Ahad, 20 November 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR ZAHID


MB Johor gesa Zahid letak jawatan

MENTERI Besar Johor Onn Hafiz Ghazi hari ini menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan pada kadar segera susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata Ahmad Zahid perlu mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan Presiden Umno demi kepentingan dan masa depan parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu berkata perubahan perlu dilakukan kerana ramai pemimpin berkaliber dan berpotensi Umno, MCA dan MIC terkorban kerana tindakannya yang tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi.

“Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, iaitu orang Melayu telah menolak Umno. Umno telah rebah.

“Umno dan BN hanya menang sembilan kerusi Parlimen di Johor, sementara itu kita tidak memenangi satu pun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu.

“Walaupun pahit untuk ditelan, pemimpin Umno termasuk saya sendiri perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi mereka semasa PRU15 semalam,” kata Onn Hafiz menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata usaha untuk memulih dan memperbaiki parti perlu bermula daripada sekarang dan sekiranya perubahan tidak dilakukan segera, UMNO dan BN tidak akan memenangi walaupun satu kerusi pada masa akan datang.

Sehubungan itu katanya, Ahmad Zahid perlu berjiwa besar untuk meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera sebagaimana yang dilakukan Najib Razak pada 2018.

“Insya-Allah tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti Umno yang kita semua cintai ini.

“Segala pengorbanan mereka akan dihargai dan insya-Allah, perjuangan ini akan diteruskan. Semoga Allah SWT merestui dan merahmati perjuangan serta pengorbanan kita semua,” katanya.

Pada PRU15, BN hanya meraih sembilan kerusi daripada 26 kerusi yang ditandingi di Johor iaitu Simpang Renggam, Parit Sulong, Ayer Hitam, Pontian, Kota Tinggi, Tenggara, Pengerang, Sembrong dan Tanjung Piai.

Pakatan Harapan memenangi 14 kerusi, Perikatan Nasional (PN) dua kerusi dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) satu kerusi. – Bernama, 20 November, 2022.

HARI HARI

AKHIR SAEKOR

ZAHID

AMIN

BOLEHKAH ZAHID

BERTAHAN ?

AMIN

INI JADI

SOALAN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu cium tangan masa ada kuasa, masih tak faham berita Atok, Anwar, Najib, Pak Lah, Mahyuddin ramai lagi, orang keliling tu cium tangan, bukan nak apa, cuma projek sikit,duit sikit kalau boleh pangkat sikit pingat sikit kumpul duit sikit, ini budaya cari makan kah kah kah kalau jatuh pokok, kura kura berak atas kepala kah kah kah