Ahad, 21 September 2014

KENYATAAN RESMI PKR


KENYATAAN MEDIA

Sebagai menjawab beberapa dakwaan yang timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru, saya menegaskan bahawa KEADILAN berpegang teguh kepada keputusan parti yang telah dibuat sebelum ini termasuk seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu.

Oleh yang demikian, calon KEADILAN bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baru tidak berubah iaitu  Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang.

Sebarang berita kononnya Ketua Umum KEADILAN,  Anwar Ibrahim telah bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat.

Keputusan dan pendirian KEADILAN adalah atas kepercayaan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan. Makanya sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa KEADILAN berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan ini.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
21 September 2014

-----------

8 ulasan:

Hj Mohamad 013 3377 242 berkata...

rasmi bukan resmi. Bahasa Jiwa Bangsa

Tanpa Nama berkata...

Memang betul pengesahan Pengerusi PKR.Tetapi kalu sultan masih nak menongkah arus, apa boleh buat?Yakni azmin Ali akan jadi MB baru.Berita sedih untuk TT.Dan berita baik untuk semua pendokong PKR!kah..kah..kah.. Asalkan bukan penyamun gerombolan jadi MB kira oklah tu.kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

Wan Azizah se memang ter baik jadi MB kerana kelayaksn professional beliau dan tidak kuat emosi nya.

Calon lain gagal terutama dari PAS ber sifat munafik dan IQ lembap tahap tadika , seperti di tunjuk Presiden PAS masa kini.

Selagi Botol Botol tidak menguasai akal , selagi itu waras memilih ter baik.

Tanpa Nama berkata...

Haha.. sumer kene main ngan Munir Bani.. Sultan Selangor tak amik pot sangat sbb pi mai pi mai pun, dia tetap masyukkkk..

Tapi yg best, Munir Bani ni dah jadi Sultan Selangor dah sejak 10 tahun lepas.. apa projek beno Munir Bani ni buat yer.. sampai sekor pun tatau amender kepala mana ekor kes..

paxxoor berkata...

Pkr ni serpihan umno sama jer style.kah kah kah.tt sudah semakin tidak jujur dan mengarut dalam menulis.kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni jgn harap aku sokong PAS

Tanpa Nama berkata...

tepat dan betul.
pertahan prinsip mesti ada risiko.
takpa, biar prn selangor diadakan.
kita lihat siapa besar?
najib.
wan azizah
hadi.
atau
lim kit siang.
yang sah nampak kojol, pas.
yang sah nampak menang, pkr.
kerana ramai wanita backing wan azizah.
tak percaya?
boleh try.
tapi, jangan main undi hantu.

Tanpa Nama berkata...

Barisan Nasional (BN) perlu menang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Khamis ini sebagai hadiah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu berada di New York, Amerika Syarikat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangan BN itu sangat penting kerana ia akan turut menjadi perhatian wakil dunia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

"Ini sebagai semangat kepada Perdana Menteri yang ketika itu berada di New York dan kemenangan BN itu adalah mencerminkan maruah negara yang menunjukkan sebahagian besar rakyat masih memerlukan BN," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Perdana Menteri di rumah keluarga Allahyarham Haji Mahmod Kamaruddin di Kampung Telaga Bata di Tumpat hari ini.

Najib kini berada di New York sehingga 28 Sept ini bagi menghadiri UNGA dan antara program beliau di sana adalah dijemput sebagai penceramah utama pada Majlis Pelancaran Antarabangsa Global STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Alliance.

Sementara itu, Muhyiddin turut menyelar sikap pembangkang yang pernah menfitnah BN sebagai parti kafir dan berdosa jika mengundi BN.

"Kukuh Umno kukuhlah Islam. Sokong Umno adalah untuk kuatkan Islam yang mana Kelantan seperti sekolah agama turut mendapat rahmat dengan diberikan peruntukan besar kepada pembangunan sekolah berkenaan," katanya.

Ketika berucap selepas solat zuhur di Masjid Pengkalan Kubor, Muhyiddin berkata umat Islam di negara ini perlu bersatu tanpa mengira apa fahaman politik.

"Walau apa perbezaan sama ada dari segi ideologi atau fahaman, kita perlu bersatu kerana perjuangan sebenar kita adalah untuk mendapat keredaan daripada Allah S.W.T," katanya.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada PRK itu, calon BN Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Allayarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukahary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Kah kah kah
Perabis duit rakyat lagi tu
Jib dok mana pun rakyat untung apa
Habuk pun tarak loo
Kah kah kah