Isnin, 26 Oktober 2026
BARUA AMERIKA DI SERANG LAGI
TAHNIAH
ANSARALLAH
AMIN
JATUHKAN BARUA
AMERIKA
AMIN
SELAMATKAN
DUNIA ISLAM
KHALAS
Houthi serang lapangan terbang Riyadh beberapa jam selepas dibuka semula
RIYADH: Puak Houthi di Yaman melancarkan serangan terbaharu ke atas lapangan terbang antarabangsa Arab Saudi di Riyadh, beberapa jam selepas kerajaan negara itu mengumumkan penerbangan disambung semula semalam.
Keputusan itu dibuat Arab Saudi ketika kumpulan yang disokong Iran itu berulang kali kembali melancarkan serangan.
Laman sesawang Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid menunjukkan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa diteruskan pada Ahad, termasuk penerbangan yang tiba dari Dubai, Paris dan Kaherah.
Sementara laman web penjejakan pesawat, Flightradar24 tururt menunjukkan beberapa penerbangan berlepas, meskipun kebanyakannya dibatalkan.
Operasi yang disambung semula di lapangan terbang itu berlaku ketika satu kes letupan menggegarkan Riyadh pada awal Ahad, selepas mesej teks dihantar kepada penduduk bagi memberi amaran mengenai ancaman musuh yang menyasarkan bandar berkenaan.
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree kemudian berkata kumpulan itu melaksanakan tiga operasi ketenteraan dengan berpuluh-puluh peluru berpandu balistik dilancar.
Saree turut mendakwa, serangan ke atas lapangan terbang itu disifatkan mencapai sasarannya.
Houthi sudah melancarkan beberapa gelombang serangan ke atas lapangan terbang itu, termasuk serangan pada bulan ini yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 300 orang, insiden paling dahsyat tempoh lebih sedekad.
Pihak berkuasa Saudi belum mengulas mengenai serangan terbaharu ke atas lapangan terbang itu.
Apabila ditanya mengenai skop operasi yang disambung semula di lapangan terbang itu, pihak berkuasa Arab Saudi juga belum memberikan sebarang maklumat tambahan.
Saree menambah, Houthi menyasarkan pangkalan udara King Khalid di Khamis Mushait dan pangkalan tentera laut di Jazan di selatan kerajaan itu.
Penutupan lapangan terbang Riyadh satu tamparan besar kepada Arab Saudi, dengan persidangan pelaburan utama dijadual dilaksana oleh pemerintah ditangguhkan sehingga 2027, ketika penduduk bergegas mencari alternatif untuk masuk dan keluar dari negara itu.
Perlumbaan sukan permotoran berprestij, Dakar Rally, turut menyertai senarai panjang acara yang dibatalkan, ditangguhkan atau dipindahkan susulan perang itu.
Saree sebelum ini memberi amaran lapangan terbang Riyadh masih 'tidak selamat' dan antara sasaran ketenteraan mereka.
"Angkatan Tentera Yaman memberi amaran semua syarikat penerbangan antarabangsa, serantau dan tempatan serta kakitangan dan pengembara supaya tidak menggunakan Lapangan Terbang King Khalid di Riyadh, kerana ia tidak selamat dan menjadi sasaran ketenteraan pasukan kami.
"Rejim Saudi akan menanggung akibat daripada sebarang operasi di lapangan terbang itu," katanya.
Pada Ahad, Saree juga mendakwa Arab Saudi sudah menyerang Yaman sebanyak 56 kali dalam tempoh 24 jam sebelumnya. - AFP
BERSATU LAWAN & GULINGKAN MUSUH UTAMA
AJARAN KIRI
KENALI MUSUH
UTAMA
AMIN
UNITED FRONT
BERSATU UNTUK
GULINGKAN
MUSUH UTAMA
AMIN
MACAM PKM
KERJASAMA DENGAN
INGGERIS BEKAL
SENJATA LAWAN
JEPUN
AMIN
BERSATU DENGAN
PERIKATAN NASIONAL
HUMBANKAN
ANWAR BIN
IBRAHIM
KHALAS
Unknown commented on
"LOKMAN ADAM SEBAGAI PM"
Bukan Anwar saja semua yang jadi PM kau nak humbankan. Jenuh. Jenis meng macam ni pun ramai budak ikut. Leftist konon! Leftist apa?sekarang dah jadi lebih far right dari far right orang tua mereng Isham Rais ni kah kah
Unknown commented on
"TRUMP NETANYAHU
AKAN SERANG IRAN"
bersedia serta boleh melihat kesan yang meluas akibat perang bukan sekadar tengok apa jadi kat Gaza saja tapi rakyat merika,Israel jugak & lain2 kesan secara global?? begitu juga mesia kita hehehuhu
Unknown commented on
"LOKMAN ADAM SEBAGAI PM"
Iran boleh nak gunakan apa2 senjata buatan pihak lain untuk lawan Zionis/Amerika atau musuh2 Amerika jadi sekutu lwn Amerika Zionis kah kah kah tak sapa melarang janji tahu musuh UTAMA!
Unknown commented on
"DALAM LOKAP POLIS -
SAPA TUKANG PUKUL ?"
Ketua Negara lah, siapa lagi perlu bertanggungjawab? Asyik memikirkan periuk nasi sendiri saja tanpa apa-apa sumbangan hipokrit terpaling hebat zaman sekarang kah kah kah kah
Unknown commented on
"KURDISH BARUA AMERIKA"
Semua barua dihapuskan sekaligus lagi bagus tinggal padang pasir hancur belaka amin mohon restu segala punca agar dunia kiamat lebih cepat kah kah kah kerana semakin membesar warga jahat manakala warga baik semakin terpupus kah kah kah kah
HASUT BILA HARGA BARANG NAIK HARGA
BILA BARANG
NAIK HARGA
NAK HASUT
BANI MELAYU
BUKAN
WARGA IRAN
KHALAS
Unknown commented on
"DALAM LOKAP POLIS -
SAPA TUKANG PUKUL ?"
Zaman Mahathir Mohamad dasar pandang ke timur, dia minta rakyat contohi rakyat Jepun Korea budaya bekerja budaya baik etika integriti semua, sejak zaman Pak Lah mula Hadhari mula berpaksi Arab, sejak bermulanya budaya Arab semua jadi jahiliah, semua sedar tetapi tidak ada perubahan,
terpesona dengan ayat-ayat Arab sampai lupa jati diri, lupa asal-usul generasi strawberi 🍓 semakin meningkat kah kah kah kah jadi pilihan rakyat majoriti sudah begitu, yang lain hanya dapat perhatikan kah kah kah kah
Unknown commented on
"BILA HARGA BARANG NAIK"
Wei engkau duduk zaman mana? Tengok YouTube sedikit, lihat cara gaya kehidupan di Tehran lihat sendiri kemewahan mereka, shopping sakan, enjoy menjoy semua orang berpeluang nikmati kehidupan, yang mengacau hanya orang-orang politik yang tiada pekerjaan lain kah kah kah kah
Unknown commented on
"ORANG MISKIN MATI
DALAM LOKAP"
Siapa ketua dia? Soal dia dahulu? Memang senang lah kalau begini? Asyik percuma makan percuma jalan percuma sampai sambungan diteruskan kah kah kah, apabila ada sesuatu menghilangkan diri? Kah kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 26 OKTOBER 2026
IRAN AKAN DI SERANG?
TERAM DAN SETANYAHU NAK SERANG IRAN ?
Bagus sekali. LAGI CEPAT lagi molek.
SETANYAHU BOM GUDANG SENJATA DI IRAQ
Kapal perang Israel serang tempat SIMPANAN senjata Iraq. Senjata ini di katakan dari China. Tempat ini tidak jauh dari sempadan Iran.
DEMO DI PARIS
Demo berterusan – akan bersambung lagi. Parti Kanan Marin Le Pen dah umum akan mencalon diri untuk kerusi Presiden – PRU tak lama lagi.
TERAM tuduh demo di Paris kerja imigran - kerja jahat penganut Islam.
ITALI - kerajaan KANAN MELONI juga sedang berhadapan dengan DEMO – Minah ini sama macam Teram tuduh demo dihijak oleh gulungan Islam.
DEMO lawan kerajaan di EROPAH INI berpunca dari HARGA dan kos hidup MAKIN MAHAL – kos hidup makin menekan.
Tuduh imigran untuk elak orang ramai di beri tahu SEBAB SEBENAR.
PUNCA EKONOMI MELESET DI EROPAH IALAH KERANA PERANG UKRAINE dan PERANG IRAN.
BODOH BANGANG BERI DANA PADA UKRAINE. HENTI BELI MINYAK DAN GAS MURAH DARI RUSIA.
Sokong Amerika perang dengan Iran – Selat Hormuz di tutup – minyak naik harga – ELIT POLITIK EROPAH DAH JADI SEWEL. Amin.
HOKKIEN
Basah sejuk – hujan malam – hujan subuh – matahari tak kelihatan cahaya TAPI jerebu makin berundur – KL & KL Sentral boleh di lihat – agak cerah . BANGUNAN PETRONAS - dah dapat di lihat.
Awalnya hanya Mak Tetek Lanjut dan dua Puppy muncul makan – kemudian yang lain datang - Tiong dan Terkukur pun datang makan – Ramai sekali - gua gumbira.
Gua berjalan tanpa Pengawal pagi ini – Betina Baik tak kelihatan. Pulang ke Wakaf Pertama Siti menunggu atas tembok makam. Yang lain muncul.
Ha ha – Puppy Itam muncul – agak kurus – dia takut nak datang makan - Gua tabur semu nasi dan friskies – Semua gumbira.
Gua rasa hari ini akan panas – jika hujan sampai – jerebu akan diundurkan. AMIN.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN
BRO
Cinta Kucing itu sederhana tapi dalam maknanya.
BRO
Cinta Anjing cinta tidak berbelah bagi.
BRO
Setia Anjing lu tak perlu ragukan. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)








