Ahad, 20 November 2022

ANWAR ADO NUMBO



Kemuka nama calon PM sebelum 2 petang esok, kata Istana Negara

KETUA parti dan gabungan politik mesti memaklumkan Speaker Dewan Rakyat jika mereka memperoleh majoriti di Parlimen dan menyerahkan pilihan calon perdana menteri kepada istana sebelum 2 petang esok, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihak istana meminta kerjasama Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memohon ketua parti dan gabungan politik untuk berunding sesama sendiri dan membentuk majoriti.

“Ia mesti diserahkan sebelum jam 2 petang Isnin,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan istana itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh yang memaklumkan kepada Baginda tiada gabungan yang berjaya membentuk kerajaan.


Pada PRU15, parti komponen BN juga kehilangan ramai pemimpin berwibawa yang dijatuhkan dalam pilihan raya.

Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi, manakala ahli gabungannya DAP Sarawak memperoleh lima kerusi dan Muda satu, dengan jumlah keseluruhan 82 kerusi.

Perikatan Nasional (PN) dan PAS masing-masing memenangi 51 dan 22 kerusi, dengan jumlah gabungan 73 kerusi.

BN memenangi 30, Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan dua calon Bebas. – 20 November, 2022.
SAPO ADO

NUMBO DIO

JADI PIEM

KAH KAH KAH

ABAM SELALU

ADO NUMBO

KAH KAH KAH

ABAMLAH JADI

PIEM KE 10

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tt gelak pun mcm gelak dalam tekak je