Isnin, 24 Oktober 2022

BUMI INI MILIK BERSAMA

 



Pastikan keselamatan kami sebelum tutup pejabat UNHCR, kata pelarian

PUTRAJAYA mesti memastikan keselamatan pelarian di Malaysia dan menyediakan garis panduan yang sah mengenai status mereka sebelum memutuskan untuk menutup pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini, kata bekas pengerusi Perikatan Pelarian Chin, James Bawi.

Beliau berkata pelarian Myanmar di Malaysia akan mempercayai kerajaan jika Putrajaya memastikan keselamatan mereka dilindungi.

“Adalah penting hak pelarian dilindungi mengikut garis panduan antarabangsa.

“Sebagai contoh semasa pandemik Covid-19, pelarian ditangkap dan ditahan. Mereka trauma dengan Jabatan Imigresen, kerana takut dihantar pulang ,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Bulan lalu, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad mencadangkan UNHCR meninggalkan Malaysia supaya kerajaan boleh menguruskan pelarian tanpa “campur tangan” agensi luar.

Rodzi bagaimanapun mengakui MKN perlu diperkukuh sebelum perkara ini berlaku.

James berkata ia akan mengecewakan jika UNCHR ditutup kerana mereka mempunyai garis panduan dan mandat yang sesuai untuk pelarian.

“Sukar untuk mempercayai kerajaan kerana mereka bukan sebahagian daripada Konvensyen Pelarian 1951. Ia akan menjadi hari yang menyedihkan jika UNCHR ditutup dan ia mungkin memberi nama buruk kepada Malaysia.

“Hakikatnya mereka (pelarian) tidak boleh pulang ke negara mereka, jadi mereka lebih suka menderita di sini.”

Beliau berkata sejak Februari 2021 terdapat kira-kira 50,000 pelarian Chin di sini dan mereka menjangkakan kira-kira 20,000 lagi menjelang akhir tahun tetapi tiada data konklusif.

Menurut data UNHCR, terdapat 181,800 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan badan antarabangsa itu di Malaysia sehingga akhir Februari 2022.

Menurut UNHCR, 86% pencari suaka adalah dari Myanmar, manakala bakinya ialah 25,990 pelarian dan pencari suaka dari 50 negara yang melarikan diri dari peperangan dan penganiayaan, termasuk dari Pakistan, Yaman, Syria, Somalia, Afghanistan dan lain-lain.

Mengenai sama ada pelarian akan keluar jika kerajaan memulakan program untuk memproses mereka, James berkata ia akan menjadi sukar kerana Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian (antarabangsa).

“Kerana mereka (kerajaan) perlu mematuhi beberapa garis panduan untuk keselamatan pelarian. Mereka ini (pelarian) memerlukan perlindungan dan jaminan.”

Beliau berkata jika Malaysia merancang untuk mendaftarkan pelarian maka ia mestilah atas kepercayaan dan bukan paksaan.

“Pertama mereka perlu mengeluarkan dasar untuk menunjukkan kepada kumpulan masyarakat sivil (untuk pelarian) keselamatan pelarian akan dilindungi.

“Jika kerajaan mengemukakan garis panduan mereka akan lebih selamat kerana UNCHR mempunyai garis panduan antarabangsa untuk pelarian.

“Pada 8 Oktober, Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata cadangan untuk menutup pejabat UNHCR  tidak akan memutuskan hubungan dengan badan antarabangsa itu.

Beliau berkata hubungan sedia ada akan dipelihara menerusi hubungan antarabangsa, UNHCR masih relevan dengan kepakarannya dalam menguruskan pelarian yang masih diperlukan Malaysia.

“Apa yang berlaku ialah cadangan peralihan supaya kerajaan Malaysia mempunyai kad sendiri untuk digunakan pelarian dan pencari suaka yang datang ke Malaysia.” – 24 Oktober, 2022.

UNCHR LEMBAGA

UNITED NATIONS

AMIN

KITA ANGGOTA

UNITED NATIONS

AMIN

KITA HORMATI

LEMBAGA INI

AMIN

AGAR KITA

SAMA DILIHAT

NEGARA BERHEMAH

AMIN

ADA PELARIAN

MYANMAR SYRIA

IRAN ROHINGYA

PALESTIN DAN

PELBAGAI LAGI

AMIN

BANTU MEREKA

YG SUSAH 

AMIN

BUMI INI MILIK

KITA BERSAMA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: