CHOKRI BELAID DITEMBAK MATI
SALUT UNTUK SEORANG KAMARAD
tetiba aku terbaca berita
kau ditembak mati
dibunuh rejim yang zalim
seluruh tunisia terhenti
seluruh bumi arab terperanjat
sedunia kamarad menggengam tangan
aku melihat gambar ayah kau menangis
aku melihat gambar kaum keluarga kau menangis
aku hanya menitiskan air mata
tanda setia mengucap selamat tinggal
chokri belaid kau pejuang kaum buruh
chokri belaid kau pejuang kaum tani
chokri belaid kau pejuang kaum tertindas
chokri belaid kau yakinlah aku tidak lagi menitiskan air mata
chokri belaid kau yakinlah aku tidak lagi memendam rasa
kerana aku sedang menjadi saksi
aku sedang melihat
anak anak muda bergerak di jalan raya
aku sedang melihat
ribuan mohamad bouazizi telah bangun berarak
mereka tidak akan membakar diri
mereka kini menyebarkan api revolusi
ketika jenazah kau bergerak
anak anak muda telah mula bangun
ketika jenazah kau mula bergerak
sebuah kerajaan zalim telah tumbang
chokri belaid kau adalah che geuvera
chokri belaid kau ada chandra bose
chokri belaid kau ada bhagat singh
chokri belaid kau adalah mat indera
chokri belaid kau gagah dalam kematian
LAHIR 26 NOVEMBER 1964
WAFAT 6 FEBUARI 2013
Tunisian opposition leader shot dead
Murder of Chokri Belaid, leader of Unified Democratic Nationalist party, triggers 1,000-strong protest outside interior ministry
---
6 ulasan:
chokri....
kau bukan chandra sekaran yang bukan saja lembik tulang kaki dan lembik mulut. kau juga bukan bukan chandra muzafar
Aku rasa, ni mesti saki-baki macai Zine El Abidine yg tembak dia. Dah jatuh tu jatuhlah... Zine el abidine ni bingai tol. Org bwhn keja mcm nak mati, dia anak bini kedarah harta negara.....Salute untuk Chokri Belaid!!!!
selamat jalan pejuang islam.. moga kau syahid...
aku gumbira..
Siapa nak nombor tolong que yer.....masa ada tiga bulan saja.....aku harap dan doakan semoga banyak chokri di kalangan kita...mati itu pasti tapi matlamat tercapai itu masih kabur lagi.....dan masih jauh.....banyak TELINGA PEKAK MENANTI UNTUK DI KOREK DAN DIBERSIHKAN......TERLALU BANYAK untuk KITA RANAPKAN DAN BINA KEMBALI DENGAN KESEDARAN HAKIKI BAHAWA MANUSIA ITU MEMIMPIN SAMBIL DIPIMPIN...AKU TAKAN TANYA KENAPA CHOKRI MATI DAN AKU TAK NAK TAHUPUN....AKU CUMA MAHU TAHU DARI MANA MUNCULNYA MAKHLUK ISTIMEWA INI....TANPA KEBERANIAN DAN SEDAR AKAN RISIKO PEMAINAN INI........SIAPA CHOKRI......OH CHOKRI...AL FATIHAH UNTUK MU...SEMOGA KAU MENDAPAT ganjaranNYA...........
Agak2 kalu najib kena camni..rakyat merusuh x?samada org umno meroyan or buat kenduri kesyukuran?tolong jawab! hehehehehhe..agak2 la kalu tok guru nik aziz,hj hadi or azhar idrus kena camni????rase2 mau org PAS........(sndiri mau ingat la!!!!) kuingkuingkuingkuing!
Catat Ulasan