.

Selasa, 16 Ogos 2016

MB KEDAH HANYA ADA LCE





L.C.E


MB Kedah, hanya ada agenda tersembunyi untuk menutup kes berbilion-bilion yang dicuri dari negara kita


            Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah yang amat memalukan seperti dilaporkan dalam media semalam yang menuduh campur tangan asing, sebagai mempunyai agenda tersembunyi untuk menjatuhkan kepimpinan negara.

            Apakah campur tangan asing yang dimaksudkan oleh Ahmad Bashah, yang telah diambil untuk menjejaskan pilihan kerajaan atau pemimpin negara kita? Beliau tidak boleh hanya membuat tuduhan kosong dan tidak berasas tanpa fakta.

            Adakah MB Kedah merujuk kepada tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk merampas aset bernilai RM4bilion (US$1bilion) yang dibeli di Amerika oleh wang yang dicuri daripada 1MDB?

            Adakah dakwaan MB yang menuduh terdapat agenda tersembunyi menjatuhkan pemimpin negara satu pengakuan bahawa “Malaysian Official 1” yang disebut dalam tindakan AS yang telah menerima US$681juta, adalah Najib Razak, Perdana Menteri kita sendiri?

            Penyiasatan jenayah merata dunia kini yang dijalankan oleh tidak kurang daripada 10 negara, termasuk Amerika Syarikat, melibatkan undang-undang pengubahan wang haram dan perbankan yang telah dilanggari dalam negara mereka sendiri, dimana dana disyaki dicuri dari 1MDB telah digubah / basuh diluar negara – dan sama sekali tiada berkait mengganggu urusan dalaman negara kita.

            Malah, negara kita perlu mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan siasatan asing dalam membuat kerja sangat baik untuk mendedahkan konspirasi besar untuk menipu dan mencuri dari negara kita, dimana agensi-agensi penguatkuasaan kita sendiri yang sepatutnya membuat, tetapi sama sekali telah gagal untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah yang dilakukan.

            Hanya ada satu agenda tersembunyi yang sangat dimarahi rakyat Malaysia, iaitu terhadap kepimpinan UMNO yang menutup, menafikan dan membela mereka yang menyalahgunakan kepercayaan awam dan kedudukan mereka dengan mencuri berbilion dari rakyat Malaysia berkait 1MDB.

            Kenyataan terbaru MB Kedah berkenaan campur tangan asing ini, mengikut rentetan komen-komen sama pemimpin UMNO yang lain baru-baru ini untuk memesongkan pendedahan serius daripada kes Amerika Syarikat mengenai bagaimana berbilion-bilion daripada 1MDB disalahgunakan dan rasa malu yang disebabkan oleh kegagalan kerajaan kita sendiri untuk mendedahkan penipuan dan penyelewengan secara besar-besaran yang dilakukan dinegara kita sendiri.

Adalah paling dikesali bahawa MB Kedah telah memilih sempena pembukaan persidangan dewan undangan negeri Kedah untuk membuat kenyataan politik hanya untuk mempertahankan bosnya dalam skandal 1MDB dan tidak menangani isu-isu penting yang dihadapi Kedah, seperti krisis air yang amat nyata dalam negeri Kedah.

Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen, Alor Setar
Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Kedah
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan.






-------------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hanya di malaysia kelulusan lce jadi mb...tak pandai cakap inggeris jadi ceo...tak pandai kerja jadi piem...tak layak ajar jadi cikgu...negara gohead gostan kah kah kah mampuih ketuanan lagu nie

Tanpa Nama berkata...

wah masing2 yg membela mo1 tidak sedar sedang mendedahkn dn percaya yg mo1 itu memang najib.

klu tk..tkkn dia guna istilah menjatuhkn kepimpinan negara.

klu bukan najib sepatutnya dia suruh najib ambik tindakn terhadap mo1 yg mengkhianati negara.

akhirnya semua yakin yg mo1 itu adalah najib samada penjilat atau pembangkang

yg masih malu2 ungka dn buat bodoh adalah najib sendiri

helo najib...kau nafi kau mo1. dh tu kenapa tk bertindak segera menangkap mo1 yg mengkhianati negara.

mengaku jela mcm chua soi lek .... i am the man.

Tanpa Nama berkata...

Mengapakah dipalitkan guru dalam isu ini? Bagaimana anda menguasai 4M ketika ini? Tanpa gurukah atau bergurukah?

AdNAN berkata...

.... itu pasir berdengung.

Tanpa Nama berkata...

Lagi Bahalol Lagi Power !!!!!!!!!