Khamis, 21 Februari 2013

KEDAH BEDRGOLAK LAGI - TUKAR TIUB TURUN MENGHASUT





PENGUMUMAN 
UNTUK WARGA UTARA
23hb fen 2013 - sabtu
di pendang   kedah
ito, nik jidan,  akan bersama
mat sabu dan tukar tiub 
KENYATAAN MEDIA Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) 
MENYOKONG PENUH PENDEDAHAN NGO BONGKAR 403 TENTANG KEPINCANGAN PENTADBIRAN  BARISAN NASIONAL KEDAH.  


Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah NGO BONGKAR 403  tentang 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum 2008 ketika mentadbir negeri KEDAH. Ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Seluruh rakyat perlu diberi penerangan tentang penyelewengan dan salahtadbir sehingga melibatkan RM403 juta di Kedah dari zaman pentadbiran Menteri Besar  Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Bin Haji Aroff ,  Y.A.B Tan Sri Dato Seri Sanusi Bin Junid,  Y.A.B Dato Seri Haji Syed Razak Bin Haji Syed Zain dan yang terakhir Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid.

Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat. 

Jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.

  Jika segala pengurusan 11 projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. 

Jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.

Jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan

Bukan sahaja rakyat Kedah malahan seluruh rakyat Malaysia ingin tahu  tentang perjalanan projek- projek “sakit” ini :-
  • Projek Udang Kerpan, 
  • Projek UbahSuai Sri Mentaloon, 
  • Projek Feedlot Pendang, 
  • Projek Balak Laluan Tekih, 
  • Projek 99 East Langkawi, 
  • Jerai International Park, 
  • Projek Taliworks Langkawi dan 
  • Projek Loji Air Padang Sanai dan Lubuk Buntar 
Sebelum ini Pengerusi Bongkar 403 juta, YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN ini  mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. 

Sehubungan dengan itu kami menjemput bukan sahaja anak- anak Kedah diperantauan tetapi seluruh warga Lembah Kelang dan rakyat Malaysia untuk menilai sendiri  pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan RM403 juta itu yang akan diadakan pada 23 Februari 2013 . Jam 9.00 malam di Dewan Dato Haji Fadzil Mohd Noor , KUIZM, Taman Melawar Kuala Lumpur.

Ceramah pada malam itu akan menampilkan YB Dato Mahfuz Omar  / Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ amiruddin / exco kerajaan negeri Kedah , YB Dato’ Ahmad B  Kasim / Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Ustaz Firdaus Jaafar / Pengerusi Bongkar 403 , Saudara Sanusi Mohd Noor  / Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Saudara Zulkifli Yahya / Pegawai penerangan Kerajaan Negeri Kedah , Ustaz Riduan Abu Bakar  dan Wakil dari parti DAP Kedah. 

Persatuan Anak Kedah di Perantauan amat menyokong penuh pendedahan yang telah dicetuskan oleh BONGKAR 403 ini dan kami juga menuntut agar pihak UMNO dan Barisan Nasional Kedah tampil untuk menjelaskan kepincangan ini tanpa mereka perlu  memusing fakta dengan merangka serangan yang  bersifat keanak-anakan umpama “menutup tahi gajah dengan sebatang lidi”.

Sekian, wassalamualaikum . 

Yang Benar , 
 
Mohd Amin Othman.
Pengerusi Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar)




---

Tiada ulasan: