Ahad, 20 November 2022

ANWAR TETAP ADA NUMBO


Anwar dakwa cukup kerusi untuk bentuk kerajaan

ANWAR Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian tidak lama selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendakwa gabungannya juga cukup kerusi.

Setakat 4 pagi ini, PH telah memenangi 81 kerusi.

“Kami sedar hakikat yang tiada parti dapat majoriti mudah di Parlimen.

“Kami sudah jalankan beberapa mesyuarat dan rundingan. Hasilnya, saya ingin maklumkan, sebagai blok majoriti, kami telah berjaya mendapatkan sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah,” kata Anwar pada sidang media di Grand Dorsett Subang pagi ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan ahli parlimen dari parti mana yang akan bersama membentuk kerajaan.

Behubung dakwaan Muhyiddin yang PN boleh membentuk kerajaan, Anwar berkata ia adalah mustahil.

“Kami sudah ada persefahaman. Apa yang saya katakan ialah kita kini ada majoriti untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Terdahulu semasa sidang media, Muhyiddin berkata gabungannya yakin dapat membentuk kerajaan persekutuan selepas memperoleh 73 kerusi.

Beliau mendakwa telah menerima surat daripada Istana Negara berhubung persediaan yang perlu dilakukan, dipercayai berkaitan penubuhan kerajaan.

“Saya ada terima surat daripada pihak istana negara, memberi kepada kita perkara yang perlu kita sempurnakan ikut kehendak Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi tak payah didedahkan, ini perlu kita ambil langkah secepat mungkin, sebahagian perbincangan esok hari harap dapat muktamadkan sebelum petang esok,” katanya.

Muhyiddin berkata PN tidak akan membentuk kerajaan campuran dengan PH selepas PRU15, dengan parlimen tergantung kerana tiada satu pun daripada tiga gabungan itu memperoleh majoriti mudah 112 kerusi.

“Tidak… tidak ada PH,” katanya.

Pengerusi PN itu bagaimanapun berkata pihaknya akan berbincang dengan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang menang pada PRU15 untuk membentuk kerajaan persekutuan. – 20 November, 2022.

WOIT

AWAL DULU

TAK NAK BUAT

KHEMAH SESAR

KAH KAH KAH

SEKARANG ADO

KEMAH KOCIK

YANG BUEK

KALAH

KAH KAH KAH

SEKARANG BARU

NAK PASANG

KHEMAH BOSA

KAH KAH KAH

MACAM DAH

LAMBEK

DAH TAK SOMPAT

NAK PASANG

KEMAH BARU

KAH KAH KAH

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh.. boleh lagi.. zahid dah bagi jubo .. toron jelah ... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

khemah besar konon. padahal nak jilat mader. DASAR TT KEMARUK MADER

Nazrio berkata...

tong M kachang puteh...kachang puteh...kaaaachang putehhhh

Tanpa Nama berkata...

Lojiklah apa yang PN BN Dan PH buat skrang. Cuba hang bgitahu macam mana nak buat awal2 kalau masing2 nak calon dia jadi pm?
Yang dok sibuk khemah besar awal2 ni atuk and shafie ja. Sebab apa? Sebab depa tau lepas pru memang dah takdak chance! Kehkeh.

Anwar, Zahid, Muhyiddin tiga2 gamble. Ni baru namanya politik. Bukannya awal2 dh nak bersatu. Tu namanya takut hilang deposit. Kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Sib baik tak buat khemah besar bawak atok berteduh. Kalau tidak dgn kemah2 skali bungkus. Bro, Assmin lu tak buat ulasan ke?