Isnin, 24 Oktober 2022

ISI KEMPEN MASIH SAMA


Kempen cara lama masih berkesan zaman sekarang, kata penganalisis


KEMAJUAN teknologi moden mungkin mengubah mekanisme kempen pilihan raya sejak beberapa tahun kebelakangan ini tapi kaedah lama dalam mendekati pengundi masih releven dalam politik Malaysia kata penganalisis.

Walaupun kempen politik terkini menunjukkan bagaimana teknologi dimanfaatkan dengan berkesan, penganalisis percaya kaedah lama tetap mempunyai sasaran penontonnya yang tersendiri.

Malah ada yang kata kempen cara lama ini mempunyai ‘sentuhan peribadi’ bagi mana-mana parti politik mahupun calon berbanding cara digital.

Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata kempen cara lama ini memberi manfaat kepada sesetengah pihak terutama pengundi yang tidak bergantung sepenuhnya pada media sosial.

“Saya rasa poster dan sepanduk ada sasaran sendiri sementara kebanyakan pengundi mengakses bahan kempen secara dalam talian, mereka yang tidak bersandar pada Internet atau media sosial akan pilih poster dan sepanduk tadi.

“Poster dan sepanduk ini boleh wujudkan perang psikologi di mana parti itu seolah-olah beritahu mereka ‘ada’ di situ,” katanya.

Tunku Mohar juga berkata kekerapan kehadiran bahan kempen secara fizikal akan memberi impak malah ia mungkin mempengaruhi keputusan pengundi.

Katanya walaupun kandungan yang disiarkan di media sosial boleh ditapis namun beliau berpendapat kaedah kempen cara tradisional yang tertentu tetap sukar untuk dielak.

“Di media sosial orang boleh pilih kandungan tapi di luar mereka boleh nampak bahan kempen lain.

“Kalau mereka lihat banyak kali bahan kempen itu dan sesetengahnya ada kesan, kita tak boleh nafikan sesetengah pengundi (terutama atas pagar) mungkin akan tukar pilihan politik mereka,” katanya.

Cara lama dalam berkempen seperti kehadiran calon secara fizikal, bertemu orang ramai, berbual dan ceramah adalah asas dalam pilihan raya, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2022.
Cara lama dalam berkempen seperti kehadiran calon secara fizikal, bertemu orang ramai, berbual dan ceramah adalah asas dalam pilihan raya, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2022.

Tunjuk mewah dan kuasa

Sementara itu, Profesor Pengajian Asia University of Tasmania James Chin berkata bahan kempen tradisional boleh menunjukkan kemewahan dan kuasa parti politik itu.
“Poster dan sepanduk untuk wujudkan suasana yang meriah tapi ia juga beri gambaran calon atau parti itu ada sumber yang baik untuk pastikan rakyat nampak mereka bersungguh-sungguh,” katanya.

Kata Chin cara lama dalam berkempen seperti kehadiran calon secara fizikal, bertemu orang ramai, berbual dan ceramah adalah asas dalam pilihan raya.

Beliau percaya kempen melalui media sosial sahaja tidak mencukupi malah dakwanya rakyat jarang sekali untuk menyokong mana-mana calon yang tidak dikenali atau tidak pernah ditemui secara fizikal.

“Sudah tentu lebih banyak boleh dibuat di media sosial tapi kehadiran secara fizikal ini diperlukan juga. Jika tidak orang mungkin anggap calon atau parti dalam talian sahaja tanpa ada sentuhan sebenar.

“Bertemu, ziarah pintu ke pintu, bersalaman dengan calon adalah perkara yang perlu dilakukan. Orang tak undi calon maya, mereka mahu undi calon yang wujud,” tambahnya.

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun turut senada dengan Chin dan menyatakan kempen tradisional itu masih memberi kesan terhadap pengundi.

“Kempen cara lama, dari pintu ke pintu ke ceramah, sepanduk serta poster masih ada tempat untuk pengundi dalam kawasan bandar mahupun luar bandar sebab ia wujudkan isyarat audio visual kepada pengundi.

“Ini sudah tentu perlu seiring dengan kempen dalam talian,” katanya. – 24 Oktober, 2022.

ISI KEMPEN

MASIH SAMA

AMIN

CERAMAH MASIH

DIPERLUKAN

AMIN

KUTUK PARTI

LAWAN

BURUK PARTI 

LAWAN

PELEKEH CALON

YG DILAWAN

MASIH BERJALAN

AMIN

KINI LEBIH

RANCAK DG

BANTUAN 

TEKNOLOJI

AMIN

PENGUNDI MASIH

MAHU MELIHAT

CALON

AMIN

PENGUNDI MASIH

DIPENGARUHI OLEH

LAMBANG PARTI

AMIN

 POSTER

 KAIN RENTANG 

MASIH WAJIB

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: