Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 19 September 2012

GANAS - ADA RANCANGAN MENGGANAS YANG LEBIH BESAR




STRATEJI GANAS DARI REJIM PENGGANAS















GANAS DAN KEGANASAN

Minggu lalu bas MERDEKA RAKYAT yang membawa pemimpin Parti Keadilan Rakyat telah diserang di Kota Baru. Kemudian pada malamnya satu serangan telah berlaku di Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong Kedah. Serangan dalam masjid datang dari gerombolan 50 orang ahli Perkasa. Serangan berlaku ketika Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah. Seminggu kemudian bas yang sama telah diserang di Melaka.

Apa maknanya semua ini? Apa ertinya serangan ini? Apa yang tersirat dan apa yang tersurat apabila kita membaca berita-berita serangan ini?

Memang betul ini bukan serangan RPG – rocket propel granade. Memang betul ini bukan serangan Klaskinkov atau M16. Ini hanya serangan cat merah yang dilempar ke cermin pemandu bas. Ini hanya balingan batu bata yang memecahkan cermin bas.

Ada yang berpendapat bahwa cat boleh dibasuh dan cermin pecah boleh diganti. Sekali pandangan mungkin ada yang menganggap ini hanyalah kerja anak-anak muda yang diupah oleh United Malays National Organisation. Jika pembaca memiliki jalur pemikiran ini maka ini adalah anggapan ini salah. Pandangan ini silap.

Untuk memahami semua serangan ini biar saya surahkan sajelas mungkin agar kita semua sedar apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Mengetahui apa yang sedang berlaku amat penting. Jika kita faham apa yang berlaku sekarang maka kita juga boleh membayangkan apa yang akan berlaku kemudian.

PENGGANAS SEDANG MENGANAS



Pada ketika ini dunia politik Melayu telah pecah dua. Saya menekankan DUNIA POLITIK MELAYU atau Malay Polity kerana di Malaysia ini Politik Melayu adalah panglima kemudi kepada semua politik negara. Ini hakikat. Ini realpolitik. Politik Melayu menjadi panglima untuk mengkumudikan arah negara. Politik Melayu menjadi kemudi politik Malaysia lahir dari hukum dan syarat-syarat sejarah.

Selama lebih dari lima dekad parti United Malaysa National Organisation yang berslogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu telah menjadi hegemon – memiliki kuasa mutlak. Parti politik ini bersama kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional telah memonopoli ekonomi, politik dan budaya di Malaysia. Selama lebih dari 50 tahun gerombolan ini telah berkenduri kendara – bercempera dan berpesta - memungut dan memunggah harta kekayan negara. Tanpa segan silu gerombolan ini dan kroni-kroninya telah menjadi kaya raya.

Saya ingin sekali lagi memberitahu para pembaca bahawa politik ialah kuasa. Politik ialah ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan kuasa untuk merebut ekonomi. Punca-punca ekonomilah yang sedang menjadi rebutan Pakatan Rakyat dengan United Malays National Organisation.

Membaling batu ke ceramah Pakatan Rakyat adalah manifestasi perebutan politik. Menggangu takzirah di masjid atas alasan tanpa tauliah adalah manifestasi perebutan ekonomi. Mengempur kenduri Rumah Terbuka ialah adalah kerja politik.


Kerja-kerja politik gerombolan ini dilihat ganas. Membaling batu dan melastik bola besi dilihat bahaya. Tetapi hakikatnya ini adalah kegansaan yang dirancang. Jangan silap faham dan jangan salah hitung semua ini disusun dan diatur. Dibelakang simbah cat, baling batu dan lastik bola besi ini wujud satu perancangan jahat yang lebih besar sedang menunggu.
Betulkah apa yang saya tulis ini? Apakah ini hanya satu tohamah murah untuk memburukkan United malays NatioanL Organisation?

Jawabnya semua ini bukan tohamahan. Semua ini bukan fitnah. Semua ini memiliki asas dan fakta yang kukuh.

Selama lebih dari lima puluh tahun United Malays National Organisation memiliki kuasa untuk mengagih-agihkan harta kekayaan negara kepada kuncu-kuncu dan para penyokong. Berbilion ringgit harta negara telah dikelepet. Berbilon ringgit telah diagih atas nama projek kepada para kroni. Mereka berjoget dan bertandak sambil merembat harta kekayaan negara tanpa halangan.

Tetapi sesudah 8 March 2008 semuanya telah berubah. Perubahan ini dimeterikan oleh Bersih 2.0. Diperkukuh oleh Bersih 3.0. Dan di buktikan bahawa hegemoni gerombolan ini telah kempis dengan Janji Demokrasi 2012.

MUKA PENGGANAS YANG BERLESEN


Justeru satu perancangan keganasan telah disiapkan. Keganasan tersusun ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai agar kembali tunduk kepada kuasa multak – hegemoni United Malays National Organisation. Keganasan ini bertujuan untuk terus menakut-nakutkan orang ramai yang telah mula berani turun ke jalan raya.

Bayangkan jika orang ramai telah berani turun ke jalan raya dalam Bersih 2, Bersih 3 dan Janji Demokrasi – apakah mereka akan merasa takut untuk mengundi Pakatan Rakyat? Jawabnya : pastilah orang ramai sepuluh ribu kali lebih berani memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Inilah yang sedang berlalu.
Untuk mendalami pemaham kita wajib melihat sejarah bagaimana taktik menakut-nakutkan orang ramai telah digunakan pada Bersih 2.0. Ugutan. Terkanan. Tangkapan. Semua gagal. Orang ramai masih berani turun ke jalan raya. Lihat pula sejarah Bersih 3.0 dimana secara dirancang mata-mata yang bertugas telah ditanggalkan nama mereka. Ini bertujuan untuk menyorokkan identiti mata-mata yang diarah untuk melakukan keganasan.

Keganasan Bersih 3.0 dengan episod kereta terbalik, dengan serangan tembakan gas dan dengan pancutan air kimia masih segar dalam ingatan. Maknanya semua keganasan yang dirancang bertujuan untuk menakut-nakut orang ramai dari turun ke jalan raya.

Projek menakut-nakutkan orang rami ini gagal. Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu telah memperlihatkan puluhan ribu warga anak semua bangsa turun ke Dataran Merdeka. Tidak ada sesiapa lagi yang takut. Warga Malaysia terutama anak muda telah jadi berani. Takut telah ditong sampahkan.


Keberanian orang ramai ini diketahui oleh Najib Razak. Mahathir Muhamad telah mengalami ombak berani rakyat sehingga dia terpaksa berundur. Muhyiddin Yassin , Zahid Hamidi. Hishammuddin Hussein tahu realpolitik yang sedang berlaku. Kesemua mereka sedar bahawa kuasa hegemon ditangan mereka akn terlucut.

Justeru, para pemikir, para perancang yang diupah dan dilanggan oleh United Malays National Organisation sedang bekerja keras. Para pemikir dan perancang sedang melakar peta yang lebih besar untuk melawan ombak keberanian anak semua bangsa yang telah mula mengacungkan tangan untuk menghumbankan mereka ke dalam tong sampah sejarah.

Serangan-serangan kecil-kecil ini bertujuan untuk mengolah persetujuan orang ramai bahawa suasana negara mungkin kacau jika Pakatan rakyat memerintah. Kekacauan dan keganasan yang kita lihat hari ini adalah satu persediaan. Apa yang mereka harap-harapkan akan ialah balasan dari anak-anak muda penyokong Pakatan Rakyat. Para pemikir yang diupah ini berharap ‘keganasan’ yang mereka rancangan ini akan ‘ menaikkan darah’ penyokong atau simpatisan Pakatan Rakyat.

Ertinya – keganasan ini dijalankan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bahang politik yang sedang berjalan. Rancangan jahat ini bertujun untuk ‘menjemput’ penyokong Pakatan Rakyat secara bodoh untuk menyerang balas. Serangan balas inilah yang sedang ditunggu oleh United Malays National Organisation.

Jika berlaku serangan balas dari Pakatan Rakyat maka media milik United Malay National Organisation akan belabon dua puluh lima jam sehari. Berita akan diputar untuk memperlihhatkan bahawa Pakatan Rakyat ini satu badan politik yang tidak boleh dipercayai untuk mentabir negara.

Keganasan di Semberong, Merlimau, Kerinchi, Pulau Pinang atau di Kota Baru ini hanyalah persediaan jangka panjang United Malays National Organisation untuk menghadapi PRU13.

Sila perhatikan bagaimana projek-projek sedang diagih kepada para kroni dengan pantas sekali. Projek-projek ini bukan ratus juta tetapi berbilion-bilion. Ini juga adalah persediaan untuk berhadapan dengan hakikat bahawa jika PRU13 dijalankan dengan bersih dan adil – United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya akan kalah besar. Berikan projek pada kroni - ikat kontrek sebanyak mungkin sebelum Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

LAGI PENGGANAS BERLESEN MENGGANAS



Dalam masa yang sama untuk memastikan kuasa terus dimiliki maka PRU13 ini nanti akan dijalankan dengan penuh penipuan. Tetapi apa sangkut pautnya penipuan pilihanraya dengan dengan keganasan simbahan cat merah?

Para pembaca wajib berwaspada keganasan yang berlaku minggu lalu - hingga ke hari ini masih belum ada dakwa dakwi. Jika terus menerus tanpa dakwa dakwi hingga ke hari mengundi maka jelas inilah bukti saheh bahawa keganasan ini memang dirancang dan ditaja. Tujuan utama untuk menakut-nakutkan para pengundi terutama pengundi China.

Justeru keganasan yang berlanjutan ini adalah persediaan United Malays National Organisation untuk melakukan keganasan jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada mereka.

Para pembaca perlu bertanya kepda diri sendiri. Jika para pembaca yang memiliki projek berbilion-bilion ringit, memiliki kekayaan berjuta ringgit, memiliki sayarikat ini dan itu, tuan empunya kilang itu dan ini – apakah akan memberikan laluan percuma kepada Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran?

Biar saya senangkan lagi soalan ini. Apakah Mahathir Muhamad, Syed Mokhtar, Vincent Tan, Ananda Krishan, Daim Zainuddin, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Azman Hashim, Tony Fernandes , Mokhzani Mahathir dan dan dan... akan memberikan Pakatan Rakyat memasuki Putrajaya.



Saya senangkan lagi : mana lebih murah membelanjakan beberapa puluh juta ringgit mengupah kumpulan anak muda Melayu untuk membuat ganas dari sekarang. Dari kehilangan berbilion ringgit dengan kemungkinan dimasukan ke dalam penjara – kalau tidak membuat ganas sekarang.

Apabila pembaca telah dapat menjawab soalan ini maka para pembaca telah memahami keganasan yang berlaku sekarang adalah sebahagian dari projek mengganas yang akan berlaku kemudian hari.(TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45












PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com




6 ulasan:

Amuraria berkata...

artkal yang betul,tepat & bernas bukan beras bernas ! gerombolan akan mengganas seteruk mungkin dari melepas kuasa putarjaya ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

kumpulan pengganas mesti kena ajar cara pengganas..

Tanpa Nama berkata...

Salut utk rakyat Malaysia yang sabar dan cerdik.. kalau rakyat negara lain habis dah kena belasah orang2 yang provok2 nih..

sebab segala berjalan aman mereka tiada idea untuk tunjukan "keganasan" ciptaan mereka.. demi mengolah persetujuan orang ramai.. tentang bahayanya PR..

sabar dan bertindak secara bijak.. jangan terperangkap dengan rancangan-rancangan jahat mereka..



Tanpa Nama berkata...

hanya yg bersalah akan mengarah untuk mengganas.....
cacing sudah korek lubang juboq...
Bergasak-gasaklah kamu dgn UMNO haramjadah....

Tanpa Nama berkata...

why the same face appearing on the article again and again. nak muntahlah

Tanpa Nama berkata...

Gerombolan boleh acah dan mencuba mempengaruhi orang ramai membenci PR tapi masih tak berjaya lagi selagi orang PR tidak melayan dengan sama. PR kena banyak sabar kerana PU13 hampir tiba dan kemenangan pun hampir tiba.Berjuta ringgit yang dibelanjakan untuk kerja jijik dan bodoh itu tak boleh nafikan PR akan berkuasa nanti untuk mengambil semula berbilion-bilion dari projek kroni gerombolan untuk faedah rakyat. Kemudian tu barulah cari samseng-samseng tu dan diajar cara sepatutnya.