah kah..

kah kah kah…. INI ADA MIMPI NAK BUAT LOJI NUKLEAR ?..... kah kah kah..

woit… ARAB CAKAP…. AHLAN WA SAH LAN…. kah kah kah

nota:
habis meletup
satu nagara
tak perlu pakai
bom atom kah kah kah

14 ulasan:

cicit ngah layor berkata...

Sekolah ni dekat benor dengan gunung keriang tu,dikaki gunung pon...tentu tanahnyer berbatu dan kuat.Ngaper runtuh sedangkan struktur tanahnyer kukuh.Ini mesti projek kelepet duit ni....Ini ler kalau projek kroni.MACAM NI ADER HATI NAK BUAT LOJI NUKLIER........Mati cacat ler kiter...

Tanpa Nama berkata...

1000km radius bahana menunggu kalo satu2 loji meletup.. kalo pasang kat negeri sembilan.. habih lenyap 1Malaysia..

mosabit berkata...

tak sempat nak buat loji tu..pakatan rakyat dah tawan putrajaya.....

selamat kita....

kahkahkahkahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

sdihnye jd cam,asik budak2 sekolah je jd mangsa,jambatan hanyut dak sekolah jd mangsa jg.
Cam ni wat loji nuklear silap2 jd loji najis..

mat lendir berkata...

Patutnya sekolah tu dulu dijadikan tempat Kementerian Pelajaran. Bior men pelajaran, tim men pelajaran, ket pengarah pelajaran duduk dalam kelas tu

men, timb men, kp pelajaran duk kat putrajaya. Apa depa tau??

2012 nanti, klu brani buat lah loji nuklear sblh umah pm dan tpm. bru rakyat respek

Tanpa Nama berkata...

pandai tak buleh diikut
bangang tak buleh diajar
bengap tak buleh ditegur

atuk aku buat reban ayam pakai buluh pun buleh tahan 57 tahun.

Tanpa Nama berkata...

sudah confirm !! kilang loji nuklear akan diberi nama "kilang loji nuklear Rosmah" !!

Tanpa Nama berkata...

Bangunan kayu dibina tahun 70an. Ini kira masih bangunan moden dan dibina selepas merdeka. nak lihat berapa banyak bangunan sekolah yang diperbuat daripada kayu dan lebih lama usianya, malah sebelum merdeka pulak tu. hah nanti gambarnya dikirim ke tukar tiub. Lepastu disebabkan dek kurang selesa terpaksa diubahsuai oleh duit-duit gaju guru sekolah tersebut ditambah dengan duit torehan getah ibu bapa. Jangan terperanjat... selepas merdeka masih ada negeri yang sekolah rendahnya masih ber"bangunan"kan kayu dan dibuat oleh orang British pulak tu. tapi rakyat di negeri tersebut paling kuat sokong rejim BN

kontraktorwibawa.blogspot.com berkata...

bukan semua kontraktor kelas F cam gitu. tak patut ler kalu pukul rata semua..

Tanpa Nama berkata...

250 AHLI PKR PAYA BESAR MASUK UMNO???

Kah Kah Kah
Kah Kah Kah

NAK TAU CERITA SEBENAR???
PI pahang daily online laaa!
tengok sapa masuk sapa!

TENGOK JUGAK:
i. 200 org baru masuk PKR
ii. sorang yang "masuk umno" tertipu dengan sandiwara - siap gambar sekali
iii. semua wakil akhbar termasuk melayau, hairan pun ada!!!!

Tengok, esok ada masuk dalam melayau @ hairan tak pasai 200 org umno masuk pkr nih!!!!

PANAS!!!

Kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

sandiwara malaon tak menjadi
telur busok sudah pecah!!!

haluankiri berkata...

Beginilah nasib MELAYU Ku yang malang .. ohhhh Tuhan .. tak boleh bersenang lenang ...ditpu didendang .. di hina di canang ... katanya melayu kan hilang jika UMNO dah tumbang .. betapa bodohnya melayu krn ditpu .. yg UMNO bukanlah MELAYU ... hanya PARTI yang dah uzur .. tinggal nak mati .. kenapa ajak sekali melayu mati ... jgn lagi jd BODOH

Tanpa Nama berkata...

KANG KANG KANG KANG....

souls

Tanpa Nama berkata...

runtuh macam lombong kat chile.. projek membodohkan rakyat chile.. gomen dia dapat publisiti murahan..

pelombong2 adalah pelakon terbaek.. dengan lakonan masing2.. dunia tak nampak apa masalah chile sebenarnya... sumer orang ingat ini bencana..

inilah permainan dunia dan inilah cara umno mencari publisiti jugak..

kalo bina loji, meletup lepas tu, akan ada hadiah kepada si mati berjuta2, kendian duit tu lesap macam buluh kasap... inilah cara gomen buat bisnes.. kutip duit judi kuda, kendian duit hilang entah kemana...

Tanpa Nama berkata...

Buat jambatan, Jambatan runtuh.